▪︎Introduction▪︎

514 106 55
                                    

Seorang pelajar lelaki yang belajar di sekolah menengah tinggi Geum Buk High school. Merupakan pelajar lelaki terpandai di seluruh asia. IQ nya 148 semasa dia baru berusia 6 tahun.

Itulah Jeon Jungkook jejaka yang mempunyai rupa yang kacak. Suka mengambil tahu tentang hal sekeliling. Paling penting! dia sangat peramah dan banyak bercakap.

Oh ya, dia suka bernyanyi. Sila tekankan perkara ini. Jeon Jungkook suka bernyanyi.

Jeon Jungkook bukannya pandai, tetapi dia dilahirkan dengan genius. Jadi, tidak kira apalah yang dia lakukan dia sentiasa berjaya.

Cuma satu, dia tidak dapat mengingat angka. Itulah kekurangan manusia yang bernama Jeon Jungkook itu yang dia tidak mahu sesiapa pun tahu.

"Jeon Jungkook, maksud baby tu bayi kan?"
-Kim Taehyung-

"Like baby, baby, baby oh🎶 "
-Jeon Jungkook-

"Weh, stop lah main-main aku nak jawab soalan English ni!"
-Kim Taehyung-

"Stop, baby don't stop🎶 "
-Jeon Jungkook-

"Kenapalah kawan aku ni pelik semacam, ergh"
-Kim Taehyung-

"Kenapa pa pa, kau berubah 🎶 "
-Jeon Jungkook-


●●●●

Ini pula seorang pelajar perempuan yang paling pintar di asia. Dia juga turut bersekolah di Geum Buk High school. Namanya Han Minsoo.

Tidak seperti Jungkook, gadis ini dilahirkan tanpa keistimewaan genius. Akan tetapi dia dilahirkan dengan keistimewaan dapat menghafal semuanya dengan hanya sekali pandang.

Dengan cara itulah Minsoo dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan mudah.

Kekurangan gadis ini ialah dia tidak suka bersosial. Jadi, kemahiran dia dalam berkomunikasi agak kurang. Nada yang sentiasa mendatar ketika bersuara, tiada riak wajah manis.

Dia sangat sukar untuk mengukirkan senyuman. Paling penting, dia selalu membuat lawak pak cik.

"Kau ni memang tak reti buat lawak,eh?"
-Jeon Jungkook-

"Aku retilah"
-Han Minsoo-

"Try sikit, aku nak dengar"
-Jeon Jungkook-

"Kau tahu macam mana buat ikan kering tanpa perlukan cahaya matahari?"
-Han Minsoo-

"Tak, macam mana?"
-Jeon Jungkook-

"Keringkan guna hair dryer"
-Han Minsoo-

"Dah lah weh, diam jelah. Aku tak nak dengar kau buat lawak dah lepas ni. Aku boleh mati sebab stress"
-Jeon Jungkook-

●●●●

Apa yang terjadi, suatu hari, waktu cuti dan ketika itu sedang petang tiada orang disekolah, Jeon Jungkook dan Han Minsoo telah datang ke sekolah untuk mengambil kerja sekolah mereka di bawah meja.

Tak pula mereka sangka ketika ingin pulang kerumah, mereka berdua telah diculik!

"Korang berdua tahu tak yang korang berdua ni kena culik?"

"Dia ingat kita ni bodoh ke?"
-Jeon Jungkook-

"Dia tak kenal kita, mungkin"
-Han Minsoo-

"Eh! boleh pulak korang berbual!"

"Pak cik, kenapa pak cik nak culik kami? ayah saya dan ayah Minsoo bukannya kaya sangat pun"
-Jeon Jungkook-

"Aku nak korang berdua selesaikan kod teka-teki untuk aktifkan senjata nuklear"

"Saya tarik balik apa saya cakap tadi, pak cik kami berdua memang bodoh. Mana tahu nak selesaikan benda macam tu"
-Jeon Jungkook-

"Diam! kau jangan nak menipu!"

●●●●

Bertambah lagi masalah bila ada lagi satu pihak yang ingin menculik Jungkook dan Minjung juga untuk dijadikan bahan uji kaji.

Jadi, sekarang ni, macam mana nak lari?

■■■■

《31 December 2019》

Cerita ini akan penuh dengan lawak hambar dan juga info-info pengetahuan.

Jadi, anda nak teruskan baca?

ya atau tidak?

Kalau tak banyak sambutan. Macam biasa weh! Delete laaa!

❤ Special thanks to sugarcupp- for the beautiful cover❤

❤ Special thanks to sugarcupp- for the beautiful cover❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Missing GeniusWhere stories live. Discover now