EYRUL 29

925 67 78
                                    

FAIRUL memerhatikan Eyra yang kelihatan sibuk mengelap tingkap.Hari ini,mereka bersama-sama bergotong-royong membersihkan rumah.For the first time in forever bak kata Anna Frozen.

"Aku ada buat salah ke sampai kau tenung aku?" tanya Eyra.

"Taklah.Semua okay"

Eyra meneruskan kerjanya.Fairul masih tekun melihat isterinya.

"Nak bagitahu ke tak?Nak ke tak nak?"

"Nak ke tak nak lepak mamak?Kalau tak nak selamat tinggal!Kalau tak nak sila meninggal," nyanyi Eyra riang.

"Hah,apa dia?"

"Apa?" tanya Eyra kembali.

"Kau ajak aku lepak mamak ke tadi?"

"Aku nyanyilah dei.Lagu Zizi Kirana.Yang seksi tu," terang Eyra.

"Nah,aku dengar nasyid je.Manalah tahu lagu trending-trending ni," kata Fairul.

Wanita itu mencebik.Nasyid konon!Yang dia selalu layan BTS tu,nasyid ke?

"Eyra,aku nak cakap something ni"

Setelah puas berfikir,Fairul memutuskan untuk memberitahu isterinya.

"Cakaplah.Aku sedia mendengar"

Tangan Eyra ditarik oleh suaminya menjauhi tingkap.Tergendala sebentar kerja pembersihan.

"Kau nak curi tulang pjn agak-agaklah.Pandai eh tarik aku," tuduh Eyra.

"Dah lama aku fikir pasal ni.Aku harap kau bersabar"

"Wei,sabar apa?Wei kenapa?"

Eyra menggoncang-goncang tubuh Fairul.Sabar-sabar jangan bawak main eh!Tahu-tahulahkan apa jadi bila orang tiba-tiba suruh kita bersabar.

"Aku..."

"Kau?"

Diam Fairul menyebabkan Eyra semakin susah hati.

"Kau nak kahwin lain?" teka Eyra.

Fairul mengangguk.Senang lah macam ni.Tak payah bagitahu pun,dah tahu.

"Bila?"

"Hujung tahun ni," kata Fairul.

"Baiklah,kalau itu yang kau nak"

Eyra memberi kata putus.Mungkin ini semua memang berpunca daripadanya sendiri.Eyra tertunduk sebentar.

"Kau tak marah?"

"Tak"

Fairul tersenyum bahagia.Alhamdulilah,lembut jugak ya hati isteri pertamanya.

Eyra membuka glovenya.Langkah diatur menuju ke biliknya.Bersedia untuk bersendirian menangis meluahkan perasaan.

"Nak pergi mana?"

"Hah,naik atas.Nak sejukkan hati sekejap" jawab Eyra

"Tadi kata tak marah"

"Iya,tak marah.Cuma,ruang tamu ni tiba-tiba panas," dalih Eyra.

Fairul melepaskan tangan isterinya.Biarlah Eyra merajuk.Yang penting dia sudah mendapat keizinan.

🐂🐂🐂🐂🐂

PINTU biliknya diketuk berkali-kali.Eyra bangun dari pembaringan.Marah memang marah tapi asalkan Fairul bahagia,itu sudah cukup menggembirakan hatinya.

"Kau okay?"

"Okay je"

Fairul duduk di sisi isterinya sambil menatang dulang berisi nasi ayam dan segelas jus oren.Sejak dia beritahu mengenai hajatnya berkahwin lain,Eyra tidak turun ke bawah semula.Berkurung dalam bilik.Risaulah Fairul jawabnya.

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now