23: Sword

11 1 0
                                    


Feo berjalan ke arah aku dan melibaskan pedangnya ke arah aku.

ZASSS!!!

Pedang tu sikit pun tak tersentuh kulit aku tapi entah macam mana, satu torehan yang besar berlaku dari bahagian peha kanan aku naik hingga ke bahu kiri. Aku terkejut dengan rasa sakit yang tiba tiba muncul.Lalu aku tumbang ke belakang dan pandangan aku terpadam.

Lama kelamaan, perasaan sakit berunsur pulih dan apabila 100% aku dah tak rasa sakit , aku membuka mata. Kelibat Feo yang sedang berdiri di atas badan aku mengejutkan aku. Hujung pedangnya terletak di sebelah kanan leher aku. Kalau sikit lagi dia gerakkan pedang dia tu ke kanan dah confirm confirm kepala aku akan terputus. Matanya fokus ke mata aku. Semangat yang berkobar kobar menguasai diri.

"FEO!! JANGAN TERUSKAN!!" Jerit Hea Xi disertai dengan sedikit bunyi macam dia tengah gelakkan something. Aku tak tau nak fikir apa, yang aku boleh fikir sekarang ialah tentang pedang yang kat tepi leher aku tu. Dan aku berusaha bersungguh sungguh supaya tak bergerak.

"KENAPA PULAK AKU TAK BOLEH TERUSKAN?" Feo bersuara dengan tegas. Memang ade ciri ciri seorang army. Dia dah tak macm Feo yang aku kenal, Feo yang periang, suka buat aegyo dan Feo yang suka bermanja dengan abang dia.

Aku menjeling Hea Xi sedikit untuk tau apa yang dia tengah gelakkan. Dia yang menyedari padangan aku terus meniup ke arah aku dan aku rasa sejuk semacam je tiba tiba. Feo yang sedang memandang Hea Xi juga mengalihkan pandangannya pada aku lepas Hea Xi meniup anginnya. Then, perlahan lahan. Pedang Feo menjauh dari leher aku. Dia berpaling kebelakang sambil menutup separuh mukanya. Aku menjadi bingung. Asal diorang ni?

Hea Xi pulak tak lepas pandangan dia dari aku sambil tergelak gelak. Apa yang kelakar? Ade benda ke kat muka aku?

Then baru aku teringat something yang aku tak pernah terfikir. Kalau aku kene hiris dengan pedang mesti baju aku terkoyak sekali kan? Dan yang akan pulih semula cuma badan aku. BUKAN BAJU AKU!! Aku terus memandang ke bawah dan ye memang betul baju aku terkoyak besar. Lagi lagi bila angin yang datang dari Hea Xi menyelakkan lagi bahagian yang terkoyak tu. Aku taknak cakap bahagian mana yang terdedah tu. Cuba fikir sendiri lah kalau yang koyak tu antara peha kanan sampai bahu kiri.

Aku terus memegang kedua dua bahagian baju yang terkoyak tu supaya tak terselak . Muka aku memerah.UISH.. MALUNYA!! .Yelah . Aku kan pakai tudung. Rambut tak tayang apa apa tiba tiba tayang body pulakkan? Abislah rahsia aku.Rahsia apakah itu? Untuk pengetahuan anda Aurat itu lah rahsia nya.

Aku menukar dari posisi baring kepada posisi duduk. tangan aku masih kemas memegang baju. Feo yang dah berjalan jauh nun ke sana untuk cover malu datang kembali ke arah aku.

Dia menghulurkan mutiaranya kepada aku.

"Letak kat mana mana bahagian baju kau" Kata Feo still tak pandang aku. Feo sangat menjaga pandangan I see? Tak macam Hea Xi yang matanya dari tadi tak lepas dari aku.

Aku meletakkan mutiara tersebut di sudut kiri bahagian bawah baju aku. Setelah aku meletakkannya disitu, satu cahaya biru keluar dan ia menukarkan seluruh baju aku yang sepatutnya nampak hipster tu kepada pakaian yang serba biru. Dah macam Elsa dalam cerita Frozen pun ade.
Baju aku yang sepatutnya ialah swearshirt berubah menjadi sehelai baju biru muda yang panjang hingga ke paras peha, di sisi kiri dan kanan mempunyai belah yang memudahkan aku untuk bergerak. Bahangian lengan pula agak fit tapi di hujung lengan iaitu bahagiannya semakin membesar ke hujung. Dalamnya pula terdapat satu lagi lapisan sebagai syarat untuk tangan aku tidak terdedah pada pandangan manusia. Seluar slek hitam aku pula tidak berubah apa apa selain kualitinya yang semakin baik. Tudung bawal kelabu aku berubah menjadi berwarna biru tua. Yang bezanya adalah, bahagian lebihannya dijahit terus pada baju. Mungkin untuk memudahkan aku bergerak. Takde lah susah susah nak betulkan kalau kene tiup angin kan? bahagian lipatan tudung yang sepatutnya akan terkeluar bila kita tengah makan juga seolah olah dijahit.

The Golden WingsWhere stories live. Discover now