ADLILA pandang ke hujung pantai. Ada satu resort. Dia berjalan ke resort tersebut. Dia pandang sekali lalu Lorena yang sedang membuat aktiviti snorkeling dengan beberapa orang lain. Lorena takkan sedar dia hilang sekejap.
Perlahan-lahan dia menapak. Nampak cantik dan mewah keadaan resort tersebut. Mesti mahal, bisiknya. Makin lama, dia makin dekat dengan kawasan tersebut. Tak salah pun, dia cuma mahu melihat-lihat.
Memang terlalu cantik. Ada vila dan juga banglo. Kelihatan pekerja-pekerja berjalan membuat kerja masing-masing. Dia melangkah lagi. Kakinya tidak mahu berhenti setakat itu saja. Adlila sudah jatuh cinta dengan resort tersebut. Terlalu cantik untuk tidak mengelilinginya.
"Hei, kau buat apa kat sini?" Satu suara menegurnya dalam loghat Terengganu.
Adlila berpaling dan matanya bertembung dengan mata orang yang menegurnya. Perempuan semalam. Ah, memang betul dia bukan minah salih. Dia orang Melayu yang perasan nak jadi minah salih.
"Cuma berjalan kat sini." Memang betul dia cuma berjalan di sini.
"Aku tanya, kau buat apa kat sini? Daripada gaya kau, aku tahu kau bukan tetamu di resort ini." Dia pandang Adlila atas bawah.
Adlila turut pandang dirinya. Dia cuma pakai skirt labuh dan blaus. Tak ada pelik pun. Tak selekeh pun.
"Memanglah aku tak duduk sini. Tapi, tak salah aku cuma nak lihat keadaan sekeliling, kan?" Adlila mencemik.
"Salah, sebab resort ini private resort. Bukan sembarangan orang boleh masuk."
Perempuan itu mencemik. Muka angkuh pula tu.
"Tak ada tulis pun." Adlila pandang sekeliling.
Tak ada bertulis persendirian pun. Adlila jongket bahu sambil mencemik.
"Hei, you! Panggil security guard. Dan repot polis sebab ada orang menceroboh." Perempuan itu memanggil seorang budak lelaki yang memakai baju uniform.
Adlila tetap berdiri di situ. Dia tak hairan. Dia tidak menceroboh. Kalau tidak mahu orang menceroboh, resort ini pasti tidak terbuka sebegini. Kenapa ada laluan turun dan naik ke pantai dan resort?
Dua orang lelaki bertubuh tegap datang dan menghampiri perempuan itu. Sudah bersedia untuk membawa Adlila.
"Zya, you buat apa tu?" Suara seorang lelaki juga dalam loghat Terengganu menegur Zya.
Mereka semua memandang ke arah suara itu.
Adlila terkejut. Lelaki mat salih yang dia pandang semalam. Cakap loghat Terangganu. Mat Dan nombor dua ke?
Terkebil-kebil Adlila memandang lelaki yang sedang melangkah penuh karisma ke arah mereka. Tak sangka dia boleh terpesona dengan mat salih seorang ini. Walaupun lelaki mat salih ini gayanya baru keluar dari gim. Menyampah pun, kalau begini rupa lelaki mat salih ini, dia boleh lupakan rasa menyampahnya.
Adlila, sedar diri cepat!
"Perempuan ni, dia ceroboh masuk sini." Jari telunjuk Zya tertuding dekat dengan dahi Adlila.
Adlila terus menolak jari telunjuk Zya.
Hanya dengan memberi isyarat mata kepada kedua-dua lelaki tersebut, mereka terus pergi.
"You nilah, suka bagi muka kat orang tau. Tambah-tambah dengan perempuan," marah Zya.
Buat muka di depan mat salih tersebut.
"I rasional, Zya. Dia cuma tengok keadaan sekeliling kan." Lelaki itu pandang Zya.
"D, you kata you rasional, tapi dia mengganggu tetamu resort ni."
YOU ARE READING
CINTA HARUS MEMILIKI
RomanceTajuk: CINTA HARUS MEMILIKI Penulis: ZAZA QRY Harga: RM25 / RM28 Adlila dicurangi tunangnya, Falik. Daripada mahu menangisi kecurangan Falik, Adlila bertindak memaksa Falik membayar wang yang telah dia habiskan untuk Falik semasa tunangnya itu belaj...