Alamak kenapa lah harini exam dahla paper tadi susah gila!. Desus hatiku. Aku mengeluh. Menutup mukaku di meja. Di hadapanku ada seorang jejaka yang merupakan kawan baik. Aku sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Haris. Aku kenal dia dari sekolah rendah lagi. Keluarga aku pun kenal keluarga dia. Kawan perempuan aku yang lain yang rapat dengan aku juga tahu aku syok dekat dia. Aku pun hagak dia dapat 'hint' aku tetapi dibiarkan sepi. Aku pun rasa dia ni macam lembab saja orangnya bila libatkan perasaan. Haris memusing kerusi kebelakang terus menghadapku seraya berkata,
" Kenapa ni Ari? Susah ke paper tadi?"
Aku kembali duduk menegak namun sedikit membongkok dengan perasaan hiba. Aku menganggukkan kepala. Haris memberi kata-kata semangat kepadaku. Mana tak gila aku dekat kau Haris, kau caring sangat!. Desus hatiku lagi. Aku terasa gegaran dipinggang. Terkial-kial mencari gegaran itu, ouh rupanya telefon. Aku heran.
" Haris, ni telefon sapa?"
" Eh, kau lah."
" Eh, bukan lah ni kuno sangat ni aku pakai samsung tenplus lah."
Haris menggeleng lalu memberi aku ceramah penuh cukup rasa supaya aku menjadi manusia yang bersyukur. Aku hanya senyum tapi masih hairan. Aku pun membuka telefon itu. Samsung duos lama. Tanpa pengencaman jari masih boleh dibuka. Bahaya. Satu pesanan ringkas.
Kepada Arisa.
Terima kasih kerana telah hadir dalam kehidupan Ayie selama dua tahun ni. Semua memori Ayie akan ingat tetapi please pulangkan balik semua barang yang Ayie bagi pada Ari sebab Ari dah tak layak untuk Ayie.-Ayie.
Aku sebak. Mata aku menjadi panas. Hidungku mula menjadi merah. Anak mata mula ditakungi air mata. Aku rasa marah serta sedih. Dengan mudahnya hati seseorang itu berubah. Apakan daya. Perkenalan aku bersama dia tamat disitu. Haris memandangku, dia terkejut. Cuba memujuk dan menanya kenapa. Makin lebat air mata ku. Tempat dudukku berada dibelakang kelas betul-betul dipintu belakang. Ketika itu pintu belakang terbuka. Saat itu datang seorang jejaka yang menawan hatiku. Danny. Budak kelas sebelah. Aku selalu mengejek dia sebab dia kecil dan berbadan sedikit gempal. Tetapi ketika itu, Danny menghulurkan aku kertas kadbod. Aku terdiam. Oh, dia mahu aku tutup muka aku menggunakan kadbod itu. Saiz kadbod itu sebesar buku memang cukup menutup wajahku. Dia senyum lalu pergi. Aku berdebar-debar. Ya, ketika itulah aku mulai menyukainya.
*Ringgg!!!
Aku terbangun. Melihat telefon aku. Samsung tenplus. Fuhh, mimpi rupanya tadi. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Aku lambat ke kelas. Aku mulai hariku dengan huru hara.
Selesai menunaikan solat Isyak. Perut aku berkeroncong. Aku mengeluh. Hari ini aku tidak membeli makanan kerana kesempitan duit. Tinggal mee segera jenama aku tidak minat saja tinggal kerana itu saja paling murah di pasaraya. Namun aku mahu mee segera perisa lain. Aku melihat Hana. Ralik dengan esaimennya.
"Hana, nak tukar tak ni? Aku da bosan." aku menunjuk mee segera itu.
Hana hanya mengangguk dan menyuruh aku mengambil mee segera dia didalam almari. Aku dengan gembiranya membuka almarinya mencari mee segera perisa lain. Ish, mana dia letak ni. Ralik aku mencari. Aku tersedar sesuatu. Anak patung berbalut dengan kain putih itu ghaib. Mungkin hanya andaian aku. Aku pun mengambil mee segera dan memasak air panas. Mee segera sajalah akan ku makan sepanjang bulan ini kerana duit biasiswaku belum masuk lagi. Aku sudah terbiasa. Malam itu sungguh sunyi sepi. Angin sepoi-sepoi bahasa. Rutin harian aku dan Hana untuk buka tingkap ketika sedang belajar tidak kira waktu. Aku menikmati suasana aman itu dengan makan mee segera. Tenang. Aku terkenangkan keluargaku. Apa mereka sedang lakukan. Aku rindu melihat telatah mereka. Sudah lama aku tidak merasa suasana harmoni sekeluarga kerana masing-masing sudah sibuk dengan kerja. Kakak aku juga sudah mendapat kerja setelah abis belajar. Dia merantau jauh. Tinggallah ibu bapaku saja dirumah. Disini aku meneruskan perjuaganku sebagai fisabillilah.
" Ari, oh Ari .. orang lepas makan bertenaga buat kerja kau tidur pulak kat sini. Pergi la tidur kat katil tu." ujar Hana.
Aku mengosok mataku. Jam pkul 12 malam. Mataku sudah layu. Aku mengikut kata Hana. Aku pun beransur ke katilku. Mengunci jam untuk loceng esok pagi. Mengibas bantal dan baring berselimut. Aku pun memejam mata.
Pukul 2.25 pagi.
Aku menuruni tangga katil. Aku ke meja belajar mencari sesuatu. Aku bersiul. Aku membuka almari kosong bersebelahan almari Hana. Aku mencapai suatu objek kecil. Aku rapatkannya ke dadaku. Aku membelai-belai rambutnya. Aku mencium dahi patung itu. Aku mengemas balutan kain putih itu. Aku mendodoinya dengan irama yang mendayu dengan sedikit mantera. Aku ketawa kecil melihat patung itu tersenyum. Matanya merah menyala. Bulu matanya panjang lebat melentik. Aku merenung dalam ke matanya. Sekilas itu aku melihat sekunjur badan baring lena diatas katil. Hana. Aku sebak dan mula menangis. Rambut patung itu direntap kasar berkali-kali sambil aku menangis teresak-esak. Aku mencampak patung itu ke dalam almari kosong itu. Aku bingkas bangun dan menuju ke katil Hana. Aku duduk di atas katilnya. Aku mendekatkan muka ku ke kepala Hana. Aku mengusap rambut Hana perlahan. Aku mendodoikannya seperti aku dodoi patung tadi. Aku mengusap rambutnya perlahan-lahan turun ke lehernya. Tangan ku panas. Aku ingin mencekik Hana namun dihalang oleh rantainya. Rantai itu bukan calang-calang rantai. Berbatu hijau. Habis kudrat aku untuk mencekiknya kecundang kerana rantai itu. Hana kau memakai tangkal. Syirik. Aku benci kau. Aku ketawa seraya baring disebelahnya. Aku baring menghadapnya dan tersenyum.
Pesanan penulis: Maaf kalau jalan cerita mendatar. Kalau ada part tak brapa nak mengancam boleh komen tau :)
YOU ARE READING
Pindah
ParanormalMengisahkan perjuangan Arissa untuk meneruskan hidup walau diuji oleh 'mereka' kerana kesilapannya yang lalu hingga menyeksa dirinya sendiri. namun kehadiran Farryshah memberi dia semangat untuk melawan.