A I D E N 4

17K 654 8
                                    

AIDEN mengerutkan dahinya tatkala melihat timbunan file dan kertas di atas meja kerja yang berkaca miliknya.

Jari jemari runcing itu naik mengurut batang hidung apabila rasa tekanan yang menjengah diri. Keluhan berat dilepaskan dengan kasar.

"Yow! Asal aku nampak kau stress sangat ni? Mati bini ke apa?"

Aiden memejamkan matanya sekejap, figura lelaki berbadan tegap yang sudah menarik kerusi di hadapan meja kerjanya di pandang sekilas.

"Kau memang dilahirkan tak ada adab ke Liam? Tak reti nak ketuk pintu dulu sebelum masuk?"

Liam menarik senyuman menyenget.

Wajah kacak itu berkerut apabila melihat wajah muram sahabat baiknya.

"Kau kenapa Aid? Ada masalah dengan Deena?"

Lelaki yang berwajah tampan tak ubah seperti Tengku Aiden itu menyoal dengan penuh tanda tanya. Jarang dia mahu nampak lelaki itu berwajah serabut seperti sekarang.

"Kau tengok kerja aku dari semalam tak selesai. Apa kau expect dari aku? Tersenyum sampai ke esok?"

Liam tersenyum sumbing. Keningnya yang terukir sempurna di angkat.

"Kau sebenarnya frust tak dapat nak luangkan masa dengan kekasih hati kan?"

Lelaki yang bertubuh tegap serta berbaju pilot kemas tersarung ditubuh tegapnya itu bangun dari duduk. Pemandangan kesibukan jalan raya diluar pejabat menjadi tatapan lelaki itu.

Lebih indah dari menatap wajah ketat Aiden yang sedari dia melangkah masuk ke dalam pejabat lelaki itu.

"Liam teman aku lunch."

Aiden bangun dari duduknya, segala barangan keperluan seperti wallet dan telefon di ambil.

"Jangan tanya kenapa. Just teman aku lunch."

Liam menjeling sekilas wajah Aiden, kepalanya di angguk beberapa kali.


















"ENGKU Hayden Liam?"

Aiden menepuk perlahan tangannya di hadapan lelaki itu yang sedang megelamun jauh memandang ke hadapan. Liam tersentak wajah Aiden yang berkerut itu menyapa pandangannya.

"Kau dah kenapa?"

Aiden memandang ke belakang tatkala mata lelaki itu tidak beralih dari situ.

"Aid. It's your girl. But who is that guy with her?"

Anak mata Aiden mencerlung tajam ke arah seorang gadis yang sedang bergelak ketawa sambil menepuk kuat bahu seorang lelaki.

"Aid? Kau nak pergi mana? Aid!"

Liam tercengang tatkala Aiden bangun dari duduknya dengan kasar lalu berjalan keluar dari restaurant yang mereka berdua duduki.

"Aiden! Oh god."

Liam meraub rambutnya dengan kasar ke belakang.

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now