Sampai sahaja Soonyoung di biliknya. Dia dapat melihat susuk tubuh seorang wanita yang tekun berdiri menunggu ketibaannya.
Soonyoung tersenyum sengit, lalu dia membuka pintu tersebut dengan perlahan-lahan.
"Selamat pagi tuan!" Ucap Pembantu peribadanya dengan semangat lalu menundukan kepala kebawah sebagai tanda hormat kepada majikannya.
"Selamat pagi juga Eunha. Awak ni, kalau tak semangat tak boleh ke?" soal Soonyoung sedikit tersenyum.
"Ahh bukan ke tuan nak P.A yang sentiasa bersemangat dan penuh dengan tenaga? Soal Eunha lagi.
"Pandainya awak kena kan bos awak sendiri ye."
Eunha diam lalu dia segera menundukan kepalanya. "Maafkan saya tuan! Saya tak bermaksud nak cakap macam tu pada tuan." ucap Eunha dengan perasaan yang penuh bersalah.
"Hahaha apalah awak ni, saya just bergurau jelah. Saya manalah ambil hati kalau perkara yang remeh macam ni" gelak Soonyoung. Eunha pun turut ketawa sedikit kekok akibat malu dengan kata-kata Soonyoung.
"Ah, kebetulan awak ada kat sini boleh buatkan saya coffee tak?"
"Baiklah, sekarang jugak saya buat. Tuan tunggu ye" ucap Eunha lalu dia pun keluar bilik tersebut dengan segara.
"Hmmm ada-ada jelah awak ni." kata Soonyoung.
Dia pun duduk di kerusinya lalu bersandar melihat syiling. Sesekali dia melihat ke sebelah kirinya dan dapat dilihat olehnya sebuah bingkai gambar keluarga dimana si isteri memegang seorang bayi lelaki di tangannya manakala si suami mencium bayi lelaki tersebut.
Bingkai gambar keluarga tersebut adalah miliknya. Walaupun bingkai gambar itu kecil tetapi dapat mengembalikan semangat jejaka tersebut semasa menghadapi masalah.
Setiap kali melihat gambar tersebut, dia mesti tersenyum walaupun dia mengalami stress mahupun sebaliknya kerana gambar tersebut penuh dengan kenangan. Kenangan dirinya bersama anak dan isterinya ataupun lebih tepat bekas isteri.
Tipulah kalau dia masih tidak ada rasa sayang atau rindu terhadap bekas isterinya.
"Hyunji, apa awak buat sekarang? Awak masih rindukan kami ke sekarang?"
"Kwon Hyunji saya rindukan awak"
Thanks sebab baca 😃
Vote and Comments 😁
YOU ARE READING
[✔] sᴇᴄᴏɴᴅ ᴄʜᴀɴᴄᴇ ғᴏʀ ᴜs || ᴋᴡᴏɴ sᴏᴏɴʏᴏᴜɴɢ
Fanficᴅɪsᴇʙᴀʙᴋᴀɴ ᴛᴀᴋᴅɪʀ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ʙᴇʀᴊᴜᴍᴘᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴋᴀʟɪ ᴋᴇᴅᴜᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴘᴇɴᴇᴍᴜᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴅɪᴊᴀɴɢᴋᴀ. ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴍᴀsɪɴɢ-ᴍᴀsɪɴɢ ᴍᴀsɪʜ ʙᴇʟᴜᴍ ᴛᴇʀᴜʙᴀᴛ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴋɪsᴀʜ sɪʟᴀᴍ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴅᴀʜᴜʟᴜ. ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴀᴅᴀᴋᴀʜ ᴛᴀᴋᴅɪʀ ʏᴀɴɢ ᴅɪʙᴇʀɪᴋᴀɴ ɪɴɪ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴍᴇɴʏᴀᴛᴜᴋᴀɴ ᴅᴜᴀ ᴘᴀsᴀɴɢᴀɴ ɪɴɪ ᴋᴇ...