♧•♧•♧
Sinar cahaya mentari pagi kini menerjah masuk menerangi segenap ruang di dalam bilik yang dihuni oleh Jungkook.
Jejaka itu menggeliat lalu mengangkat tangannya ke atas dengan mata yang masih terpejam rapat.
Tekaknya yang kering menyukarkan dia untuk menelan air liur dengan mudah. Kedua-dua matanya dibuka secara perlahan.
Kening Jungkook terus bertaut tatkala deria penglihatannya melihat satu wajah cantik yang memandang tepat ke arahnya.
"A-Awak siapa?!" tanya Jungkook cemas lalu menjarakkan tubuhnya daripada dekat dengan gadis yang mengukirkan senyuman nipis kepadanya.
Gadis itu berdiri tegak. Dia cuba untuk memegang tangan Jungkook namun tidak berjaya kerana jejaka itu pantas melarikan tangannya.
"Jangan p-pegang! A-Awak hantu k-kan?!"
Soalan yang diutarakan Jungkook tadi serta merta mengundang tawa gadis itu. Terhibur melihat reaksi wajah dan soalan Jungkook tadi.
"Ada ke hantu secomel saya ni?" kata gadis itu dengan tawanya yang masih bersisa.
"Baik awak c-cakap siapa awak sebenarnya sebelum saya panggil noona untuk--"
"Okay, fine! Saya Jung Haemi, gadis comel yang akan jaga awak di sini. Hah, puas hati?"
Gadis yang dikenali sebagai Jung Haemi itu pantas memotong ugutan Jungkook dengan memberitahu siapa dan apakah tujuannya dia di sini.
Jungkook menjeling Haemi yang sudah tersengih-sengih memandangnya. Jejaka itu bangkit daripada katil lalu berjalan menuju ke arah tandas.
"Eh, sabar!" laung Haemi membuatkan langkah Jungkook terus terhenti.
Dia berpaling dan memandang wajah Haemi dengan penuh rasa malas dan sebal.
"Saya dah intro, awak bila lagi? Janganlah jadi sombong. Awak dah tahu nama saya, jadi saya pun kena tahu nama awak." ujar Haemi.
Jungkook mengeluh perlahan sebelum menjawab soalan yang ditanya Haemi itu.
Banyak tanya lah pulak perempuan ni. Haih.
"Jeon Jungkook."
Sepatah saja jawapan yang keluar dari mulut seorang arnab jadian itu.
"Oh. Panggil apa?"
"Panggil je lah apa-apa."
"Kalau nak panggil Kook boleh tak?"
Haemi mengerdipkan matanya berkali-kali saat memandang wajah Jungkook yang tampak tidak selesa dengan kehadirannya itu.
"Tak boleh."
"Habis tu?"
"Panggil Jungkook je."
Haemi mengerutkan keningnya.
"Tadi kata apa-apa je. So, suka hati saya lah nak panggil awak apa."
Jungkook mengeluh lagi. Dia terpaksa beralah dengan gadis yang datangnya entah dari mana dan secara tiba-tiba ada di dalam biliknya ini.
Jungkook berjalan semula menuju ke tandas. Haemi pantas mengikuti jejaka itu dari belakang.
Perasaan malu yang telah wujud di dalam diri Jungkook mula menguasainya. Jejaka itu memusingkan tubuh menghadap Haemi di belakang yang masih tersenyum manis.
"Awak nak apa lagi? Takkan lah saya mandi pun awak nak ikut? Eee, tak malu ke apa?" keluh Jungkook sambil mencebikkan bibirnya.
Haemi ingin mengetuk kepala coconut milik Jungkook itu agar bebal paginya hilang daripada terus membelenggu diri.
"Awak nak buat apa pergi tandas?"
"Mandi lah. Takkan nak makan pulak kan?" perli Jungkool sambil tersenyum sinis.
Mak aii, sombong betul arnab ni. Ingatkan baik sangat.
"Oh, habis tu, nanti lepas mandi awak keluar je lah dalam keadaan terlanjang? Huh?" soal Haemi lagi. Gadis itu menghulurkan sehelai tuala mandi kepada Jungkook.
Wajah putih Jungkook mula bertukar kepada warna merah tanda dia malu dengan perliannya yang kini memakan diri sendiri.
Dalam keadaan yang ditimpa dengan rasa malu yang bertubi-tubi, dia terus mencapai tuala yang dihulurkan Haemi tadi lalu masuk ke dalam bilik air.
Tinggal lah Haemi di luar yang terkekeh-kekeh ketawa melihat wajah malu Jungkook tadi.
Haih, tu lah. Sombong lagi! Haa kan dah malu! Ada pulak masuk tandas nak makan? Mengarut jer. Muka je comel tapi perangai macam haprak!
▪▪▪▪
TBC565 words for this chapter!❤
ya allah, rasa lama sangat tak update kan? rindu angat ❤ busy menguasai diri lah. dah lah buat homework dari petang sampai tengah malam. berlambak pulek tu 😕
maafkan put kalau chapter ni rasa hambar/tak best 😭. maklumlah dah lama tak update en, idea pun tanak munculkan diri.
okay, selamat membaca!💜
YOU ARE READING
Unforgotten | Jungkook
ФанфикYour existence is just my unforgotten sweet memories. ❁ཻུ۪۪⸙· Jung Haemi ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Short Story BTS Edition <3 🎯 WARNING! - Cerita ini penuh dengan kemerepekan...