YAM | Chapter 03

592 202 175
                                    

“I wrote something

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I wrote something.. about you.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

HARRAZ KIM'S POV

Aku berjalan memasuki kelas tiada siapa pun yang berada didalam kelas. Aku datang terlalu awal atau cikgu yang datang lambat?

Zip beg sekolah dibuka, sebuah buku berwarna coklat dibawa keluar. Tidak lupa juga, sebatang pen diambil bersama.

Kiri kanan dipandang, takut juga kalau orang tiba - tiba masuk kelas. Terasa seperti sudah selamat, pen mula bergerak, menulis sesuatu diatas buku itu.

Harraz Diary.

15 Februari 2012, 7:34 pagi.

Tahun ini adalah tahun terakhir aku bersekolah. Tahun terakhir juga aku melihat Minyoung sebagai seorang kawan.

Aku sudah berfikir masak-masak, selepas umur aku meningkat 25 dan aku sudah ada kerja yang stabil, aku mahu masuk meminang dia.

Pada kali pertama aku berjabat tangan dengan dia, aku sudah tahu, dia ialah bidadari aku.

Petang nanti, aku akan bawa dia keluar pergi makan, tengok wayang, dan berkemungkinan akan meluahkan perasaan aku pada dia.

Tapi itu semua angan-angan je.. Hahaha aku mana ada duit nak bawa dia pergi makan di restoran mewah ataupun tengok wayang.

Aku ni, makanan barat pun aku tak pernah sentuh. Setiap hari, roti canai saja yang akan memenuhi perut aku.

Kadang - kala, aku terpaksa makan maggi dibawah tiang lampu dihadapan rumah, kerana eomma selalu menghalau aku keluar apabila dia bersama dengan lelaki asing. Sedih. Aku memang sedih.

Satu lagi sebab juga kenapa aku nak kahwin dengan Minyoung adalah dia selalu kuatkan semangat aku. Dan, aku pernah cerita pada dia tentang kisah hidup aku. Paling aku terkejut, dia.. langsung tak judge aku. Sebaliknya, dia memahami aku.

Tentang Mikhael pula.. Aku tak tahu nak terangkan bagaimana.. Kehidupan aku dan Mikhael sangat berbeza. Ibu bapa dia kaya, setiap hari dia dapat makan makanan mewah. Tapi ada satu benda yang baik pada dia, dia tak pernah riak. Jikalau dia dapat sesuatu, dia pasti akan berkongsi dengan aku.

Walaupun begitu, didalam sudut hati aku, ada sekelumit perasaan benci pada dia. Dia.. dia asyik suruh aku jangan rapat dengan Minyoung!

Kenapa? Adakah sebab aku tidak layak? Adakah sebab kami berbeza bangsa, agama dan harta? Ataupun sebab-

"Oi Raz. Kau buat apa tu? Syoknya," serta merta aku menutup buku itu.

[H] You And Me Where stories live. Discover now