"Jika diberi peluang, kookie ingin bersama noona hingga akhir hayat kookie."
Its Jeon Jungkook fanfiction 2019
Start- Sunday, 1 sept 2019
End 31 December 2019
▫Written by ; guanllivers
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Noona... Gwenchana?"
Jungkook bertanya seraya mematikan lamunan Park Jiyoon yang asyik merenung sebuah rumah dalam kereta. Lama dia perhatikan sebelum membuat keputusan.
Jiyoon tersenyum lalu mengangguk menjawab pertanyaan budak itu.
"Kalau noona tak boleh jumpa mr Jung kita boleh datang lain kali."
Risau pula Jungkook. Entah kenapa hatinya mula berasa kurang enak apabila Jiyoon meminta menemaninya untuk ke rumah Jung Hoseok. Mahu memutuskan hubungan mereka.
Aku hanya angguk kecil tanda tidak apa-apa. Kalau dibiarkan lama mungkin aku tak boleh nak lupakan dia lagi.
"Kamu tunggu dalam kereta tau. Kejap lagi noona datang balik."
Ujarku lembut lalu membuka setbelt. Aku menghela nafas panjang dan hembus kuat. Aku dah taknak lenggahkan masa lagi.
"Jaga diri noona. Kalau mr Jung marahkan noona jerit nama kookie nanti kookie datang."
Aku hanya ketawa kecil dan mengusap kepalanya lembut dan berkata aku tidak akan apa-apa.
Jiyoon, kau datang sini cuma nak minta putus je. Berbincang cara baik dan lepastu kau keluar dari rumah dia. Simple je tak perlu nak gelabah sangat.
Banyak kali aku bagi nasihat kepada diriku sendiri supaya menenangkan hati yang semakin kian berdetak laju.
Amboi kau berdebor dah macam kena jumpa perdana menteri pulak.
Ting tong!
Butang loceng ditekan beberapa kali menyedari tuan rumah ada orang diluar namun di dalam tiada sahutan kedengaran.
Jiyoon pandang kunci pintu automatik sebelum ambil keputusan membuka password nya.
Ting!
"Nasib tak tukar lagi." jiyoon tarik nafas lega setelah pintu itu dibuka setelah memasukkan kata laluan.
Bebola mata Jiyoon terus menjadi cctv. Seluruh kawasan dia pandang sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam.
Jiyoon pandang rak kasut. Kasut Hoseok masih ada dan itu tanda Hoseok tidak keluar rumah.
Aku mula menggaru kepala yang tak gatal apabila memandang sekeliling kawasan rumah yang sunyi sepi.
Mungkin juga dia dalam bilik kot. Masih tidur. Lagipun jam baru pukul 9 pagi.
Awal sangat aku melawat rumah orang pun ")
Tanpa tunggu lama aku terus naik tangga menuju ke arah bilik Hoseok.
"Ehh?"
Dahi aku mula berkerut apabila aku sampai je di luar bilik Hoseok ada sesuatu yang buat aku benar benar kaget.