Mungkin kerana solat yang tidak khusyuk menjadikan hidup kita berterabur, tak terurus.
Mungkin solat yang tergesa-gesa menyebabkan hidup kita resah gelisah.
Semua perkara yang terjadi dalam kehidupan kita hari ini adalah bermula dari solat.
Solat yang mantap, khusyuk akan melahirkan kehidupan yang cemerlang dan berjaya.
Apabila solat, fahami maksudnya,
Jangan tergesa-gesa, tinggalkan segala urusan dunia dibelakang, resapi setiap ayat yang dibaca, hadirkan hati yang khusyuk dan tunduk pada pencipta dengan sebenar-benar ketundukan.Baik atau buruk perlakuan kau didunia ini, tetap kena solat.
Mungkin asbab solat itu yang akan perlahan2 merubah hidup kau kearah yang lebih baik. Kena yakin itu!Solat adalah cerminan kepada kehidupan dunia. Solat bagus, urusan dunia jadi mantap. Urusan akhirat pasti berjaya, In Sha Allah.
#jaga solat kerana solat tiang agama
#peringatan untuk diri yang kerdil ini juga