🌇
Huwaa....penatnya seharian berjalan. Doktor ni pun,beli baju lawa² dahlah mahal,banyak pula tu.
Bertimbun-timbun beg kertas atas lantai. Nantilah aku kemas.
Yeonjun dengan Soobin yang tadi gelak² dengan Jungkook dah diam.
Aku je yang malu,sebab aku ni perempuan. Sabarlah,Sofea. Nanti lama² kau biasalah dengan empat orang lelaki ni dalam hidup ni.
Balik kepada misi aku. Perempuan beruntung yang diselamatkan oleh jejaka yang bernama Kim Seokjin. Mana lah dia?
Rasanya,macam mana rupa dia ek? Kalau aku jumpa si Kim Seokjin tu,macam² aku akan buat kat dia. Manalah location dia ni.
Aku nak cari dia betul² lepas ni. Nak minta tolong V pun tak boleh,sebab dia sibuk kerja. Nak ajak Yeonjun dengan Soobin,memang taklah. Asyik dengan si Cooky tu je. Menghadap game kat PS4 24 jam.
V ada cakap nak bawak kitorang pergi bercuti,sempena meraikan adik-beradik baru. Seronok betul si V dengan Jungkook tu bila dapat adik baru.
Even bukan adik kandung dia pun,tetap seronok macam dapat bini.
Tak sabarnya nak pergi bercuti. Tapi bercuti ke mana? Bali or London? Auch,bestnya!
Kalau ada mamat Kim Seokjin ni,dah sah² kat Eiffel Tower. Entah² tak hensem. Rugi je kau berangan pasal dia.
🌤️
Aku bangun dari tidur yang memang cukup lena. Selama aku,Yeonjun dan Soobin tidur kat lorong tu ada je benda yang ganggu kitorang tidur.
Lepas mandi,aku terus capai seluar slack garis warna biru cair kat tepi dan baju t-shirt warna putih jenama 'FILA'. Lepastu aku pun turun bawah guna lif. Aku rasa diri aku ni beruntung sangat.
Aku dah lama tak mandi. Kalau mandi pun,mandi sekejap² je. Takpun basahkan rambut.
Ni,aku masuk je bilik air....fuh! Dah tersedia semua kelengkapan. Beruntungnya lahai insan yang bernama Kim Sofea,Kim Yeonjun dan Kim Soobin.
Aku dapat bau hangit tiba² waktu aku pergi dapur.
"Hyung! Ikan ni dah hangit!"
Jerit aku cemas. Haishh ..boleh pulak dia tidur kat meja tu.
V yang terkejut cepat² angkat ikan tu dan buang.
"Takpelah,ada lagi ikan siakap ni"
Doktor²,apalah....
Aku pun beralih pergi ke ruang tamu. Uishh...khusyuk gila diorang bertiga ni main game kat PS4 ni hah.
Aku pun apa lahi,minta si Jungkook ni lagi satu remote control dan kitorang pun main game bola sama². Aku team ngan Soobin,Jungkook team ngan Yeonjun. So,kitorang dalam pasukan Perancis,diorang pula pasukan Argentina.
"Budak²! Makanan dah siap!"
Jerit V sambil menatang dulang yang berisi ikan siakap 3 rasa dan tomyam seafood. Umm...yummy!
Kitorang pun pause jap game dan lari menuju ke ruang makan.
"Wah,terima kasih dok- eh hyung"
Terlupa pula,ni abang aku. Terkejut aku bila dia jeling aku waktu aku hampir nak sebut perkataan 'doktor'.
"Aku oppa kau,bukan doktor kau"
"Sorry,hyung. Semalam kata dua²"
"Tu semalam,ni hari ni. Dah² makan"
Sedapnya....untungnya Jungkook-hyung dapat rasa masakan V-hyung setiap hari!
🌁
"Ah,nae. Gomawo"
Banyak juga aku beli barang. Padahal tinggal seorang je. Takpelah,stok untuk sebulan terus. Hahaha..
Aku meletakkan barang² dapur kat seat belakang. Aku pun masun ke dalam tempat pemandu dan menghidupkan enjin kereta. Okay! Jom balik rumah!
🌺
"Aishh..sedapnya"
Aku pun menghempas badan ke sofa. Fuh,penat. Aku pun meletakkan kepala di atas kusyen sofa yang berwarna coklat pekat itu.
Termenung lama,hobi baru aku. Biasalah,orang bujang. Tengok jelah siling warna hitam yang cantik ni.
Tiba² seseorang muncul dalam fikiran aku.
"Ishh...kenapa aku rasa macam pernah nampak eh perempuan tu"
Aku teringat semalam,waktu aku kat mall. Ada seorang perempuan ni muka dia macam wanita yang aku pernah nampak semalam.
Takkanlah,pelanduk dua serupa kot. Tali,bila aku tenung dia lama semalam...macam sama.
Buat apa kau fikir pasal dia Jin? Baju dia kan lusuh. Bukan taste kau. Lagipun,kau ke dia.
Lepas hampir 30 minit,aku pun melelapkan mata aku.Mungkin salah orang. Kau ni kan memang pelupa,Kim Seokjin...sangat pelupa! Ada masa aku ingat,aku ingat.
Tua dah dah kau Jin. Bilalah nak ada bini.
Awek pun takde,berangan ya kau Kim Seokjin.