Aku masih lagi hilang kata.
"Mama..."
"Iye sayang," spontan mulutku menjawap.
"Boleh ke?"
"Boleh apa sayang?"
"Uncle ni jadi papa Eiki?"
Soalan itu menarik aku kembali berpijak di bumi nyata.
" Mama.." aku mengusap rambutnya sambil tersenyum. "I'm still thinking about it, Eiki. Mama perlu pastikan semua-"
" Mama.. em-am- sia tu apa?"
" Amnesia is -"
Miss trivia aku sudah matang, dia tahu bila dia perlu berhenti. " It's a little bit too complex to explain- "
"Lebih kurang seperti terlupa but unintentionally, " Mr Zachary menarik kerusi mendekati kami. Jelas kelihatan dia seperti gelisah-
Cemas mungkin?
"Ooo.." jawap Eiki perlahan.
" Kalau terlupa.. memang tak sengaja kan. Kalau sengaja terlupa... Menipukan? Berdosa kan kalau menipu?"
Bersinar- sinar mata anak aku nan sorang ni. Penuh dengan persoalan.
"Err..,"
" Clever boy!"
Suasana menjadi hening seketika. Awkward silence. Termasuk anak aku, Eiki, dia pun diam tanpa bicara. Dia lebih kepada memerhati gelagat kami berdua yang sudah pastinya kekok.
" Can i-"
"Can i hold your hand, Eiki?"
Aku kenal akan nada suara yang kurang keyakinan diri, dari pengalaman peribadi sebagai tenaga pengajar.
Eiki memandang ke arah aku, meminta kebenaran.
Aku memejam mata seketika, menarik nafas dalam sebelum menganggukan kepala berserta dengan senyuman.
"Sure," Eiki bersuara perlahan. Tangan ' papanya' disambut.
Mr. Zachary terdiam seketika.
" Uncle sakit ke?Kenapa tangan uncle menggeletar?"
Mataku terus ke tangannya. Ya.. visibly shaken.
"Sorry uncle, i cannot call you papa yet, mama is still thinking. When mama is thinking, she will- she will.. thinking a lot- lama.. aunty Yana-"
Zachary mengusap kepala Eiki perlahan.
" Ppa.. uncle tahu tentang tabiat ibu Eiki yang satu tu,"
" Tak perlu fikir terlalu lama, Su. Ujian DNA kan ada, walaupun abang rasa itu tidak perlu," jemarinya menyentuh belakang tanganku perlahan.
Perkataan DNA membuat miss trivia meronta-ronta bak keluar dari sarang sehingga aku HAMPIR tidak sedar perlakuannya itu. Aku melarikan tanganku darinya.
Aku menghela nafas panjang.
"Baiklah. Beri masa untuk saya semak semula dokumen tadi. I need a second opinion on that."
"You must be one lousy husband," aku mendengus.
"Hinggakan sa- isteri sendiri boleh padam terus ingatan mengenai Encik."
Aku perlu berfikiran rational, matang, level headed dalam menghadapi masalah. Bagiku masalah adalah satu cabaran yang perlu aku hadapi, head on! Simpan atau melengahkannya tidak akan menghilangkan masalah ini. Andai kata terbukti lelaki di depan aku ini adalah suami aku-
YOU ARE READING
OMG!!! SUAMIKU TEXAN
RomanceApa yang akan berlaku apabila anda mengalami amnesia terpilih? Amnesia itu pandai pula dia memilih untuk melupakan insan paling penting iaitu suami anda sendiri? Bukan setahun atau Dua tahun tapi empat tahun and counting!!! Akibat satu kemalangan, n...