Syadid

7 0 0
                                    

Salah satu sifat orang yang syadid ialah dia akan bertindak syadid ke atas dirinya sahaja. Orang begini selagi mana syadidnya itu tidak memudaratkan diri dan persekitarannya, biarkan.

Dia sedang berperang dengan dirinya sendiri. Sedang bermujahadah melawan permintaan nafsu dari terus dimanjakan.

Biarkan dia berperang kerana dia sedang berusaha membezakan benteng iman dan kolam angan-angan.

Biarkan dia berperang dan semoga dia memperoleh kemenangan.

Kata Said Hawa di dalam kitab Al-Asas Fit Tafsir, mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa.

"Nafsumu jika engkau tidak menyibukkannya dengan kebenaran, nescaya dia akan menyibukkan dirimu dengan kebatilan."

Coretan PenaWhere stories live. Discover now