Yahuuu! Cuti persekolahan kini kembali! Siapa je yang tidak suka cuti sekolah kan? Gilalah kalau sesiapa tidak suka sesi cuti persekolahan. Dah setengah bulan Zanna belajar di sekolah itu, akhirnya dapat juga dirinya berehat semahu-mahunya.
Asyik scene dekat sekolah je kan? Why not kita buat scene kat tempat lain, bersama mama yang tercinta pula kali ini!
Indah dan nyaman sungguh udara di Pantai Bayu Resort ini. Sudah lama dia menantikan hari untuk tiba di resort milik mak cik nya iaitu kakak yang paling rapat dengan mamanya, Cik Ayu. Resort mak cik Zanna ni, bukan biashe-biashe tau! Tapi luar biasa kau!
Yalah, kerana air lautnya sungguh biru mengancam. Jernih gitu.
Sambil Zanna menghirup udara pantai yang begitu menyamankan,
"Hai Zanna! Dah sedia dah? Jom sekejap lagi kita nak bernikah dah. By the way, cantik wedding dress awak! It's suit for you," tegur Elham yang ketika itu memakai pakaian serba putih seperti... pengantin lelaki?
Zanna pun terus melihat pakaian yang dipakainya dan sejambak bunga di tangannya. 'Eh, bila masa aku pakai baju pengantin ni? Eh siapa nak kahwin dengan mamat ni? Jangan cakap... Oh no!' getus Zanna terkejut, tergamam dan seangkatan dengannya la.
Tanpa membalas teguran si mamat kepala senget itu dia pun apalagi, laut yang terbentang luas terus dituju dan...
Gedebush!
"Astaghfirullah, ya Allah... nasib baik itu hanya sekadar mimpi. Macam manalah aku boleh termimpi kahwin dengan mamat entah apa tu. Nauzubillahiminzalik," ucap Zanna lantas meraup mukanya apabila tersedar daripada mimpi yang begitu mengerikan bagi dirinya.
Eii, gelilah! Kenapa perlu mimpi pasal kahwin ni! I hate this nightmare! Sesungguhnya, teramat geli bagi dirinya bermimpi pasal perkahwinan dengan si mamat kepala senget itu.
Nasib baik aku sempat terjun dalam laut tu, kalau tak... lagi ngeri dibuatnya.
Seraya itu, azan subuh pun berkumandang. Zanna pun terus bangun dari katilnya menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap.
Yuhuu! Tak sabarnya nak pergi bercuti di resort Cik Ayu!
Pagi itu, Zanna membantu mamanya, Puan Erlin mengemas rumah sementara mereka akan meninggalkan rumah selama 5 hari.
"Mama, Cik Ayu sihat? dah lama kita tak pergi bercuti dekat resort dia kan?" soal Zanna kepada mamanya yang sedang sibuk memasukkan barang ke dalam bakul.
"Alhamdulillah, jangan risaulah! Mak cik kamu tu sihat je. Nanti lepas kemas kat bawah ni, Zana pergilah kemas barang-barang Zana ya! Haa, jangan lupa bawa 'kawan baik' Zana sekali. Kang nanti menangis pula dia kena tinggal sorang kat rumah ni," ujar Puan Erlin diselitkan gurauan.
Siapa lagi kalau bukan si buku yang berkulit pink itu. Haih, pinky jangan kau tertinggal buat kali kedua sudah. Nanti Zanna pula yang menangis sebab tak dapat 'berbicara' dengan si pinky itu.
That's why i love my mama so much! She always sporting with me!
Amboi kau Zanna, berspeaking bagai. Cukuplah papanya seorang yang telah pergi. Ya allah, kau panjangkanlah umur mamaku ya allah!
YOU ARE READING
DIARI PINK [OG]
Teen FictionKisah Nur Zanna yang terlalu obses akan warna pink.Tiba hari kelahirannya, dia telah memperoleh hadiah berupa sebuah diari pink yang diidam-idamkannya selama ini. Diari pink membantu Nur Zanna melampiaskan segala yang terpendam di hati, tidak kira d...