EYRUL 39

1.2K 72 55
                                    

KEPALA Izzi diketuk dan ditunjal.Bengang sungguh Encik Hadi melihat video yang tersebar itu.Video yang menunjukkan Eyra dilayan seperti binatang!

"Kau,apahal kau tak jaga adik kau?!Kenapa kau biarkan adik kau?!"

Izzi diam.Dia tertunduk ke bawah.Salahnya juga kerana mendengar arahan Eyra.

"Abang jenis apa kau ni?!Aku tak ajar kau jadi lembik!Dasar jantan lembik!" tengking Encik Hadi.

Tiada lagi penggunaan walid-Izzi.Yang digunakan adalah aku-kau.Bantal kekabu dibaling ke arah Izzi.Tak pulak Izzi mengelak.Mungkin sudah mengalah.

"Aku dah kata tinggalkan aje jantan keparat tu!Kau degil!Kau tak nak dengar kata aku!"

Encik Hadi memandang pula anak perempuannya.

Eyra dan Izzi duduk bersebelahan.Mereka bagaikan anak murid yang sedang dimarahi cikgu.Tapi walid bukan cikgu!Encik Hadi lebih kepada bala!

Jejak sahaja mereka di rumah,Encik Hadi telah memberi pandangan bengis.Baru ingat nak rehatkan badan setelah menempuh cabaran yang luar biasa.Ditambah lagi dengan penerbangan yang lama.

Mereka menjangkakan Encik Hadi akan pulang lama lagi,alih-alih ada di rumah.Puan Wahidah pun tak menyangka.Dia sendiri turut sama terkejut.

"Kenapa semua orang dalam rumah ni tiba-tiba buat perangai?!Awak Wahidah!Sama je perangai dengan anak-anak!Berkomplot konon!"

Puan Wahidah tidak berani mendekati suaminya.Saat ini,Encik Hadi mahu menelan mereka anak-beranak.

"Erni!Kau jangan nak jadi macam kakak kau!Sanggup diperbodohkan sebab cinta!"

Aik!Erni pun kena?Seorang salah,semua kena tempias.

"Kau pula Izzat!Jangan ikut Izzi!Dia pengecut!" nasihat Encik Hadi dalam marah.

Tercalar kewibawaannya sebagai bapa apabila dihidangkan dengan video tersebut.

"Walid,Eyra yang salah.Eyra suruh Abang Izzi supaya tak masuk campur sebab Eyra rasa Eyra mampu lawan Fairul.Tapi semua tu silap," tutur Eyra sayu.

Kata-katanya tak mampu melembutkan hati Encik Hadi yang sudah mencapai tahap maksimum kemarahan.

"Itulah kau!Lain kali tak payah acah kuat!"

Kepala Eyra pula yang ditunjal.Geram benar dengan anak-anaknya.Baik lelaki,baik perempuan,sama je!

"Abang,sudahlah tu.Jangan sakitkan Eyra.Dia dah cukup sakit sebab Fairul.Benda dah jadikan?"pujuk Puan Wahidah.

"Wahid,kalau ikutkan hati,awak pun kena tunjal tau!Ikutkan sangat perangai budak-budak ni!"

Masing-masing diam.Eyra dan Izzi masih terkejut akan amarah walid mereka.

"Okay,now apa yang kita nak buat?" tanya Izzat.

Setelah lama berdiam diri,barulah dia bersuara mengikut kesesuaian keadaan.Dia bergegas ke sini apabila Puan Wahidah menelefonnya dengan alasan 'emergency case'.

"Walid nak bersemuka dengan diaorang.Bapak dan kakak dia sekali!Semua tak berguna!"

"Walid,kita tunggu je Fairul balik sini.Nanti dia akan jelaskan semuanya," sampuk Izzi takut-takut.

"Siapa Fairul?Aku tak kenal budak tu," ujar Encik Hadi.

Eyra tersentak.Terasa hatinya.Fairul itu suaminya!

"Okay,aku tunggu budak tu.Kalau lambat,biar walid sendiri pergi serang"

Bukanlah hobinya ingin menyerang orang.Tetapi ini melibatkan maruah Eyra!Anak perempuannya!

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now