Let's talk about love with me.
🌠
Bosanla duduk sini lama². Aku makin kurus sebab makanan kat sini tak sedap. 🚨*Tak bersyukur detected*. Yelah,dari sku berat 45kg,sekarang ni 42kg kottt....gila apa! Dahlah tinggi aku 170cm. X normal dowhhh....lepastu hari² kena cucuk ubat,makan ubat. Uwerkkk....
"Kaki tak sihat lagi dah tergedik-gedik nak keluar"
"Hah...kalau doktor taknak saya keluar,baik cerita pasal Kim Seokjin. Kalau tak,wayar² ni semua saya cabut dan lari"
Aku menyilang tangan sambil mencebik. Sempat lagi aku jeling doktor Gucci ni. Tekun betul buat kerja.
"Pergilah keluar,awak yang sakit. Saya tak rasa apa² pun"
"Eh² ye je"
Dia diam. Aku kena palau ke ataupun dia tak nak cakap dengan aku? Eh,sama je maksudnya.
"Alah,doktor...cerita lah pasal Kim Seokjin. Handsome ke dia? Baik?"
Soal aku berulang-ulang. Dua soalan je hmmmm.....
"Memanglah dia baik,kalau tak takkanlah dia nak selamatkan awak,bendul"
"Hah? Dodol? Sedap ke?"
"Eh budak ni,ada yang aku sekeh² je kepala dia ni. Biulllll"
"Ishh...doktor ni. Saya taknak makan ubat selagi doktor tak cerita pasal Kim Seokjin"
Sengaja betullah doktor V ni. Mentang² lah dah jadi 'ayah' terus retis kawww.
"Aku jugak yang sakit tengok budak ni"
"Tak penat ke? Asyik² bebel bila saya minta doktor cerita pasal Kim Seokjin tu"
"Ishh...yelah². Awak nak tahu tak?"
"Hah,apa dia?"
Ok,dia dah nak bukak cerita pasal Kim Seokjin tu. Whatever,topiknya sekarang ni : 'Kim Seokjin Penyelamat Kim Sofea'
"Sini sikit telinga tu"
"Alahai doktor ni. Kita berdua je yang asa sekarang ni. Tak payah lah nak bisik² bagai"
"Eee...banyak pula songeh kau ni"
Ahahaa,.aku saja je nak bagi doktor tak puas hati dengan aku. Biar jadi gila,lepastu nanti aku pula yang kena jadi doktor.
"Ceritalah cepat"
Bibirnya didekatkan ke telinga aku.
"Saya rasa kan Kim Seokjin tu mesti dah teesedak teruk sebab awak"
Doktor V,nak mati ke? Punyalah aku tunggu. Itu je yang kau cakap.
"Adoi,doktor ni..spoil lah. Pergi sana lah"
Kata aku sambil tolak doktor jauh sikit dari aku.
Aku menyilangkan tangan sambil tengok luar tingkap. Acah merajuk sekejap.
"Merajuklah,memang doktor takkan cerita pasal Kim Seokjin tu"
Aku memaling ke arahnya,eh dah cau. Bapak lah!
Bosan gila duduk sini. Tapi,kalau aku keluar siapa yang nak duduk dengan aku? Doktor V cakap lagi seminggu aku dah boleh keluar.
Bosanlah hidup macam ni.
🌺
"Weh,V"
Aku terhenti bila doktor Jimin panggil aku.
Aku melihatnya dan dia tergesa-gesa menyarung kotnya.
"Hmmm??"
"Kau marah aku pehal"
"Mana ada,hehehe"
Park Jimin. Member aku dari sekolah menengah. Cita² kitorang nak jadi engineer sama² kat Petronas,tapi end up jadi doktor pakar.
Memang susah senang selalu ada bersama dengan aku. Kadang² menyakitkan hati pun ada jugak.
"Wei,aku dengar pesakit kau yang nama Kim Sofea tu dah nak keluar. Betul ke?"
"Haah,kenapa?"
Tak pernah² dia tanya pasal pesakit aku ni.
"Tadi aku tengok kat maklumat diri dia,dia anak yatim piatu. Dia ada adik kembar,Kim Soobin dengan Kim Yeonjun. Kalau dia keluar,dia nak tinggal kat mana?"
Haahlah. Nak sumbat kat mana? Kat rumah anak² yatim? Mana boleh,umur dia 20. Adik² dia pulak umur 18.
"Weyh,kau bawalah dia balik rumah nanti,k?"
"Eh,asal pulak? Kau doktor dia. Kaulah bawa balik"
"Isshhh...tak naklah"
Tiba² aku dengar bunyi orang batuk. Shit-Kim Sofea lah. Apa dia buat kat sini. Dah tengah malam kot.
"Takpe,tinggalkan je saya kat tepi jalan sana. Saya dengan adik² pun tak kesah nak tinggal kat mana² pun"
Adoii..kesian pula aku tengok dia ni. Boleh pulak tersenyum.
"Wait. See? Dia tak kesah pun nak tinggal kat mana² pun"
Aku tak faham apa masalah si Park Jimin ni. Menyakitkan hati tak kena tempat. Tak boleh faham ke masalh budak ni?
"Eh,you better watch your mouth"
Park Jimin,miane marah kau depan dia!
"Kim Sofea,Kim..."
Dia berlalu pergi dengan tongkatnya. Ishh...Park Jimin!
"Kau ni,bodohlah. Tak pandai jaga hati perempuan"
"Aku tak pernah tahu isi hati perempuan. Jadi jangan cakap pasal perempuan dengan aku. Except my mother"
"Gila. Kau yang mula cakap pasal dia dulu"
Aku malas nak layan. Banyak lagi kerja,termasuk pujuk si Sofea tu. Aku tengok muka dia tadi. Senyum² jugak,tapi dalam hati siapa je tahu kan? Takpe,aku bawak kaudengan adik² kau balik ye,Kim Sofea.
"Aku akan jaga kau macam adik aku sendiri"