YAM | Chapter 02

811 233 475
                                    

“Our first encounter

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Our first encounter.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

HARRAZ'S POV

24 MAY 2005. Hari raya sudah pun tiba tapi aku tidak rasa mahu menyambutnya. Aku cuma mahu duduk dirumah sambil makan kuih raya..

Lagipun, raya kali ini sudah tidak akan lengkap seperti dahulu lagi.

"Assalamualaikum! Harraz! Oooooh Harraz! Keluarlah! Kata nak raya sama - sama!" Telinga ditekup. Aish! Aku tak patut setuju nak sambut hari raya bersama dia.

Ugh! Biar aje lah dia duduk diluar rumah. Bukannya eomma-

"Eo? Kamu ni siapa? Buat apa dekat sini?" Jelas kedengaran suara eomma diluar. Eh? Awal pula eomma balik..

Alamak! Mikhael pula ada diluar. Mikhael tu bukan boleh percaya. Cakap pun asyik lepas. Kau bayangkan, budak yang baru berumur 12 tahun dah pandai mencarut pada orang tua!

M-Macam mana kalau dia terlepas cakap pada eomma juga? Matilah aku kena kurung dalam rumah lagi!

Dengan sepantas kilat aku memasuki bilik tidurku sebelum baju tidur yang tersarung dibadan ditukarkan kepada sepasang T-shirt putih dan seluar jeans berwarna hitam.

TAMAT HARRAZ'S POV

▪▪▪

AUTHOR'S POV

Mata Mikhael melihat tubuh Puan Hawa atas dan bawah sebelum melepaskan ketawa sinisnya.

Gaun singkat dan ketat yang dipakai ibu Harraz sangat menjolok mata. Tidak sesuai sangat dipakai oleh seseorang yang sudah bergelar janda anak seorang.

"Jadi, inilah mak yang tak pandai menghargai anak dia tu, ya?"

Muhammad Syafiq Mikhael. Namanya serupa bidadara. Siapa saja yang mendengar namanya, pasti akan fikir bahawa dia ialah seorang budak lelaki yang baik dan berbudi bahasa.

Tetapi hakikatnya, tidak. Dia ialah maharaja kepada carutan dan seorang yang sombong. Dia langsung tidak takut dengan manusia ataupun hantu. Dia hanya takut pada yang satu. Tuhan yang memberi dia kehidupan walaupun kehidupan itu tidak sempurna, dia tetap sayang padaNya.

Tapi itulah, mulut dia tu. Tak ada insurance.

"Makcik, makcik sedar tak? Makcik ni dah tua. Kulit dah berkedut. Anak pun dah besar panjang. Makcik tak rasa malu ke bila lelaki dekat luar sana tengok badan makcik atas bawah? Euw euw makcik ni- ish jijiks lah ai!"

[H] You And Me Where stories live. Discover now