Daerah Pinggiran Bandar Laira

Malam musim bunga itu terdengar teriakan bayi yang baru lahir di salah sebuah rumah batu di kampung itu. Puan Muda Kasura melepaskan keluhan lega dan betapa hatinya berbunga mendengar tangisan yang ditunggu tunggu, riak kebahagiaan terzahir di wajahnya biarpun rumah itu hanya diterangi bulan purnama di luar jendela.

Orang Gaji Som yang setia di sisi mengabarkan Puan Muda Kasura melahirkan anak perempuan yang sangat comel, persis wajah ibu muda yang cantik itu. Kulit putih kemerah merahan, hidung mancung dan bibir munggil terletak elok.

Teringin rasanya untuk memeluk anak itu dan menyusu. Tangisan yang tadinya seperti kelaparan, ajaibnya terhenti saat pelukan seorang ibu dikenakan dengan kejap, bagaikan tidak mahu berpisah.

Sesungguhnya Orang gaji Som yang sudah berpuluh tahun dijaga oleh puan muda itu berasa sangat bersyukur. Teringin juga untuk mempunyai cahaya mata sendiri  gamaknya. Namun, melihat wanita penyayang itu bahagia, dia turut bahagia.

Tambah lagi melihat adegan itu juga membuatkan Orang gaji Som mengakui bahawa benar, tiada satu jarak pun di antara kasih ibu dan anak biarpun beribu batu berpisah.

Namun, tidak lama. Tiba tiba bunyi kekecohan di luar menghentikan segalanya. Suara jeritan orang kampung di luar menyuruh Orang gaji Som untuk menjengukkan mata ke jendela. Dan dia sangat terkejut.

"Som, apa jadi dekat luar sana?" Tanya Puan Muda masih kedengaran lemah.

"Puan Muda..ada.. ada orang istana.."

Mendengar perkataan orang istana itu juga sudah mengubah air muka Puan Muda Kasura serta merta. Dia seperti sedar tentang sesuatu.

"...Orang istana heret perempuan perempuan kampung dekat luar. Apa kita nak buat ni Puan Muda?"

Tuhan, anak aku.. aku tahu anak aku dalam bahaya..

"Som, kita kena lari. Kita kena selamatkan Hawa!"

"Benar tu, Puan Muda. Kita kena pergi dari sini. Mari Puan Muda. Saya tolong Puan Muda." Setuju Orang gaji Som lalu cuba untuk membantu Puan Muda Kasura untuk bangun. Hawa yang merengek dibawa dalam pelukan sebelah tangannya.

Ya benar. Mereka perlu lari dan tidak boleh biarkan orang istana menjumpai mereka terutama anak yang tidak berdosa itu. Anaknya Hawa. Puan Muda Kasura sedar hari itu akan tiba jua bahawa, orang suruhan istana bandar Laira pasti akan mencari wanita wanita yang dianggap berdosa di kampung mereka itu, termasuk dirinya. Susungguhnya biarpun wanita wanita sepertinya yang teraniaya, tetapi sedar orang istana yang tamak dan berkepentingan tidak akan nampak semua itu. Mereka tidak akan sesekali kasihan dan teragak agak untuk membunuh orang yang mereka anggap pendosa termasuk keturunan yang mereka anggap kotor. Biarpun bayi yang baru mengenali dunia.

Tidak. Puan Muda Kasura tidak  pernah anggap semua itu benar. Dia pernah tidak boleh menerima kisah silamnya sebelum ini tetapi kini dia sedar dengan kata kata orang gaji Som yang memujuknya. Biar apa keturunan anaknya yang tumbuh di dalam rahimnya itu, dia tetap akan lahirkan anak yang tidak pernah berdosa. Dia wanita teraniaya. Anaknya tidak sepatutnya menerima kesusahan hanya kerana takdirnya yang malang. Anak yang baru dilahirkan ke dunia adalah suci, dan  dia layak untuk membesar menjadi manusia yang disayangi.

Itu janji Puan Muda Kasura untuk anak yang dikandungnya 9 bulan.

Tiba tiba..

"Puan Muda!"

Mereka baru sahaja melepasi rumah batu itu tanpa pengetahuan orang istana yang masih menyerbu rumah orang orang kampung. Namun, di pertengahan jalan Puan Muda Kasura terjelepok, merintih kesakitan. Som mendekati wanita itu dengan sebelah tangannya mengendong Hawa yang mula menangis.

"Puan Muda! Apa dah jadi?"

"Sakit. Sakit sangat..." Dia rasa perutnya seperti mengeras.

"Sakit? Sakit mana Puan Muda!" Tidak tahan Som melihat wanita itu sudah teresak esak menahan kesakitan yang dia sendiri tidak tahu, sehingga Som turut menangis.

"Som." Tiba tiba tangan Som dipegangnya. "Pergi."

Som terdiam. Apa maksud Puan Muda Kasura 'pergi'?

"Puan Muda.."

"Pergi bawa Hawa di tempat selamat. Saya taknak Hawa diapa apakan. Saya nak Hawa membesar dengan baik. Tinggalkan saya di sini."

Permintaan itu menakutkan Som. Terus dia geleng geleng.

"Apa Puan Muda cakap ni? Puan Muda kena ikut sekali."

Potong.

"Tak Som. Tak. Saya tak boleh. Saya tak.. mampu..urp ah!" Dia memegang perutnya dalam keadaan masih melutut.

"Puan Muda.."

Tiba tiba bayi itu menangis lagi. Meluruhkan hati Som yang dihantui serba salah. Apa patut dia lakukan. Air matanya menitis laju.

"Pergi Som. Jangan risaukan saya. Saya tak apa apa. Saya akan cari  tempat selamat." Pujuk lagi sebelum tiba tiba terdengar suara suara manusia yang semakin menghampiri lokasi mereka.

Som semakin terdesak. Dilihat bayi yang sudah kemerah merahan itu sejenak. Dia terdesak untuk selamatkan anak itu. Namun pada masa yang sama tidak sanggup meninggalkan wanita yang banyak berjasa padanya bersendirian. Bagaimana dengan Puan Muda Kasura jika mereka berpisah?

Tetapi dia perlu buat keputusan muktamad.

"Baiklah. Saya akan bawa Hawa tempat selamat. Tapi Puan Muda janji dengan saya. Janji untuk balik semula ke rumah kita kalau keadaan dah selamat. Janji?"

Puan Muda Kasura yang masih menahan sakit cuba menghadiahkan senyuman. Dia angguk. "Janji."

Janji itu memisahkan mereka ke tempat berbeza. Orang istana itu semakin mendekati. Som membawa Hawa jauh daripada tempat itu sejurus sahaja Puan Muda Kasura mencium anaknya dengan kasih, sementara Puan Muda Kasura mengesot mencari tempat perlindungan di sebalik lorong lorong kampung itu. Dia nampak orang istana lalu tanpa sedar dia di situ.

Puan Muda Kasura tercungap cungap. Sakitnya tidak terperi. Kerana dia seakan terasa ada sesuatu beban yang semakin ke bawah rahimnya. Dia pelik melihat perutnya yang kecil. Dia seperti mengenali rasa itu.

Rasa sakit yang sama seperti ketika dia melahirkan Hawa sebentar tadi.

Puan Muda Kasura berbaring di belakang bakul bakul besar yang bertindih, melindungi dirinya daripada dilihat orang. Dengan menahan jeritan daripada didengari orang, sekali dia menolak dengan menggunakan seluruh kudrat yang ada.

Bunyi tangisan bayi kedengaran memecah keheningan.

LAIRA Musim BungaWhere stories live. Discover now