PERPISAHAN

817 31 10
                                    

            **************

"Hoi! Berhenti! Kurang ajar! Kalau aku dapat kau nanti, teruk aku belasah tau tak! Suka mencuri roti yang aku jual! Tunggu!" Jerit seorang lelaki yang agak berusia yang sedang mengejar seorang remaja lelaki yang memakai hood.

Remaja itu sedaya upaya cuba melarikan diri dari ditangkap oleh tuan empunya roti yang dipegangnya sekarang. Selepas melalui satu selekoh, dia membelok dan menyembunyikan diri di sebalik kayu-kayu reput. Dia cuba menahan suara dan lelah yang ada supaya tidak dikesan. Sebaik sahaja tuan roti berlari melepasinya, dia mengeluh lega. Dia keluar dari tempat persembunyian.

"Harap-harap dia tak nampak aku lepas ni. Kalau tak, masalah lain akan timbul. Kena cepat balik! Mesti adik dah lapar." Remaja itu bermonolog sendirian. Dia memulakan langkah berlari menerusi lorong bangunan lama.

            Sebaik sahaja dia membelok ke kanan, satu hentakan tepat mengenai belakang kepalanya tanpa amaran. Dia tersungkur ke tanah yang keras itu. Dia cuba melihat penyerangnya namun pandangannya berpinar. Hanya kedengaran suara orang ketawa. Selepas mengerlip mata beberapa kali, barulah remaja itu dapat melihat dengan jelas.

"Hai Roychi! Lama tak nampak kau! Apa yang kau buat kat kawasan aku ni? Oh! Nak bagi aku roti ni ke? Terima kasih! Nampaknya kau hormat aku lagi. Bagus kau ni!" Seorang remaja yang berusia awal 20-an tersenyum kearah remaja yang berhood itu atau dikenali sebagai Roychi.

"Bagi balik roti aku! Aku bersusah-payah curinya dari pakcik Tetsuka. Itu untuk aku dengan adik aku! Bagi balik Sasumaru!" Marah Roychi sambil cuba merampas balik roti ditangan musuh lamanya.

Dua kawan Sasumaru menyekat perbuatan Roychi dengan memegang tangannya.

"Kesiannya... untuk adik kau yang buta tu ke? Ok. Aku bagi balik. Lagipun adik kau yang comel tu akan jadi isteri aku nanti bila dia dah besar. Boleh ya abang? Ha! Ha! Ha!" Ejek Sasumaru sambil ketawa berdekah-dekah.

               Sedang asyik mereka ketawa, Roychi bertindak pantas. Dia meluru ke arah Sasumaru dan merampas semula roti di tangan dan melarikan diri.

"Tak guna kau Roychi! Pergi kejar dia! Aku nakkan roti tu!" Arah Sasumaru bengang.

Semua konco-konconya berlari mengikut Roychi dari belakang. Roychi akhirnya sampai di kawasan bawah jambatan dan memasuki satu lubang yang ada di situ. Lubang itu segera ditutup oleh zink yang berwarna hitam. Roychi bergerak hingga kehujung lubang.

Sebaik sampai di bahagian paling dalam, Roychi membuka satu pintu besi yang diletakkan khas di situ. Sebaik sahaja dibuka, kelihatan sekumpulan manusia sedang makan dan berbual antara mereka.

Di tengah-tengah mereka, kelihatan seorang kanak-kanak yang masih berusia 9 tahun sedang membaca tapak tangan seseorang. Mata kanak-kanak perempuan itu berwarna putih. Namun jika dilihat secara dekat, wajah dan matanya amat sesuai sekali. Tambahan lagi kulitnya amat putih dan cantik.

"Nii-chan dah balik!" Panggil kanak-kanak perempuan itu sambil tersenyum lebar kearah abangnya yang baru sampai. Roychi datang dan memberi roti yang dicari bersusah-payah itu kepada adiknya.

"Ni untuk adik. Adik makanlah dulu. Kongsi ya." Ujar Roychi tenang.

Adiknya mengelap peluh yang ada di wajah abangnya dengan cermat dan lembut. Buat seketika, adiknya berhenti bergerak. Air matanya menitis.

"Abang bersusah payah untuk adik. Terima kasih." Ucap adik Roychi sambil menangis teresak-esak. Roychi menyeka air mata adiknya dengan jari.

"Adik dapat tahu bukan apa yang berlaku? Abang tak kisah asalkan adik sentiasa berada bersama dengan abang. Abang tak akan tinggalkan adik sampai abang mati. Abang dah janji dengan mak dan ayah yang abang akan menjadi pelindung untuk adik dan ahli keluarga kita yang lain. Abang janji!" Ucap Roychi tenang. Bahu Roychi ditepuk lembut dari belakang.

REINCARNATIONWhere stories live. Discover now