Bandar Laira, 10 tahun kemudian,

Bunyi keriangan lima orang budak lelaki bermain gayut gayut di atas pokok itu memecah keheningan. Mana tidaknya, pokok tepi sungai itu lebat benar dengan buah mangga yang bergayut pada ranting.

Apabila dikupas kulit kuning mangga itu, isinya sudah pun menunjukkan rasanya yang pasti manis leting jika terkena lidah nanti. Bau manis yang menusuk ke lubang hidung bagi yang menghidunya, sudah mampu membuatkan liur yang bertakung terkecur kecur.

"Seronoknya.."seorang budak lelaki berbisik sendirian di sebalik batang pokok lain yang berdekatan di situ. Dari tadi dia perhatikan budak budak sebayanya itu bergelak ketawa menikmati buah mangga di atas pokok itu. Namun, tiada terlintas keberanian untuk dia menegur hatta menjadi kawan.

Hanya kornea matanya sahaja yang bersinar sinar. Air liurnya rasa terkecur di dalam mulutnya sendiri, hampir menitis ke tepi bibir jika lama lagi dia menunggu di situ.

Namun begitu, tiba tiba suara keriangan itu bertukar tragedi.

"Khamis!!"

Depan mata salah seorang daripada mereka jatuh terlentang daripada atas pokok. Empat orang kawan kawannya terus melompat turun ke tanah. Sudah ada yang teriak memanggil nama budak itu dengan rasa terkejut yang bagaikan hendak putus tangkai jantung.

"Tolong! Tolong! Khamis, bangun Khamis!"

Tindakan refleksnya adalah untuk keluar daripada tempat persembunyiannya, lalu mendekati budak budak itu dengan pergerakan berhati hati.

"Tolong kawan kami. Tiba tiba dia jatuh dari pokok dan pengsan macam ni. Tolong carikan orang dewasa untuk kami. Tolong.."

Tidak berkata apa, sebaliknya mencelah di ruangan budak budak lelaki yang kerisauan itu.

Bukannya pergi mencari orang dewasa. Dia duduk berteleku betul betul di sebelah budak lelaki linkungan 10 tahun yang agak gempal, yakni dipanggil sebagai Khamis tadi.

"Apa kau nak buat ni? Kau ni siapa? Kawan kami perlukan bantuan sekarang!" Bingung salah seorang daripada mereka.

Lebih lebih lagi budak lelaki yang tidak pernah dikenali mereka itu memandangnya dengan satu reaksi tidak-apa-apa, dan senyuman kecilnya muncul seketika.

"Apa kita nak buat?" Mereka turut bertinggung di situ. Mula rasa budak lelaki itu ingin lakukan sesuatu.

Dan ya. Mereka lihat sendiri dia seperti menguruskan tubuh Khamis. Menekapkan dua jari di tepi leher, dan kemudian di tengah tengah dada seperti antara rusuk kiri dan kanan.

Adegan itu diperhati dengan rasa teruja dan keliru pada waktu yang sama. Teruja kerana tidak sabar untuk lihat apa yang bakal jadi. Keliru kerana apa yang lelaki itu sedang lakukan.

Tiba tiba tekanan dua jari di dada itu berubah kuat. Sampaikan terlihat kulit yang tidak berbaju itu seakan tenggelam ke dalam. Mereka terlopong. Beberapa kali orang yang mereka tidak kenal itu menekan dan melepas dada kawan mereka itu. Sehingga tidak lama apabila mula kedengaran satu nafas berbunyi. Mulut kawan mereka itu terbuka seakan mencari nafas.

Dan batuk batuk kedengaran. Suara lemah Khamis menegur kawan kawannya yang kerisauan.

"Semua.."

"Khamis!!"

Dia membangunkan diri dengan yakin. Matanya tersenyum melihat adegan peluk memeluk budak budak lelaki itu yang masih berteleku. Pasti bersyukur melihat kawan mereka itu sudah sedar dan selamat.

Dia tahu budak bernama Khamis itu ada masalah pada sistem pernafasannya. Tak banyak udara yang masuk ke dalam paru parunya.

Mujur sahaja dia ada di situ dan dapat membantu menyelamatkan kawan mereka.

"Siapa nama kau?" Tiba tiba salah seorang daripada mereka mendongak dan bertanyakan soalan itu. Dia jadi terpaku.

"Nama?"

"Ye nama kau. Aku Alan. Yang sebelah aku ni...." Budak itu memperkenalkan diri seorang demi seorang. "Nama kau?"

"Aku...." Matanya memutar mutar kiri kanan.

"Adam!" Satu panggilan tidak semena mena membantutkan perbualan budak budak lelaki itu, terutamanya budak yang dipanggil Adam.

Seorang budak perempuan yang rambutnya dilitupi separuh selendang merah menjadi perhatian. Adam menoleh dan tiba tiba tangannya ditarik oleh anak jirannya dari kecil itu untuk pergi ke tempat lain.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LAIRA Musim BungaWhere stories live. Discover now