"Janganlah pergi, Yoongi... Haesoo taksuka hidup sorang-sorang...," rayu Haesoo.
"Aku dah tulis not muzik untuk lagu kau. Aku nak balik," kata Yoongi tanpa hiraukan Haesoo.
"Lagu Haesoo tak best? Haesoo baiki sekarang!"
"Tak, tak... Lagu kau okey je. Esok kita cuba hantar lagu ni ke syarikat baru," kata Yoongi dengan tergesa-gesa.
Haesoo peluk kaki Yoongi. Dia menangis dan merayu agar Yoongi tak pulang ke rumah.
"Kau jangan macam ni... Isteri aku dah sarat."
Haesoo tak endahkan kata-kata Yoongi dan terus merayu. Dia menangis teresak-esak minta belas kesian Yoongi.
"Esok aku datang lagi... Aku janji."
Haesoo melepaskan kaki Yoongi dan menangis di lantai. Tingkah lajunya seperti budak kecil. Yoongi berasa kesian dengan Haesoo. Dia serba salah untuk tinggalkan Haesoo.
"Haesoo..." Panggil Yoongi.
Yoongi bercangkung di sebelah Haesoo dan menepuk lembut belakang perempuan itu.
"Dah jangan nangis... Esok aku datang, okey?" Pujuk Yoongi.
Dia jalan lambat-lambat meninggalkan rumah Haesoo. Pintu rumah Haesoo di tutup. Yoongi berdiri agak lama di depan rumah Haesoo untuk memastikan Haesoo tidak melakukan perkara-perkara bodoh.
Sebaik tangisan Haesoo semakin perlahan, Yoongi memutuskan untuk pulang ke rumah. Namun niatnya terbatal apabila dia terdengar hempasan pintu dari dalam rumah Haesoo.
Yoongi masuk ke dalam rumah Haesoo dan dapati Haesoo sudah tiada di lantai ruang tamu. Yoongi terjerit-jerit memanggil Haesoo.
Yoongi terdengar bunyi sesuatu terjatuh dari dalam bilik Haesoo yang berkunci. Yoongi tercari-cari kunci bilik Haesoo tetapi tak di jumpai.
Yoongi bergegas ke bilik stor dan menyambar tukul kemudian berlari semula ke depan pintu bilik Haesoo. Di tukulnya tombol pintu berkali-kali.
Hampir 5 minit Yoongi mencuba barulah usahanya berjaya. Yoongi terperanjat sebaik melihat tubuh Haesoo tergantung di kipas siling.
"Haesoo!!!" Jerit Yoongi sambil berlari ke arah Haesoo.
Di peluknya kaki Haesoo dan angkat ke atas supaya leher Haesoo tidak terus tergantung. Yoongi memijak kerusi yang terjatuh lalu mendirikan kerusi tersebut.
"Kenapa kau buat macam ni?!" Soal Yoongi sambil menangis.
Dia meleraikan tali tersebut dari leher Haesoo dan bergegas ke hospital.
Sesudah sampai di bahagian kecemasan, Haesoo di bawa masuk ke wad untuk di rawat. Yoongi mundar mandir, runsing memikirkan keselamatan Haesoo. Dia terlupa akan Areum sehinggalah pesanan daripada isterinya masuk ke dalam telefonnya.
"Yoongi... Air ketuban saya dah pecah... Awak dalam perjalanan balik kan? Saya tunggu awak balik ya?" ㅡ Areum My First Love ❤
Bagai halilintar membelah bumi, Yoongi terkejut bukan kepalang. Dia bingkas bangun dari tempat menunggu.
Tiba-tiba keluar doktor yang merawat Haesoo dan memanggil Yoongi.
"Doktor... Macam mana dengan kawan saya?" Agust menyoal doktor yang merawat Haesoo.
"Cik Haesoo..."
Telefon Yoongi yang berbunyi mengganggu perbualan mereka berdua.
"Maaf, sebentar," kata Yoongi.
Dia menjawab panggilan jauh daripada doktor tersebut.
"Hello..."
"Yoongi! Kamu ke mana?! Areum dah nak lahirkan anak kamu ni!"
Yoongi mematikan panggilan dan mematikan telefonnya. Dia terduduk di atas lantai.
Doktor tadi menghampiri Yoongi dengan cemas.
"Encik... Encik tak apa-apa?!"
"Haesoo... Macam mana dengan dia?"
Tiba-tiba terdengar teriakkan Haesoo dari dalam wad. Yoongi dan doktor berlari masuk ke dalam wad. Haesoo melempar-lempar barang yang ada berdekatan dengannya.
"Haesoo!" Yoongi memeluk Haesoo.
"Yoongi jangan tinggal Haesoo... Jangan pergi mana-mana... Haesoo merayu..."
Yoongi menangis kebuntuan. Perasaan simpati telah menghancurkan dirinya sendiri. Dia menyesal menanam sifat prihatin ke dalam hatinya. Dia merindui dirinya yang bengis, yang pentingkan diri sendiri.
Areum, isterinya sendiri yang mengubah dirinya, yang mengusir sifat-sifat tak sepatutnya menghuni di hati mana-mana manusia.
Fikiran Yoongi kusut memikirkan cintanya yang sedang bertarung nyawa dan kawannya yang baru saja melepaskan diri di ambang maut.
YOU ARE READING
© Agust D: Cinta atau Simpati?
Historia CortaSequel of book The Truth Untold. 𝙎𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙞𝙣 𝙚𝙙𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙥𝙧𝙤𝙜𝙧𝙚𝙨𝙨. 𝕊𝕥𝕠𝕣𝕪 𝕔𝕠𝕧𝕖𝕣 𝕓𝕪 @euphorians- start: 22/12/2019 end: 24/12/2019