1

46 1 0
                                    

Emily.

"Emily?!"

"Ya, saya?" Ya tuhan, kalau ya pun nak panggil, panggillah lembut sikit ni tak. Nasib jantung ni masih kuat, fuhh..

"Masuk pejabat saya sekarang." Itu je? Lain macam je tuan ni.

"Mily, tuan Arash panggil tu." Mula la kawan aku ni. "Kau ada buat salah ke?" Tanya Mira. Ada ke aku buat salah? Ingat Mily ingat, manalah tau kau ade lupa nak hantar apa-apa ke?

"Seingat aku, aku tak deh buat salah babe. Report haritu kita dah hantar kan?" Risau juga aku kalau pasal report tu yang tuan Arash nak cakap. Tapi rasanya aku dah hantar.

"Dah, kenapa?"

"Tak deh la, aku takut aku lupa." Balasku. "Aku pergi masuk dulu,kau tolong tengokkan fail pasal kes culik yang Ilman bagi semalam tu, kejap lagi aku datang..okay babe?" Kata ku.

"Okay, aku pun nak bincang pasal tu juga." Balasnya.

Eh macam ada orang je kat dalam tu.

Tok! Tok!.. Amboi aku ni nak ketuk pintu pun macam nak roboh je pintu, nak balas balik ke apa ni Mily..

"Masuk."

Tombol pintu ku capai dan perlahan-perlahan pintu ku buka.

"Silakan duduk Emily." Eh baik pula tuan Arash ni, pelik.

Kerusi di sebelah tetamu lelaki tuan Arash aku capai. "Kenapa tuan Arash panggil saya?" Soal ku.

"Kita ada kes baru. Kali ni melibatkan sepasang suami isteri." Kes baru rupanya aku fikir apa je tadi, fuhhh selamat.

"Oh ya, ni ketua penyiasat En. Hairil Aiziq, en. Hairil dihantar dari unit siasatan khas untuk bantu awak dalam kes kali ni nanti saya terangkan kenapa." Tangan kanan aku angkat untuk bersalaman dengan en. Hairil. Amboi boleh tahan handsome ketua penyiasat ni aku ingat dah tua. En. Hairil menyambut tangan kanan ku.

"En. Hairil kenalkan cik Emily Diana. Cik Emily adalah antara polis penyiasat terbaik di tempat kami walaupun baru dua tahun menceburi bidang siasatan. Banyak kes yang cik Emily dah selesaikan. Saya rasa cik Emily adalah orang yang sesuai untuk bekerjasama dengan en. Hairil."Puji tuan Arash. Wahh, tak pernah-pernah tuan Arash puji aku sampai macam ni sekali.

"Saya Hairil, panggil Hairil je tak payah en. Hairil."

"Saya Emily, panggil Mily je." Amboi, yakin benar kau Mily. Kejap Ilman kan ada tapi kenapa tuan nak aku yang handle kes ni. Ilman pun hebat juga. Pelik tuan ni.

"Baiklah, sekarang saya akan terangkan hal berkaitan kes ni." kata tuan Arash. Aku tumpukan perhatian sepenuhnya pada penerangan tuan Arash.

"Dalam kes kali ni Hairil akan bantu awak dalam siasatan. Kes ni baru dilaporkan semalam, sepasang suami isteri ditemui meninggal di villa mewah berdekatan dengan kawasan peranginan tempatan dengan kesan jerutan di bahagian leher. Kebetulan pula pembantu rumah mereka yang sepatutnya bercuti terpaksa balik semula sebab terlepas flight ke sarawak. Semasa pembantu rumah mereka sampai kat villa tu pasangan suami isteri ni dah pun meninggal dunia. So, sekarang ni kita cuma ada keterangan daripada pembantu rumah tu and as we know keterangan tu tak cukup untuk pecahkan kes ni." Terang tuan Arash.

"Pasangan ni ialah pemilik kawasan peranginan di kawasan tersebut. Tidak mempunyai anak kandung mahupun anak angkat." Sambung tuan Arash. "Siasatan terbaru mendapati ada nombor tidak dikenali menelefon masuk ke telefon suami, mangsa bernama Hisyam Bin Harudin berumur 52 tahun manakala isteri bernama Aisyah Binti Osman berumur 49 tahun."

"Nombor tak dikenali?" Soal ku.

"Ya, panggilan pertama ialah lima hari sebelum tarikh kematian mangsa dan penggilan terakhir ialah sehari sebelum tarikh kematian mangsa dan nombor tak dikenali ini ialah satu-satunya nombor yang didapati dalam call log mangsa. Malah, nombor tersebut hanya menelefon masuk ke telefon peribadi mangsa." Terang tuan Arash.

"Pegawai yang bertugas telah menghubungi nombor tersebut tapi malangnya nombor tersebut tidak dapat dihubungi. Sesiapa pun pelaku untuk kes kali ni, suspek telah merancang semua dengan teliti. Malah, hasil bedah siasat melaporkan tiada sebarang kesan cap jari yang didapati pada badan kedua-dua mangsa. Selain itu, tiada tanda-tanda pergelutan berlaku antara mangsa dan pembunuh. Kedua-dua mangsa ditemui di dalam bilik dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan jerutan di leher. Keadaan bilik juga kemas dan tiada senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa ditemui." Sambungnya lagi. Hairil disebelah ku hanya mengangguk tanda faham.

"Saya nak kamu berdua lawat tempat kejadian harini." Arah tuan Arash. "Kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan kes ni saya nak kamu laporkan secepat mungkin." Katanya lagi.

"Baik tuan." Balas ku dan Hairil serentak. Setelah itu aku keluar daripada bilik tuan Arash diikuti oleh Hairil. Di luar, Hairil dan aku bersetujuh untuk melawat tempat kejadian. Tapi kenapa? kenapa cara kematian Sepasang suami isteri ini seperti tidak asing ku dengar? Aku terus mengikuti Hairil ke tempat letak kereta dan meneruskan perjalanan ke tempat kejadian.



Okayy guyss part 1 dah selesai😀
Sorry sebab lambat update.. Sebarang kesilapan utk part first ni sy mntk maaf sngat²🙏🙏

Keep voting and read ❤❤

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Jatuh Cinta???Where stories live. Discover now