Prolog

5.5K 126 2
                                    

    "Apa salah saya?"Tanya Fiza sambil menangis teresak-esak di hadapan lelaki ini.Ya,lelaki yang selama enam tahun menjalin kasih bersamanya,penuh bahagia dan kenangan-kenangan manis semenjak hari pertama perkenalan di UPM sehinggalah ke hari graduasi mereka,yang mana lebih tepat lagi iaitu hari ini.
          Tidak disangka bahawa hari yang paling menggembirakan dalam hidup Fiza juga merupakan hari yang paling mengecewakan bagi dirinya.
            "Awak tak salah,Fiza cuma.....awak anggaplah kita berdua memang takde jodoh."Begitu selamba si teruna menuturkan kata-kata mengatakan bahawa mereka berdua tidak ada jodoh untuk bersama.Mendengarkan kata-kata si teruna terus meledak kemarahan si dara.
             "Apa awak kata?takde jodoh?Hei,ini semua takkan jadi kalau awak setia.Dengar,SETIA!!!Okey,kalau ini yang awak nak,kita putus Mohd Raffiqi bin Deraman!It's over!"
               Sebaik menghabiskan kata-kata,Fiza terus berlari jauh meninggalkan Raffiqi di belakangnya.Sekali gus,meninggalkan semua kenangan kisah cinta mereka.

                 "Selamat tinggal Raffiqi....."

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now