"IBU kau buat kerja gilalah!" Lorena menjerit.
Reaksi Lorena itu melebih-lebih pula.
"Kau fikirlah sendiri. Aku ni putus tunang dengan Falik pun belum pasti, dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia. Kalau kau di tempat aku, apa yang kau fikirkan?" tanya Adlila.
Mana tahu dia boleh dapat pendapat bernas daripada Lorena pula. Tak adalah dia pening nak fikir lagi.
"Kau masih mengharapkan Falik ke, Lila?" tanya Lorena.
Hilang terus nak cakap apa pasal penjodohan ibu Adlila.
Adlila diam.
"Selepas lama aku berfikir, rupanya aku masih tak boleh move on lagi. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Nak kata aku teriak macam orang gila, tak pula. Aku boleh lagi maki hamun Falik. Tapi..." Adlila tunduk.
Sebab itulah orang cakap hati manusia ni kompleks. Macam-macam yang boleh jadi dengan hati yang sekecil itu.
"Cinta, Lila. Cinta ini gila, buat hati kita tak berada di tempatnya." Lorena menyambung.
"Aku benci dengan perasaan begini kau tahu. Aku nak move on, tapi tetap hati aku ada di situ. Lama kut aku dengan Falik. Selama itu, tiada lelaki yang masuk ke dalam jiwa aku. Tapi, Falik pulak sanggup tinggalkan aku!"
"Sebab tulah aku tak nak dekat dengan lelaki." Lorena luahkan rasa hatinya.
Adlila geleng kepala. Kompleks sungguh konflik hati mereka berdua.
"Maknanya, masa aku bawa kau ke Pulau Perhentian tu, kau pura-pura ajelah?" Lorena meneka.
Adlila jongket bahu. Mungkin pada awalnya dia seperti kerana terpaksa. Tapi apabila sampai di sana, dia makin jatuh cinta dengan keindahan Pulau Perhentian.
"Lila, kau tak ingat kat mat salih yang namanya Darrin tu?" tanya Lorena.
"Kau berminat dengan dia ke?" Adlila jongket kening sambil menyengih.
"Taklah. Tiba-tiba saja aku teringatkan dia. Handsome dan tegap badannya." Lorena turut angkat kening sambil sengih.
"Hmm, tak payahlah cerita pasal mat salih tu. Kau ingat sikit, mereka tu acah-acah paling hebat kat dunia ni. Semuanya mereka yang elok. Orang lain tak elok." Adlila menjuih.
Mendidih darahnya bila bersembang pasal mat salih. Nak pula kalau teringatkan Darrin, sah-sahlah Lucia dan Falik juga dia ingat. Bukan boleh buang macam tu saja. Kalau boleh, muka Darrin pun dia tak mahu ingat.
Tapi itulah, dah kenal, mestilah ingat muka Darrin macam mana.
ADLILA pandang kalendar di dalam telefonnya. Sudah seminggu dia jadi penyiasat tak bertauliah. Hari ni nak pergi atau tidak? Hatinya berbolak-balik.
Dia sebenarnya yakin Falik dan Lucia ada di rumah emaknya. Tapi itulah, tak pernah nampak mereka berdua pula. Ataupun itu hanya mainan perasaannya saja. Mereka berdua memang tiada di situ. Tapi, Puan Hamilah yang terhendap-hendap itu menambah kecurigaannya.
Hari ini biarlah Adlila off sebentar. Kalau dah payah sangat, nanti dia paksa saja Puan Hamilah cakap. Guna pendekatan samseng.
Dia memandu pulang ke rumahnya. Dulu letih bila buat part-time. Tapi, bila fikir akan kejayaan Falik, hilang letihnya. Sekarang pun dia buat part-time. Part-time jadi penyiasat persendirian.
Bila difikirkan semula, dia memang bodoh kerana terlalu mempercayai Falik dengan sepenuh hati. Sanggup bekerja keras untuk menampung Falik belajar. Rupanya kejayaan Falik bukan untuknya. Setan kau Falik!
YOU ARE READING
CINTA HARUS MEMILIKI
RomanceTajuk: CINTA HARUS MEMILIKI Penulis: ZAZA QRY Harga: RM25 / RM28 Adlila dicurangi tunangnya, Falik. Daripada mahu menangisi kecurangan Falik, Adlila bertindak memaksa Falik membayar wang yang telah dia habiskan untuk Falik semasa tunangnya itu belaj...