"Elham Nash!"
'Alamak! Cikgu Zati perasanlah aku tengah tenung si Zanna! Gulp!' desis Elham disertai tegukan liurnya. Itulah, orang suruh fokus apa yang cikgu sedang terangkan. Ini tidak, duk sibuk fokus terhadap anak dara orang.
"Elham Nash! Sila berdiri!" arah cikgu Zita disertai matanya yang seakan terjojol. Amboi, marah sangat cikgu Zita ni!
Lantas, Elham berdiri lalu meneguk liurnya yang terasa kesat. 'Macam mana ni? Habis jatuh saham aku depan Zanna ni,’ monolog Elham seraya menekur lantai simen.
"Bila saya sedang mengajar, sila tumpukan perhatian kepada saya! Bukan duk sibuk tenung anak dara orang sampai nak tembus dibuatnya. Ini amaran terakhir ya buat kamu! Haa, yang lain pun sama! Sedar sikit yang kamu semua ni nak exam dah, berapa bulan je lagi. Ha, Elham... kamu boleh duduk semula," nasihat Cikgu Zita disertai anggukkan anak muridnya.
Padanlah muka kau. Tulah nak usya anak dara orang salah timing. Kan dah terkono bertepek-tepek.
"Erina... kau hari ni, pi kantin sorang-sorang tau! Aku nak spend time dengan diari aku. Boleh kan?" soal Zanna teragak-agak.
Erina pun menganggukkan kepalanya tanda setuju. "No problem. Aku faham, kau hari ni mesti tak okey. Kau dengan diari pink kau tu ibarat isi dengan kuku dah aku tengok." Erina pun berlalu bersama rakan sekelasnya ke kantin.
Nasib si Erina ni bukan poreber alone, adalah juga dia peneman untuk makan.
Manakala, langkah kaki Zanna pula menuju ke library untuk meluahkan sesuatu kepada sesuatu. Apakah? Okey, kepada diari keshayangannya ketika ini. Bagi Zanna, library diibaratkan sebagai tempat melepaskan segala tekanan yang adakala membelenggu dirinya. Pasal apalagi sekiranya bukan tentang si mamat yang memegang title 'mamat kepala senget' yang diagunerahkan oleh Zanna sendiri.
Library is my sweet second home for me, gitu!
Sememangnya pelik bila didengari oleh rakan sebayanya. Apalah yang dia suka sangat spend time di library? Buat sakit otak adalah!
Eh, hello... pencinta buku sahaja yang faham akan perasaan ini. Yang sakit otak tu... pi la main jauh-jauh! Kalau boleh waktu rehat tu makanlah sampai kembung. Awat cemburu ka hangpa dengan buku?
Eh, kita ter emosional pula! Maaplah ceq tak bermaksud nak sakitkan hati hangpa semua.
Seperti biasalah Nur Zanna akan memilih tempatnya di belakang yang bersebelahan tingkap. Katanya, senang dapat ilham gitu. Eh, bukan Elham itu ya! Oh, please la.
Okey, berbalik kepada Nur Zanna di sebelah tingkap ketika ini, tidak lupa juga...
Eh, nanti dulu. Where is my diary? Sekilas Zanna melilaukan matanya di hadapan, belakang, bawah, tangan kiri, kanan. Ke... alamak! Alahai! Mesti tertinggal di rumah ni! Nak cepat punya pasal. Alaa, my pinky tertinggal! Kesian dia!
Apalah! Ada kawan baik yang boleh bercakap pun nak jugak berbicara dengan buku diari. Nampak sangat tak appreciate manusia. Dasar minah gila! Dah besar buatlah cara dah besar! Nak act macam budak kecil dah kenapa! Ber diari bagai!
YOU ARE READING
DIARI PINK [OG]
Teen FictionKisah Nur Zanna yang terlalu obses akan warna pink.Tiba hari kelahirannya, dia telah memperoleh hadiah berupa sebuah diari pink yang diidam-idamkannya selama ini. Diari pink membantu Nur Zanna melampiaskan segala yang terpendam di hati, tidak kira d...