Bab 3

786 48 0
                                    

Langkah mendekati tetamu-tetamu yang berada di ruang tamu itu diambil oleh Felisha.

Apabila Felisha sudah berada dihadapan para tetamu , dengan pantas para tetamu menjerit keceriaan

" Surprise ! "

Lantas itu Felisha , Anizira dan Raidatul berpelukan. Qhadif yang melihat kemesraan mereka bertiga hanya tersenyum sendiri.

Felisha yang terharu mengalirkan air matanya. Mungkin dimata mereka perkara ini hanyalah perkara kecil.

Tetapi tidak buat Felisha. Ini kerana mereka bertiga bukan lagi sahabat Felisha. Malah dianggap keluarga Felisha sendiri.

Usai itu pelukan antara Felisha , Anizira dan Riadatul dileraikan. Raidhatul dan Anizira yang melihat Felisha menangis itu mengusap lembut air mata dipipi Felisha dan berkata

" No.. don't cry.. "

" Jangan la nangis. Kitorang ada ni.. "

Kata Anizira dan Raidatul yang cuba untuk memujuk Felisha agar tidak menangis lagi.

Setelah itu mereka bertiga pun duduk diatas sofa secara bersebelahan. Perlahan-lahan tangan Anizira dan Raidatul digenggam erat oleh Felisha.

Dengan suara yang serak bernada sebak , Felisha bersuara.

" Terima Kasih .. Sebab sudi datang melawat aku. "

" Aku appreciate sangat "

Dengan pantas Raidhatul mengusap bahu Felisha cuba untuk menenagkan Felisha yang masih menangis.

Felisha yang sudah tertunduk lantas wajahnya ditarik oleh Anizira hingga memandang tepat kearahnya.

Lalu air mata dipipi Felisha sekali lagi diusap oleh Anizira dengan lembut sambil berkata

" Aku sayang kau okay ? "

Felisha yang mendengarkan itu hanya mengagguk perlahan. Genggaman tangannya dengan Raidhatul juga semakin digenggam erat.

Raidhatul juga bersuara dengan nada yang lembut gadis itu berkata pada Felisha.

" Aku pun sayang kau tau. "

Lalu kedua-dua remaja itu dipeluk oleh Felisha. Bernada ceria Felisha berkata dengan riang.

" Aku sayang korang gila ! "

Senyuman diwajah mereka berempat jelas terpapar. Qhadif yang kagum melihat ikatan persahabatan diantara mereka bertiga tersenyum lebar.

" Okay , now go and bersiap ! Kita pergi hang out berempat ! "

Kata Raidhatul yang mempelawa Felisha untuk keluar bersama mereka bertiga seperti yang telah dirancang sejak awal lagi

Dengan pantas Felisha melangkah ke biliknya dan bersiap untuk keluar meluangkan masa bersama tiga orang sahabatnya itu.

Dihadapan cermin Felisha berdiri sambil dia merenung dirinya , tangannya ligat memakai alat solek diwajahnya. Lalu sehelai tudung shawl berwarna hitam dililitkan dikepalanya.

Beg sling diambil lalu disumbat telefon pintar , lipstick , wayar usb , purse dan powerbank. Berlari anak , Felisha dengan pantas menuju ke ruang tamu.

Senyuman lebar diwajah Felisha diukirkan. Raidatul , Anizira dan Qahdif yang melihat Felisha tersenyum turut mengukirkan senyuman.

Lantas itu mereka berempat pun memulakan perjalanan mereka menuju ke sebuah pusat beli belah menaiki grab.

Tibanya dipusat beli belah itu , mereka berempat dengan pantas membeli tiket untuk menonton wayang.

Lantas itu mereka berempat menuju ke sebuah francais untuk makan tengah hari. Usai itu mereka berempat meluangkan masa dengan berjalan-jalan didalam pusat membeli belah itu.

Felisha yang tadinya agak sedih kini segala kesedihannya seakan dilupakan sebentar. Tiada lagi pandangan mata yang menyimpan perasaan sedih. Wajahnya juga , dihiasi senyuman tanpa lekang.

Matahari menghilang bulan menggalas ganti. Tepat jam 7.30 malam , mereka berempat menuju pulang ke rumah.

Jam 8 malam , Felisha tiba dirumahnya. Diatas katil diletakkan beg tangan dan barangan yang telah dibelinya tadi.

Lalu dihamparkan tubuhnya tanpa membuka tudungnya. Siling yang putih dan kosong itu akhirnya ditenung lama oleh Felisha.

" You got this Felisha. "

Dengan lembut Felisha mengungkapkan kata-kata itu sambil tersenyum nipis.

Felisha kini seakan-akan sudah menerima bahawa dia dan Qashaf tidak sewajarnya menyemai cinta terlarang diusia semuda ini.

Perlahan-lahan Felisha bangun dan membuka tudungnya. Tuala diambil dan dengan pantas Felisha menuju ke tandas untuk mandi.

Usai membersihkan badan , solat maghrib didirikan oleh Felisha. Diatas sejadah panjang Felisha bersimpuh dan menadahkan doa.

" Ya Allah , redhakan hati kami. Kuatkan kami untuk megawal diri dari nafsu cinta remaja ini Ya Allah."

" Kau jadikanlah aku jodoh terbaiknya , dan jadikanlah dia jodoh terbaik ku. "

" Jagakanlah Qashaf untuk ku Ya Allah. "

Dengn itu diraup kasar tangannya yang menadahkan doa ke wajahnya dengan lembut. Air matanya yang menitis diusap perlahan.

Setelah itu dengan tenang Felisha berisitghfar. Meski air matanya terus jatuh namun senyuman nipis tetap terukir.

Lantas itu senaskah Al-Quran diambil dan dialunkan ayat-ayat Al-Quran itu sementara menunggu masuknya waktu solat Isyak.

Sebagaimana Felisha memohon doa pada sang Pencipta , begitu jugalah Qashaf yang juga menahan rasa rindu dihatinya.

Doa buat Felisha dipanjatkan dalam setiap sujud terakhir Qashaf dan doa-doanya. Mungkin dimata orang cinta yang dirasa sekadar cinta remaja atau cinta monyet.

Namun tidak buat dua jasad remaja yang sudah lama tidak terbuka hati untuk menerima cinta. Buat mereka , cinta yang dirasa itu ingin dikekalkan.

Meski yang tinggal cuma kenangan indah dan pesanan ringkas sewaktu bersama , juga kerinduan dan kesakitan yang dirasa kini.

Itu semua tidak dipedulikan mereka. Berdua mereka berdoa dari kejauhan. Biarlah jasad mereka jauh tanpa mendengar khabar. Namun doa mendekatkan hati mereka.

Usai solat Isyak , dengan pantas Felisha kembali menghamparkan tubuhnya diatas katil bersaiz Queen itu.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. Segaris senyuman diukirkan lagi.

Siling yang kosong dan putih ditenung lama. Sedang hati merindu , memori bersama Qashaf menerpa minda Felisha.

Bertambah lebarlah senyuman yang terukir dibibir Felisha. Cuma itu , cara untuk Felisha mengurangkan rasa rindu dihatinya.

Sedaya upaya Felisha menahan perasaan dan dirinya dari menghubungi Qashaf. Begitu juga Qashaf yang tidak mahu menjadikan perpisahan mereka sebagai perkara sia-sia.

Felisha bimbang andai dia menghubungi Qashaf.. , Felisha tidak dapat mengawal dirinya dan menimbulkan rasa tidak selesa pada Qashaf. Dan akhirnya mereka mungkin kembali terleka dalam menyemai cinta yang terlarang.

" Ya Allah .. Kuatkan hati kami. "

Desis hati Felisha sambil tangan kanannya memegang dadanya. Degupan jantungnya yang semakin laju jelas dirasakan Felisha.

Mata Felisha lalu dipejamkan dan menitislah cecair dari tubir mata Felisha.

Sementara itu Qashaf yang masih terduduk diatas sejadah panjang hanya merenung ke arah sejadahnya dengan pandang kosong.

" Aku tahu ini yang terbaik. Aku yakin dengan perancangan-Mu Ya Allah "

" Sabarkanlah kami berdua. "

Lalu menitislah air mata Qashaf lembut membasahi pipinya. Kesakitan yang dirasa seakan tidak lagi mampu ditahan.

Namun atas keyakinan mereka pada rancangan Allah yang Maha Esa , tetap saja mereka kuatkan hati menempuhi hari-hari yang mendatang.

PenantianWhere stories live. Discover now