"Adrian wake up already! Kau lambat pergi sekolah nanti mama tidak tanggung,"jerit Puan Laila membangunkan anak lelakinya. Pembetulan satu-satunya anak lelakinya. Adrian adalah anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki kepada pasangan yang bahagia iaitu Puan Laila dan Encik Peter. Adrian mempunyai 4 orang kakak dan semua kakaknya telah pun berkahwin. Sekarang ini hanya Adrian sahaja yang belum berkahwin memandangkan dia mempunyai jurang umur yang sangat besar berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Walaupun begitu,dia tetap rapat dengan kakaknya dari yang sulung hinggalah yang keempat. Adrian menggeliut seperti cacing sebelum memaksa dirinya bangun. Dia sempat terlelap seketika sebelum ibunya memanggilnya sekali lagi. "Adrian Mikhael!,"jerit Puan Laila menandakan kemarahannya sudah sampai ke penghujungnya. Adrian yang hampir terlelap terus segar mendengar suara indah ibunya. "Yes,ma!,"balas Adrian dan terus ke bilik air. Dia langsung tidak menyedari bahawa telefonnya sedari tadi berkelip tidak henti menandakan ada pesanan masuk.
"Oh gosh! Mana Mikhael ini?!,"kata Julia geram. Semalam Adrian yang beriya-riya menyuruh Julia untuk tunggu dekat hujung jalan ingin ke sekolah bersama-sama. Jam sudah pun menunjukkan 6.30 pagi,batang hidung pun tidak nampak. "Mikhael kalau kita lambat lagi,aku serius akan belasah kau cukup-cukup hari ini!,"kata Julia masih cuba untuk menghubungi Adrian. Julia dan Adrian adalah kawan dari kecil lagi. Mereka sememangnya rapat dari sekolah rendah dan berterusan hingga kini. Semua orang lebih selesa untuk memanggil Adrian dengan nama Adrian namun hanya Julia sahaja yang memanggil Adrian dengan nama Mikhael kerana dia ingin memberikan nama istimewa untuk Adrian katanya. Namun begitu,hingga kini juga hanya Adrian sahaja yang tidak tahu atau lebih tepat lagi tidak menyedari bahawa Julia menyimpan perasaan untuknya. Namun,Julia juga memilih untuk memendamkan perasaannya kerana dia tidak mahu persahabatan yang terjalin dari kecil ini hancur kerana perasaan yang dikenali sebagai 'CINTA' itu.
"Hurgh! Another voicemail?! Seriously,Mikhael?!,"kata Julia mulai hilang sabar. Rafiq yang secara kebetulan lalu di jalan itu melihat Julia sedang menunggu Mikhael. Dari jauh Rafiq menggelengkan kepala melihat riak wajah Julia yang risau akan Adrian. "Julia. Julia. Julia. Kalau aku jadi kau,aku tinggalkan sahaja si Adrian itu,"kata Rafiq memuji tahap kesabaran yang ada dalam diri Julia. "Ish! Apa cakap macam itu? Kalau Julia dengar nanti dia kecil hati,kau mahu pujuk?,"soal Mimi. Syamimih Ain atau lebih dikenali sebagai mimi merupakan kawan baik kepada Julia dan teman wanita Rafiq.
Aku puji kot. Celah mana dia mahu sakit hati?,"kata Rafiq sambil tertawa kecil. Rafiq merasakan bahawa teman wanitanya sekarang sangat comel walaupun dia sedang dimarahi. Tahun ini mereka sudah genap 3 tahun bersama dan cara layanan mereka terhadap satu sama lain tidak pernah berubah. "Kejap! Kenapa bulu romaku meremang sekarang ini?!,"kata Julia memandang kiri,kanan,depan dan belakang. Dia melihat Rafiq dan Mimi yang tidak jauh dari tempat dia berada sedang berbual mesra. "EWWWWW! GELI! Patutlah meremang bulu roma. Boleh rosak gigi tengok kemanisan mereka ini,"kata Julia. Julia terus melakukan aksi seperti mahu muntah sama macam emoji yang muntah hijau itu akibat geli melihat kemesraan Rafiq dan Mimi. "Hai,Julia,"kata Mimi tersenyum lebar. "Tunggu Adrian lagikah?,"soal Rafiq. Julia hanya mengangguk tanda setuju.
"Just in case,kau tidak serikkah kena denda terus gara-gara lambat ke sekolah sebab tunggu Adrian?,"soal Rafiq straight to the point. Mimi mencubit lengan Rafiq membuatkan Rafiq mengadu kesakitan. "What? Betullah,"kata Rafiq pura-pura tidak memahami maksud cubitan Mimi. Julia hanya menggelengkan kepalanya sudah cukup masak dengan perangai mereka berdua. "Ish! Sudahlah kamu dua ini. Pergilah dulu. Nanti aku datang,"kata Julia menghalau pasangan itu untuk pergi.
"Julia.....emm kau sudah meluahkah dekat Adrian?,"soal Mimi secara tiba-tiba membuatkan Rafiq terkejut. Giliran Rafiq pula menyinggung bahu Mimi. Mereka tahu itu ialah soalan sensitif ditanyakan kepada Julia. Julia tersenyum kelat. Bukan dia tidak mahu meluah namun dia takut.
YOU ARE READING
Sunflower
RomansaSebuah kisah cinta di antara Julia dan Adrian. Julia yang cuba untuk mendapatkan Adrian namun hati Adrian sudah pun terpaut dengan gadis bernama Alisa. Apakah yang akan terjadi dengan Julia? Adakah mereka akan bersama atau adakah Julia akan menerusk...