14 tahun berlalu. Ara kini membesar menjadi seorang gadis yang bijak, kuat dan ceria. Tak seperti kanak-kanak lain, Ara membesar tanpa seorang ibu.
Ara di besarkan oleh Yoongi dan Seokjin, seorang lelaki yang telah menyelamatkan mereka berdua sewaktu Yoongi pengsan dalam keadaan cedera 14 tahun yang lalu.
Ara jarang persoalkan tentang ibu bapa 'sebenar' nya. Yoongi merahsiakan pertalian darahnya dengan Ara. Nama Ara juga di tukar kepada Izz. Yoongi taknak ibu bapa arwah Areum mencari mereka lagi.
Yoongi benci akan dirinya sendiri. Dia benci dengan kenyataan bahawa dia penyebab Areum meninggal. Sepanjang Izz membesar, dia telah berusaha memujuk dirinya namun gagal.
Areum meninggal kerana jahitan pembedahan melahirkan Izz terbuka ketika jatuh di dalam bilik mandi. Dan waktu itu Yoongi tiada di samping isterinya.
Yoongi mengabadikan kenangannya bersama Areum di dalam penulisan novel bersirinya. Dia kini menjadi seorang penulis dengan menggunakan nama pena yang di sebut Suga.
Watak utama novelnya bernama Agust D menjadi tarikan ramai. Ada yang menyumpah seranah, ada yang berpihak kepada Agust.
Yoongi mengambil kekuatan daripada reaksi pembela watak novelnya. Dia menganggap pembela watak itu sebagai satu pujukan bahawa semua yang berlaku bukan salah dia seorang semata-mata.
"Perlukah aku jujur dengan Izz? Bukankah sudah teralu lambat untuk berterus terang?" Keluh Yoongi di depan komputer ribanya.
Tahun berganti tahun, Yoongi masih belum jumpa jawapan dan kekuatan untuk menceritakan hal yang sebenar kepada Izz.
"Aku taknampak dayus? Abahnya tinggalkan si ibu yang baru melahirkannya, demi seorang perempuan yang bernasib malang dan perlukan perhatian khusus?" Soal Yoongi sendirian.
"Lupakan niat kau, Yoongi. Semuanya baik-baik saja sekarang..."
Yoongi memutuskan untuk menyimpan segala rahsia selamanya. Dia taknak tanggung risiko kehilangan lagi.
"Areum... Saya akan jaga anak kita... Saya akan jaga Ara... Saya minta maaf, Areum..."
Tiba-tiba pintu pejabatnya di ketuk.
"Masuk," arah Yoongi.
Muncul kepala di celah daun pintu. Yoongi menanggalkan kaca matanya dan menyandar pada kerusi. Dia tersenyum melihat Ara yang membesar sebagai Izz.
"Izz masuk, boleh?"
"Masuk je lah, ke nak abah angkat? Atau bentang karpet merah?" Seloroh Yoongi.
Izz gelak besar dan masuk ke ruang pejabat abahnya seperti seorang samseng tahi tikus.
"Ya, Izz?"
"Ni, markah ujian peperiksaan Izz," kata Izz sambil hulur slip peperiksaan pertengahan tahunnya.
Yoongi memakai kaca matanya dan membaca satu persatu.
"Baguslah anak abah ni," puji Yoongi.
"Izz nak hadiah sebab Izz bagus."
Itu dia, itulah tujuannya.
"Eh, takboleh. Sebab ada B dan C."
"Tadikan abah cakap Izz bagus? Izz tak bagus ya? Izz tak pandai?" Soal Izz dengan mimik muka sedih.
Yoongi menyilangkan lengan. Izz masih dengan wajah sepuluh sennya.
"Yelah, Izz nak apa?" Akhirnya Yoongi mengalah dengan anaknya.
"Hehe!" Izz tersengih lalu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
Dia berlari ke sebelah abahnya dan menyerahkan sehelai flyers.
"Izz?" Soal Yoongi dengan nada dingin.
Flyers tersebut menawarkan perkhidmatan latihan alat muzik. Izz membulatkan gambar piano. Ianya mengingatkan pada dirinya dulu.
"Kenapa dengan abah ni...? Kalau tak bagi tak apalah," kata Izz dengan nada kecewa.
Yoongi meraup wajahnya dan cuba bertenang. Dia menelan air liurnya dengan payah.
"Izz nak belajar main piano?" Soal Yoongi dengan nada seperti biasa.
Izz mengangguk kecil sambil bermain-main dengan flyers tersebut.
"Abah pandai main piano, nanti abah ajar Izz, okey?"
Izz mendongak memandang abahnya. Matanya bersinar penuh teruja.
"Okey, abah!"
"Malam ni ikut abah, kita pergi kedai alat muzik dan beli piano."
Izz melompat gembira mendengar kata-kata abahnya.
"Piano besar tu ke abah?"
"Ya," jawab Yoongi sepatah sambil tersengih lebar.
"YEAY! SAYANG ABAH!!!"
Izz memeluk Yoongi sebelum meninggalkan pejabat abahnya sambil menari-nari gembira.
Yoongi tersenyum pahit melihat anaknya yang bahagia.
"Abah jaga Ara..."
YOU ARE READING
© Agust D: Cinta atau Simpati?
Short StorySequel of book The Truth Untold. 𝙎𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙞𝙣 𝙚𝙙𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙥𝙧𝙤𝙜𝙧𝙚𝙨𝙨. 𝕊𝕥𝕠𝕣𝕪 𝕔𝕠𝕧𝕖𝕣 𝕓𝕪 @euphorians- start: 22/12/2019 end: 24/12/2019