"PENGKHIANAT!"
Terhenjut bahu Liyana melihat Fairul mengamuk.Lelaki itu membaling telefonnya dan menghentak-hentak stereng kereta.
Fairul mengetap gigi.Terhiris hatinya apabila terlihat gambar mesra Eyra dan Rykal.
Sepatutnya kena mulakan pagi dengan senyuman.Ini tak,mulakan dengan kemarahan.
"Bie,ini kereta sewa tau.Yang hentak-hentak macam kereta sendiri dah kenapa?Hilang akal eh?"
Lipstick dikeluarkan dari beg tangan.Dioles bibir itu dengan warna merah menyala.Sekali pandang bibir Liyana macam berdarah.
Tidak dipedulikan amarah Fairul.Yang pasti,dia mahu membeli-belah hari ini.Tidak boleh tak jadi!Fairul dah janji.
Tidak akan dibiarkan kemarahan Fairul menghancurkan niatnya untuk membeli sakan.Buat rugi masa je dia tinggalkan kekasihnya di KL semata-mata dia ke Langkawi kerana rancangannya bersama Kak Fatin.
"Marah-marah juga.Janji bie jangan lupa," kata Liyana.
Kata Liyana tidak diendahkan. Matanya masih lagi tak boleh memadam gambar-gambar mesra itu.
Gambar Rykal dan Eyra memakai baju couple,gambar mereka keluar makan,gambar mereka di pantai dan tak dilupakan video Eyra merajuk dengan Rykal dan sesi pujuk-memujuk berlaku.
"Sepatutnya itu aku!"
Jerit hati kecilnya.Terasa dirinya dikhianati oleh rakan sendiri!Menyesal dia tidak mengecas telefon.Kononnya tidak mahu diganggu sesiapa.
Kalaulah awal lagi dia cas,mesti kemesraan mereka tidak berterusan.Bukan main gembira wajah mereka.Peliknya,Iman turut menyertai mereka tanpa rasa marah.
Elok sahaja wanita yang bernama Iman itu bersama-sama menikmati kemesraan kekasihnya dan Eyra.Tak ada perasaan ke budak Iman tu?Sanggup tengok kekasih dirampas orang.
"Bie,dengar tak ni?!" tengking Liyana.
Nak shopping!Lagi pula,dia sudah berjanji dengan kekasihnya untuk membeli buah tangan dari Langkawi.Mestilah nak bagi yang mahal dan gempak!
Rugilah beli yang murah sebab lelaki di sebelahnya kaya orangnya.Jika yang murah,baik dia pergi dengan apek jual ikan!
Fairul mengeluarkan segumpal duit kertas.Dibaling duit itu di wajah Liyana.Satu not lima puluh ringgit melekat di bibir melekit Liyana.
"Keluar.Aku nak balik harini," arah Fairul.
"What?Takkanlah bie nak tinggalkan sayang seorang diri dekat Langkawi?" soal Liyana gelabah.
"Kau nak apa lagi?Duit nak shopping aku dah bagi ,sekali dengan duit nak balik KL.Dua hari je lagi dekat sini.Apa yang payahnya?"
"Ohh,cakaplah duit shopping.Hah,bie pergilah balik.Sayang boleh uruskan diri," halau Liyana.
"Cis,mata duitan!Aku harap duit tu hilang!"
"Pandailah jimat.Kalau duit tu habis,jangan pula kau mengadu dekat Kak Fatin yang aku tinggalkan kau.Pergilah tolong mana-mana Makcik jualkan nasi lemak dorang"
"Tahulah I nanti," kata Liyana.
Jangan panggil dia Liyana Semput kalau dia tak bijak.Mestilah wang yang diberi Kak Fatin dibawa.Banyak tu!Gila nak simpan?Kenalah berbelanja!
"Tahu,tahu!Aku tak nak aku balik nanti keluar berita 'Wanita Semput Dijumpai Berseorangan Merayau Seperti Orang Gila' eh"
"Eh bie!Nanti-nantilah ceramah tu!Sayang nak tahan teksi!Bye bie!Sayang shopping dulu!Muahh!" laung Liyana.
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
Roman d'amourBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...