Bab 11

78 4 1
                                    


" Farry kenapa Ari tengok Farry tak pernah cerita pasal family Farry?"

" Kenapa Ari tanya?"

" Saja. Cerita la Farry."

" Farry dulu ada adik lelaki. Tapi sebelum dia lahir lagi pun family Farry macam tak brapa layan Farry. Mak ayah Farry sibuk buat duit. Tinggalkan Farry dengan bibik kat rumah. Bibik rumah pulak selalu tukar-tukar sebab dorang suka curi barang. Paling Farry terasa sampai sekarang, time tu Farry sorang-sorang kat rumah. Bibik balik kampung. Farry tak sedap badan dan muntah-muntah. Farry cuba call mak ayah tapi dorang tak jawab. Perit tau Ari. Rasa ditinggalkan. Bila sakit takde sapa tolong. Time tu Farry tak larat sangat sebab kudrat semua habis time muntah-muntah. Farry pun tertido la kat situ. Esoknya baru mak ayah Farry hantar pegi klinik itupun dorang siap menyumpah-nyumpah Farry tak reti jaga diri la apa semua. Farry ini semua tu. Bila adik Farry lahir. Layanan still sama tapi bila kita tengok mak ayah kita layan orang lain lebih even la dia tu adik kita. Sapa je tak panas. Sejak dari tu Farry menyediri la lari masuk asrama, belajar jauh-jauh, kerja pun kalau boleh nak jauh tapi tula orang tua tu suruh Farry handle business dia. Ikut jela. Tapi adik Farry pun selalu pujuk Farry untuk sabar. Dia baik. Dia je kawan Farry ada dulu."

"sekarang dia kat mana?" ujarku.

" Tu, sampai da dia."

Aku terkejut lalu menoleh. Haish, makanan rupanya. Farry ketawa melihat aku khusyuk mendengar ceritanya. Dia pun membaca doa dan makan dengan penuh selera. Mendengarkan kisah menghayat hati itu membuatkan aku rasa bersyukur? Tidak. Aku pun mengalami situasi yang sama cuma pada asal dari orang miskin bukan seperti dia, kaya. Aku sangat bersyukur dengan kehadiran dia dalam hidup aku sebab aku rasa ada teman. Semenjak minggu lepas Farry kerap mengajak aku makan malam bersamanya mungkin sebab aku beritahu dia aku asyik makan mee segera. Kadang aku risau dia tidak selesa makan dikedai murah tetapi dia kelihatan baik-baik saja.

" Farry, thank you belanja makan. Segan la Ari bila Farry kerap belanja kita makan."

" Eh, nak segan apa. Takde apalah Ari tu kan kesayangan Farry mestilah kena hari-hari jumpa." sambil mengeyit mata kepadaku. Aku menunjukkan penumbuk besar ku kepadanya seraya meminta izin untuk masuk ke asrama aku. Ketawa kecil Farry. Dia pun berlalu pergi setelah menaiki Toyota Vios miliknya.

Aku pun naiki lif asramaku. Aku menekan butang tingkat 10. Pintu lif ditutup secara pelahan. Ketika lif sedang naik ke tingkap 10 aku merasa angin entah dari mana menyapa diriku. Rasa seperti angin dihembus kuat. Bulu roma ku naik mendadak. Aku berdebar. Pintu lif terbuka. Tingkat 10. Segera aku keluar dan lari ke pintu bilikku. Memulas tombol pintu dan menolak hingga kuat. Aku terjatuh terduduk. Aduh!

" Ya Allah Ari, kenapa kau ni mengelabah semacam?" tegur Hana sambil melipat sejadahnya. Lalu dia datang ke pintu dan menutupnya. Aku tidak bergerak disitu kerana mengambil nafas panjang dan rasa tercunggap-cunggap.

" Nasib la nasi bujang aku ni tak kawin lagi ke lantai lepas kau terduduk kalau idok, kebulur la aku Ari.." katanya sambil mengambil bungkusan plastik ditanganku. Hana memesan makanannya apabila dia mengetahui aku keluar makan bersama Farry.

" Kau langsung tak sayang aku en, aku tengah macam ni bukan nak tolong angkatkan aku ke ni tak nasi bujang rm3 juga kau kisahkan." bebelku.

" Hahaha eh banyak la kau punya tak sayang. Semalam kau tidur sebelah aku pun kira sayang tau aku biarkan. Kalau tak aku tendang kau jatuh ke bawah hahaha" balasnya.

Aku juga hairan bagaimana aku boleh tidur disebelah Hana. Aku rasa aku tak bangun malam tu. Hana juga pelik dengan 'clingy' ku itu. Dia kata mungkin aku baru balik dari tandas dan malas memanjat tangga katil lalu tidur saja disebelahnya. Mungkin juga aku jenis mengigau sambil berjalan. Ah, malas aku fikir lama-lama. Aku pun segera ke meja belajarku. Mengemas semua kertas-kertas esaimenku dan mengambil telefonku bawa ke katilku.

Goodnight Farry. Thanks belanja makan.-Ari

Sama-sama kasih Ari. Tidur nyeyak tau mimpi Farry hensem ni.-Farry

Ada sajalah Farry ni. Aku mengunci jam lalu menutup telefonku. Mengibas bantal dan menyelimut diriku. Hana nampaknya bersengkang mata malam ini kerana esok ada peperiksaan. Semoga dia boleh goreng paper tu. Aku pula bersedia ke alam mimpi.

Aku bermimpi malam itu. Suasana disekolah. Sama seperti mimpi aku yang lepas. Loceng sekolah berbunyi tanda pelajar boleh berehat. Semua berpusu-pusu ke kantin. Haris terlebih dahulu keluar 10 minit awal kerana dia merupakan pelajar yang mengendali koperasi sekolah. Aku pun dengan perlahan-lahan menolak kerusiku dan berjalan keluar dari kelasku. Aku agak ketinggalan dari kawan-kawanku sebab aku baru saja habis menangis dek kerana di 'rijek' oleh bekas teman lelaki. Aku jalan separa menunduk dengan penuh hampa.

*gedebukk!

Aku terlanggar seorang berbadan gempal sederhana pendek dihadapanku. Dia menoleh ke arahku. Habis mesti dia marah. Danny. Dia senyum seraya berkata

"Arissa ok? Sorry Danny tak nampak awak, badan Danny besar sangat, hehe." katanya.

Aku dengan terdiamnya menganggukkan kepala tanda baik-baik saja. Aduh malu aku dibuatnya, sudah lah mata aku sembam lepas menangis lepas tu terlanggar dia. Dia tak marah pulak tu. Sungguh laki dari surga. Semenjak dari itu aku terlintas untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Dasar gatal kau Ari, baru saja putus cinta sudah mencari yang lain. Aku pun ke kedai buku dahulu untuk membeli tisu sebab nak sambung menangis pulang nanti sambil mengemas barang jantan tak guna itu. Setelah itu aku pun pergi ke koperasi untuk membeli roti dan air. Aku terlihat Danny dari jauh. Dia berbual bersama Haris. Bagus. Aku tersenyum.

Usai rehat pun pulang la kambing-kambing ke kandang masing-masing untuk sambung menuntut ilmu. Aku pun dengan tersenyum-senyum macam kambing menunggu Haris pulang dari koperasi.

" Hah, kau kenapa tadi nangis pastu senyum-senyum ni? Gila?" tegur Haris dengan reaksi terkejut.

"Hehe, Haris... oh Haris.... kau nampak sangat hensem harini." kataku sambil membuat jari telunjuk kiri bertemu dengan telunjuk kanan.

"Hah mula dah kau ni. Nombor sapa pulak kau nak dari aku ni? Nombor aku?"

"Ish, nombor kau buat apa aku dah ada. Aku nak nombor ....."

Kedebukk!

Terjatuh aku dari katil Hana. Aku terjaga. Matahari sudah naik tinggi. Aku melihat jam di dinding. Pukul 8.30. aku mengeluh. Mujur sempat. Kelasku mula pukul 11 hari ini. Aku masih hairan kenapa aku tidur di katil Hana? Aku mengemas katil Hana lalu naik ke katilku. Kemas. Seperti langsung tidak disentuh. Telefonku elok dibawah bantal. Selimut kemas dilipat. Hairan.

PindahWhere stories live. Discover now