suai kenal

1 1 0
                                    

Bertepatan dengan nama minggu suai kenal
Tempoh itu merupakan waktu
Di mana aku berkenalan dengan orang baharu
Tetapi aku masih belum ada keberanian
Untuk memulakan kata kepada orang baru

Bukan aku takut
Tetapi aku mati kata
Aku seolah kehilangan tenaga
Sewaktu aku berkumpul dengan orang ramai

Dan juga keyakinan diri aku rendah
Teramat rendah
Mungkin kerana aku melihat
Pemakaian mereka yang molek-molek belaka
Sedangkan aku
Bergaya pun sempoi
Alat solek apatah lagi , memang aku tak tahu menahu
Apa yang aku tahu
Aku selesa dengan pemakaian aku yang ringkas

Seperti yang aku katakan
Aku dikenali sebagai seorang yang pendiam
Dan mungkin kehadiran aku tiada siapa yang sedar
Dan ketiadaan aku tidak menjadi tanda tanya

Jadi aku memutuskan
Untuk tidak terlalu bergantung dengan orang lain
Aku memilih untuk menyendiri
Aku lebih selesa bersendirian
Tetapi dalam masa yang sama
Jauh dalam benak hati aku
Aku perlukan teman
Aku perlukan seseorang untuk menjalani hari-hari di tempat baru

Tetapi aku lebih kerap menyalahkan orang lain
Berbanding merenung di hadapan cermin
Dan menilik kesilapan dan kekurangan diri
Kerana aku sering merasa
" mereka yang bersalah ,
Kerana mereka tidak prihatin"

Tetapi seharusnya aku berbisik pada diri
" mengapa aku yang memilih untuk menjauhkan diri,
Sedangkan aku boleh cuba untuk mencari kenalan baru"

Tetapi tak semudah itu
Bukan mudah untuk meyakinkan diri aku
Bahawa kehadiran aku akan menjadi sesuatu yang bermakna
Entahlah
Mungkin silapnya pada diri aku sendiri

Sepanjang tempoh suai kenal itu ,
Aku tidak mempunyai ramai kenalan
Melainkan rakan sekelas aku dan rakan sebilik aku

Aku seolah menjadi versi yang lain
Sewaktu aku bersama rakan sebilik aku
Aku menjadi lebih periang
Ada sahaja perkara untuk dibualkan
Aku selesa dengan mereka

Seperti yang pernah aku katakan
Aku juga mengenali seseorang
Yang aku agak selesa bersamanya
Aku akan menggelarnya atul di dalam ini

Jadi aku menghabiskan tempoh-tempoh tersebut
Dengan perasaan yang agak sunyi
Tetapi aku tidak pernah menceritakan
Kesepian aku kepada ahli keluargaku
Kerana aku tidak mahu mereka risau

Tetapi aku menceritakan hal ini
Kepada seorang rakan jauhku
Dan nasihatnya agak menikam jiwa aku

" andai kau berasa sunyi tanpa insan bergelar kawan,
Ingatlah kembali tujuan asal
Kenapa kau berada di situ dan untuk apa. Tujuan utama kau untuk mencari kawan ke? Tak kan ? Kerana tujuan kau tidak lain tidak bukan untuk menuntut ilmu Allah, untuk meluaskan pandangan terhadap kehebatan Rabbul Jalil , untuk menggapai cita-cita kau , untuk membanggakan keluarga kau "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 06, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

diari siswiWhere stories live. Discover now