"Menyanyi malam-malam menghadap jendela terbuka macam tu kenapa! Tutup, Yewon. Sejuk ni.." tegur Sowon memerhatikan langsir yang mengerbang dilibas angin dingin yang membolos masuk dari tingkap yang terbuka.
Sergahan lantang itu masih gagal menyentakkan Yewon. Gadis itu terus khayal merenung kepekatan malam. Terus khayal mengalunkan rangkap-rangkap lagu tersebut.
Seharusnya lagu yang dinyanyikan itu berbunyi rancak, namun Yewon menyanyikan nya dengan nada yang perlahan dan sepi seakan menyanyi lagu puaka. Ditambah pula dengan suaranya yang sedikit unik.
Seram! Menaikkan roma Sowon yang memandangnya.
"Yewon-ah!"
Yewon tidak menjawab. Matanya fokus merenung taman permainan yang sunyi. Taman itu sudah lama terbiar. Biasalah sejak puluhan keluarga pindah ke bandar secara serentak membuatkan kawasan itu sepi.
Malah, hanya dua rumah sahaja yang berpenghuni. Satu rumah milik Yewon di sini dan satu lagi rumah milik Pak Saad yang jauh di hujung lorong.
Sowon seperti mati kutu disitu. Sudah lama dia perhatikan tingkah Yewon. Semakin ganjil.
"Yah, Umji! Aku kata tutup tingkap tu!"Yewon berhenti menyanyi. Bibirnya tersenyum sedikit. Lagu itu merupakan lagu kesukaan mendiang ommanya. Lagu yang sebelum ini menjengkelkan.
Namun, dia seperti ketagih menyanyikannya. Seakan roh omma masih ada disisinya. Membuatkan hidupnya seakan bereti semula.
Yewon masih berdiri kaku disitu, berat sungguh untuknya memalingkan wajah. Seakan taman permainan itu bermakna baginya. Angin dingin kembali mengelus wajahnya. Membawa bersamanya bau-bauan bunga.
Yewon kembali khayal, sehingga dia terlupa lagi teguran Sowon unnie dibelakangnya.
Sowon menelan air liurnya. Sedikit seram dengan keadaan itu, namun dia memberanikan dirinya untuk Umji. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengembalikan Umji kembali.
Sowon menarik nafas perlahan, matanya mengerling taman permainan yang terletak setentang dengan tingkap itu. Itu ke yang direnungkan Yewon? Taman puaka tu?
Yewon masih ralit. Seakan dipukau, dia masih memerhatikan taman itu. Sebahagian dari taman itu nampak jelas walaupun semak samin mula merimbun. Buaian mula bergerak,perlahan sekali. Bagai ada yang duduk di atasnya.
"UMJI, TUTUP TINGKAP TU!" Sowon mula melenting. Tiba-tiba, angin keras menyerbu masuk. Mendadak! Membuatkan Sowon tidak stabil dan terjatuh ke lantai. Angin yang terlalu kuat untuk seorang manusia.
Namun Yewon kelihatan tenang, hanya baju dibahunya terlondeh sedikit.
Sowon berpaling sewaktu terasa ada sesuatu memegang bahunya dari berlakang. Tiada sesiapa berada dibelakangnya. Bahunya terasa lembab. Sowon ternganga sendiri.
Pelik..kenapa ada bau wangi kat sini? Bau bunga?
Yewon menoleh kebelakang, namun hanya seketika. Tidak lama kemudian, dia kembali menghadapkan mukanya ke arah taman. "Kenapa taman itu masih kelihatan cantik, Unnie? Sedangkan sudah beberapa tahun ia terbiar..", Yewon bersuara sedikit berbisik.
"Umji!"
YOU ARE READING
When My Dream Is Over [MYG×KYW]
Horror"She loved you so much" Min Yonggi menoleh perlahan, menghadap Sowon yang berdiri kaku dibelakangnya. "Tak, Sowon.."Yonggi melepaskan asap rokoknya "Dia cuma keliru, antara Suga di dalam mimpinya dengan Min Yonggi dalam realitinya." Terang Sowon "Ak...