A I D E N 3

20K 747 7
                                    

ADEENA menyanggul rambut keperangannya lalu berlalu turun ke bawah. Anak matanya melilau di segenap ruangan tamu rumah Sophea.

Namun tidak pula dia melihat mana-mana susuk tubuh ahli keluarga angkatnya itu.

"Ibu? Abi? Sophea?"

Dahi milik Adeena berkerut apabila terdengar suara riuh rendah di ruangan dapur rumah banglo milik keluarga Sophea.

Kakinya mula melangkah ke arah dapur. Makin lama makin jelas pula suara yang dia dengari.

"Eh? Adeena dah bangun?"

Adeena tersentak. Dari terus mengintai dari pintu gerbang dapur dia terus menonjolkan diri.

"Mateen!"

Jeritan Adeena itu mengejutkan seorang lelaki bertubuh tegap yang sedang menghirup coffea.

"Adeena...aku tak pekak lagi. Pendengaran aku masih lagi jelas. Tak payah nak jerit-jerit bagai."

Mateen mengelap baju kemeja putihnya yang terkena coffea menggunakan jari runcingnya.

Adeena menayang sengih tidak bersalah. Dia berlari anak menuju ke arah Mateen lalu tubuh tegap itu dia peluk erat.

"Mateen...aku rindu kau sangat..." Pipi Mateen gadis itu kucup berkali-kali.

Sudah hampir sebulan dia tidak bersua dengan Mateen abang kandungnya. Perasaan rindu tidak dapat diungkap kepada ahli keluarga kandungnya yang berada di France.

"Mommy dengan daddy tak ikut?"

Adeena mencebik setelah menerima gelengan dari Mateen. Tattoo yang masih lagi jelas di leher abang sulungnya itu dicubit geram.

"Adeena! Kau ni dah kenapa?! Sakit tau tak!"

Mateen menggosok kuat lehernya yang masih terasa pedih akibat dari cubitan Adeena.

"Kenapa kau tak buang je tattoo tu?" Adeena menarik kerusi di hadapan abangnya lalu dia duduk.

"Kau gila? Ingat tak sakit nak buang benda alah ni?" Mateen manjeling adik bongsunya.

Pancake yang baru sahaja di masak oleh Puan Syahida ibu kepada Sophea dia ambil sedikit lalu dimasukkan ke dalam mulut Adeena dengan kasar. Dia tahu Adeena mahu membebel kepadanya.

"Mateen!"























ADEENA menyalami tangan yang mempunyai urat yang sedikit timbul milik Mateen. Pipi lelaki itu dia kucup sebelum mengambil bukunya yang berada pada seat belakang.

"Balik nanti tak payah la jemput."

Sebelah kening Mateen terangkat setelah menerima kenyataan dari Adeena.

"Dah kenapa pula?"

Soalan dari Mateen itu tadi hanya menerima sengihan dari Adeena. Wajah Sophea yang berada di seat belakang di jeling dengan ekor mata.

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now