Kau datang bagi senyuman,
kau pergi hadir tangisan.Kau membahagiakan,
tapi akhirnya mematikan.Aku rindu gelak tawa,
bukan senang untuk aku lupa.Awalnya mungkin berbeza,
kerana belum aku, kau kenal sempurna.Awalnya berjanji akan selamanya,
tapi itu hanya kata kau semata.Bukan hendak mengata sesiapa,
Cukup untuk jadi peringatan kita.Andai aku berikan kau senyuman,
cukup untuk kau lupakan.Kerana itu hanya permulaan,
akhirnya aku yang kau tinggalkan.Jangan la itu kau fikirkan,
kerana itu sudah menjadi kebiasaan.Terima kasih untuk kenangan,
moga ia terus dalam ingatan.
YOU ARE READING
Pelangi Hidup
PoetryBanyak warna, dalam hidup kita. Banyak cerita, tentang kita semua. Memang tidak sempurna, Tetapi itu cerita kita.