W1

14.4K 263 13
                                    

"Salah ke aura nak jadi isteri kedua kak?"

Darsiah yang sedang membancuh susu lactogen untuk anak jagaan di taska menoleh sebentar kearah Aura.

"Kamu pernah dengar tak perkataan menyundal laki orang?"

Aura yang masih menyandarkan belakang ke dinding dapur mengerutkan dahinya.
Kasar jugak bahasa Kak Siah ni.

"Kalau kamu jadi isteri dia, ibarat kamu menyundal hubungan mereka suami isteri, kamu nak orang keliling pandang serong?"
Suara Darsiah di tinggi kan sedikit, memang pantang kalau dia dengar perempuan yang suka suami orang ni. Mujurlah perempuan kat sebelahnya ni adalah Aura.
Pemilik taska tempat dia berkerja, kalau tak dah lama muka Aura ditampar untuk bagi sedar.

"Tapi Nabi Muhammad s.a.w pun ada isteri ramai kak."

Laju Darsiah berpaling kepada Aura yang masih berdiri di tepi dinding.

"Aura, Kalau bab kahwin ramai jangan nak sama kan dengan nabi. Nabi adil menjalankan tanggungjawab pada semua isteri dia. Dan semua isteri dia redha serta ikhlas bermadu. Zaman sekarang takkan ada lelaki yang boleh adil seperti nabi, dan Aura rasa dapat ke isteri sekarang redha jika suami dia nak kahwin lain? Susah nak dapat semua tu Aura. Silap-silap hari suami kita bawak kita masuk neraka sekali, Aura nak?"
Panjang lebar Darsiah menasihati Aura.
Sejak dua tiga bulan ni, bosnya selalu sahaja bercakap mengenai lelaki bernama Hanif Saif bapa kepada Balqis, anak asuhan di taska ini.

"Aura tak kisah kalau dia lebih kan isteri dia, Aura cuma nak bersama dia kak. Aura pun tak tahu kenapa Aura selalu berdebar bila tengok papa Balqis"

Darsiah mengeluh kasar atau dengan kata lainnya merengus apabila mendengar kata-kata Aura Mysha. Degil betul budak ni!

"Aura! Dengar sini, Aura masih muda, rupa pun cantik, Aura ada business sendiri. Aura ramai kawan, ada family lagi. Hidup kamu dah lengkap Aura. Kamu boleh cari lelaki bujang yang lebih baik lagi. Aura pun terpelajar dan cukup agama. Jangan sia-sia kan hidup untuk bersama suami orang. Aura perlu bahagia dengan lelaki milik kamu seorang je Aura."
Darsiah tetap memujuk Aura yang sudah dianggap sebagai adiknya sendiri.. Dia tak mahu Aura salah langkah.

"Tapi kak, Aura tak boleh lupakan dia."

Sekali lagi Darnisah ingin merengus namun ditarik kembali. Kedua tangan dilabuh pada bahu Aura.

"Aura, banyak kan sujud pada Allah, mintak pada Dia untuk jauhkan perasaan Aura tu sehingga boleh menghancurkan hidup kamu dan hidup orang lain. Kat dunia ni masih ramai lelaki bujang. Kalau kamu nak, akak boleh cari kan untuk kamu, Aura."

"Erg.. No kak.. thank you.."
Aura senyum sambil berjalan keluar dari dapur.

Kali ni terlepas jua keluhan dari bibir Darnisah. Melihat kelibat Aura yang sudah hilang, dia meneruskan kerja membancuh susu untuk tiga orang lagi anak asuhan di taska itu.
Dalam hati berdoa semoga Aura tak silap pilih jalan bahagianya.

Aura mengambil tempat di bilik yang menempatkan. bayi-bayi berumur 4 hingga 9 bulan. Dua orang pekerjanya sedang memberi susu kepada bayi yang baru terjaga.

Mata Aura melirik pada anak kecil berumur 6 bulan. Bayi bernama Balqis itu sedang tidur lena di atas tilam kecil milik taskanya.

Tak sabar rasanya menunggu waktu petang untuk memberi kembali anak kecil itu kepada bapanya. Kerana waktu itu dia boleh melihat wajah Hanif Saif.

Ye mungkin Darnisah cakap Aura gila kerana terlalu obses menyukai bapa Balqis, sedangkan lelaki itu masih mempunyai isteri. Malahan setiap kali menghantar atau mengambil Balqis, sudah tentu Hanif dan isteri akan ada bersama.

(Completed) 2nd Wife (Short Story)Where stories live. Discover now