🎈 0 2 4

259 35 2
                                    

"Saya mimpi awak akan tinggalkan saya sebab salah faham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya mimpi awak akan tinggalkan saya sebab salah faham."

Suasana antara mereka berdua terus menyepi. Keduanya tidak bersuara.

Aku masih diamkan diri. Kata-kata Hoseok membuatkan aku terdiam.

Aku tak mampu pastikan keadaan tak berubah cuma aku berharap perkara itu takkan terjadi.

Aku dah mula sayangkan Hoseok. Aku dah boleh terima dia dalam hidup aku dan jauh dalam hati aku,  benar-benar cintakan dia.

Tapi, macam yang aku kata, keadaan pasti akan berubah. Sama ada ianya takdir yang indah atau sebaliknya.

Jiyoon senyum senget sambil menatap wajah Hoseok. Dalam keadaannya yang masih sakit dia tetap kelihatan kacak.

"Kita tak mampu nak ramalkan apa yang akan terjadi hobi-ah. Saya tak boleh janji, tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk elakkan benda itu terjadi."

Rambut yang berada di dahi Hoseok diraup lembut. Pipinya aku usap lembut bagi menenangkannya.

"Jebal... Walau apapun terjadi, jangan tinggalkan saya sayang. I don't think what happend to me without you. I really love you sayang."

Tapak tangan Jiyoon digenggam erat. Mata mereka bertemu. Dia benar-benar maksudkan apa yang dia kata.

Jiyoon segala-galanya bagi dia dan dia tak dapat bayangkan apa yang akan berlaku kepadanya tanpa Jiyoon disisi.

"Rehatlah. Awak mesti penat."

Jiyoon tak mahu membahas isu ini lebih panjang.

Jiyoon melepaskan pegangannya. Selimut tebal dibetulkan elok. Bantal ditepuk agar lebih selesa.

" Please stay with me."

Baru saja Jiyoon ingin keluar, Hoseok sekali lagi menarik lengan gadis itu. Tidak mahu meninggalkannya sendirian.

Aku senyum senget. Alahai demam pun masih manja lagi. Aku hanya anggukkan kepala dan kembali duduk di sebelahnya.

Tapak tanganku dia genggam erat seperti tidak mahu kehilanganku. Aku menepuk lembut bahunya mendodoi untuk tidur.

Hoseok, semoga hubungan kita berkekalan.

___

Sudah masuk dua hari, Hoseok masih lagi demam. Tapi keadaannya bertambah baik. Demamnya sudah di paras biasa.

Selama dua hari dia tak pergi kerja dan akulah yang kena selalu jaga dia.

Seperti biasa juga, aku akan sediakan sarapan buat Hoseok. Menu pagi ini adalah makanan kegemarannya, pasta. Semoga dia cepat sembuh lah.

Aku bergegas keluar rumah. Hari ni juga jimin tak balik. Katanya shiftnya tukar pagi dan mungkin akan balik lewat jadi aku tak perlu sediakan makanan untuknya.

[C] Jeon JuniorWhere stories live. Discover now