"Jika diberi peluang, kookie ingin bersama noona hingga akhir hayat kookie."
Its Jeon Jungkook fanfiction 2019
Start- Sunday, 1 sept 2019
End 31 December 2019
▫Written by ; guanllivers
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ting!
Jung Hoseok tersedar dari tidurnya apabila gegendang telinganya menangkap satu bunyi nyaring berada berdekatannya.
Telefonnya berbunyi nyaring menandakan panggilan masuk. Pada mulanya dia tidak mahu menjawab tetapi disebabkan deringan itu berterusan membuatkan dia terpaksa mengangkat.
"Hello–"
"Jangan lupa perjanjian kamu dan jangan buat onar lagi, Jung Hoseok."
Tit!
Panggilan itu terus dimatikan belum sempat Hoseok berkata apa-apa. Otaknya sukar berfungsi dengan baik pada awal pagi tapi, dia cukup kenal suara pemanggil tadi.
Rambutnya sengaja dikusutkan. Mata digosok berkali-kali agar penglihatannya kembali jelas.
Dia melihat kalendar yang berada di atas meja.
21 December.
Berapa hari lagi masa yang aku ada?
"Ahh, benda ni buat aku gila!"
___
Hari ni saya cuti kerja. Tak payah datang rumah.
"Dah kenapa Hoseok ni? Tiba-tiba cuti?"
Masej ringkas yang aku dapat pagi ini, Hoseok masej bagitahu dia cuti dan tak bagi aku datang rumah dia.
Dia demam ke? Tapi semalam okey je takde pulak nampak dia sakit.
Heish saspen aku dibuatnya tiba-tiba dia masej macam ni. Biasanya dia tak macam ni weh. Tiba-tiba aku rasa lain macam pulak.
"Kau dah kenapa jenah? Muka dah macam bini hilang laki je."
Aku muncungkan mulut sebaik saja dengar suara Jimin. Jimin berjalan ke arah meja dapur dan mengangkat saji.
Makanan kegemarannya, nasi goreng kimchi!
"Takde apa-apalah."
Jiyoon menjawab dengan suara yang agak perlahan. Skrin telefon dipandang lama. Melihat masej yang diterima.
"Biasanya kau dah keluar hantar makanan dekat hoseok ini kenapa masih tercengat kat sini lagi?"
Persoalan jimin hanya dibalas dengan keluhan. Entah kenapa fikirannya asyik memikirkan tentang Hoseok.
"Dia cuti hari ni."
Jiyoon seraya berjalan ke arah meja makan dan duduk di atas kerusi. Pinggan diambil lalu mengambil nasi goreng kimchi.
"Tak sihat lah tu."
Jiyoon hanya mengangkat bahu. Tidak pula Hoseok bagitahu apa sebabnya. Mungkin juga dia betul-betul tak sihat.
"Pergilah tengok dia. Mana tahu dia perlukan kau."
"Tapi dia tak bagi aku datang rumah dia."
Jimin yang baru ingin menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya terhenti seketika. Dia pandang adiknya lama.