[50]

2.6K 175 43
                                    

Abaikan Nama tajuk di atas.Nana dah tak boleh fikir dah XD

Trio Troublemaker dan Halilintar berada di ruang tamu.Semua mereka hanya senyap sahaja selepas situasi sebentar tadi.Hanya bunyi pusingan kipas sahaja kedengaran.Semua element hanya senyap.Mereka buntu.Solar dalam keadaan lemah...Gempa masih tidak sedar dari pengsan...Dan Ais bertambah pudar dari sebelumnya.

"A-aku....Aku takutlah..." Halilintar memandang Blaze sayu.Begitu juga Taufan dan Thorn.Mesti sukar bagi Blaze melihat kembarnya begitu.Thorn menepuk nepuk belakang Blaze,cuba menenangkan pengendali api itu.

"Aku...Takut sangat..." Blaze terus memeluk Thorn yang berada di sebelahnya.Tangisan yang ditahan dilepas ke Thorn.Thorn hanya tersenyum lemah sambil mengusap ngusap kepala Blaze.

"Mula mula...Kita kena tahu apa yang jadi pada Ais..." Hali meletakkan jarinya ke dagu.Mula mencari sebanyak mungkin clue untuk merungkai misteri ini.

"Oh ya!Hali!Kau ada ingat tak?Sebelum Reverse lenyap tadi,dia ada kata tentang loteng!" Taufan memetik jarinya.Dengan senyuman,Taufan memandang Hali.Hali hanya menganguk angguk melihat Taufan.

"Betul jugak...Mesti ada sesuatu yang tersorok dekat loteng...Syabas ye." Hali menepuk nepuk kepala Taufan.Taufan tersenyum gembira.Akhirnya dia dapat membantu keluarganya.Hali bangun lalu mengajak Trio Troublemaker pergi ke loteng rumah.

"Abang Hali...Kita kena cari apa sebenarnya?"

"..." Semua diam.Mereka memandang satu sama lain.Kesemua mereka kaku di dalam loteng itu.Mereka tidak tahu apa yang menyebabkan Ais jadi begitu.Keluhan kesah dilepaskan semua.Trio Troublemaker hanya diam memandang Hali.Hali mengurut dahinya.

"Nak cari apa ya..." Hali berlegar legar di loteng itu.Matanya memerhati setiap inci tempat berhabuk dan kotor itu.Dan berapa tahun tak bersih pun tak tahulah.Harap harap takde tikus mati atau lipas lah ye.

"Korang...?Korang dekat mana...?" Kedengaran suara seseorang di bawah.Semua element memandang satu sama lain.Masing masing membuat isyarat agar salah seorang dari mereka turun.Akhirnya Taufan merelakan dirinya untuk turun ke bawah.

"Ha Taufan!Ingat takde orang dekat rumah!Eh?Kenapa kau pergi Loteng?"

"Kami err...Berkhemah dekat dalam tu." Pengendali Tanah itu memandang Taufan Hairan.Berkhemah dekat loteng yang berhabuk?Benda apa yang dia mengarut pulak ni?Gempa menggaru kepalanya perlahan.Gempa menggelengkan kepala lalu menaiki tangga ke loteng.Taufan hanya mengikut Gempa dari belakang.

"Korang buat apa dekat sini?"

"EIKKKKKKKKK!!!!!" Thorn yang terkejut lantas membali sesuatu ke Gempa.Semua kaku melihat benda yang dibaling Thorn itu.Tukang baling juga terkejut.

"G-g-gempa...?" Gempa mengalihkan bangkai katak mati itu ke tepi.Taufan yang berada di belakang Gempa hanya menggeletar geli.Gempa menyeka mukanya menggunakan lengan baju lalu memandang mereka semua.Semua hanya menelan air liur.Benda yang dibaling tu bukan biasa biasa.Mampu membuatkan seorang manusia bertukar hulk tahu?

"K-korang buat apa dekat atas ni?" Gempa cuba menenangkan dirinya.Mahu sahaja dia melompat lompat kegelian.Siapa tak geli beb.Katak hidup pun dah geli.Katak mati?Ish ish ish...Gempa mencuba sebaik mungkin untuk mengukir senyuman manis dang mengawal dirinya dari menghukum adik adiknya itu.

"K-kami datang s-sebab nak cari sesuatu tentang Abang Ais..." terketar ketar Thorn menjawab dari belakang Blaze.Yang lain hanya mengangguk ketakutan.

"Ais?Jangan cakap..." tidak menghabiskan ayatnya,Gempa lansung berlari ke sebuah kotak yang agak tersorok di situ.Para element yang lain memandang satu sama lain.Mereka lansung tidak tahu apa yang dilakukan Gempa itu.Disebabkan oleh desakan perasaan ingin tahu,Hali dan Trio Troublemaker pergi ke arah Gempa.Blaze menyuluh lampu suluh ke arah Gempa yang kelihatan terkial kial mencari sesuatu di dalam kotak itu.

"Terima kasih." Gempa terus menyambung pencariannya tanpa menghiraukan yang lain.Thorn dan Taufan menolong Gempa mengalihkan barang barang dari kotak itu manakala Hali menolak beberapa kotak ke tepi bagi memberi ruang untuk mencari barang itu.

Selang beberapa minit,Gempa mengeluarkan sebuah peti kecil persis sebuah peti harta karun.Mata Thorn dan Taufan bersinar sinar melihat peti itu.Hali dan Blaze pula duduk bersebelahan Gempa,menanti untuk mengetahui isi peti itu.

"Macam cari harta karun lah!" Thorn tersenyum kegembiraan.Sesekali mereka bersin juga di dalam loteng itu akibat terlalu berhabuk.Gempa memandang satu persatu elemental di hadapannya.Peti di tangganya digenggam erat lalu hujung bibirnya digigit sedikit.Blaze yang perasan mengoncang bahu Gempa perlahan.

"Oi oi.Kau tahu ke apa ada dalam tu?"

"Eh?Err...H-haah...Ini...Buku resipi memasak aku...Korang cakap tentang Ais...Aku ingat dia demam...Jadi aku carilah buku memasak aku balik...Hehehe..." Pemilik iris emas itu menjawab acuh tak acuh.Thorn dan Taufan hanya jatuh ala 'anime style' manakala Blaze pula hanya menghela nafas kesal.Gempa tidak menunggu lama,lantas dia membawa dirinya ke pintu loteng itu.

"C-cepat mandi tau!Korang berhabuk!" Gempa mula hilang dari pandangan.Hanya kedengaran bunyi tapak kaki dibawah sahaja.Kedengaran laju seperti seseorang berlari.

•••

Nasib baik aku sempat berfikir sebelum bukak peti ni depan diorang.Takkan kesan sampingan tu dah mula...?Aku kena fikir dengan pantas!!!

...Hali...Tak syak apa-apa kan?

____________________

Yo!Nana disini~Macam mana dengan chap ni?Elok tak?Elok tak?Err...Nana akan kurang update sekarang sebab Nana masuk asrama...Maafkan Nana...Tapi Nana akan cuba update dan habiskan cerita ni Tahun Ni!Inilah azam 2020 Nana!Habiskan cerita GMK!Terima kasih kerana bagi Nana semangat untuk sambung cerita ni...Nana terharu sangat!ARIGATOU!!!

VOTE AND COMMENTS!

Gempa,maafkan kami! | BBB Gempa | Complete [√]Where stories live. Discover now