"Maybe, we are just..
not meant to be together."❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Dua bulan kemudian..
Dipagi yang cerah, burung-burung seronok menyanyi, tapi sayang, semuanya tak boleh membuat wajah tiada emosi Harraz tersenyum kembali.
Hidupnya seakan musnah.
Bukan kerana takut akan hasil peperiksaan terakhirnya, tapi kerana dia. Perempuan itu.
Ya, Harraz masih tidak dapat melupakan Shin Minyoung walaubagaimanapun Mikhael cuba untuk membantu, senyuman kotak lelaki itu seakan sudah hilang dan tidak boleh kembali lagi.
"Harraz!" Suara bingit seseorang memanggil dirinya dari jarak jauh. Ah, sudah pasti itu anak si Pak Jeman, pengawas kebanggaan sekolah yang selalu tertidur dalam kelas, Zhareef Hakimi.
"Kau dah dapat ke result paper semalam?" Sekilas saja Harraz memandangnya sebelum kepala terus menggeleng. Zhareef mengerutkan dahi.
"Kau.. Jangan kata kau masih tak okey. Weh, benda dah berlalu dekat dua bulan lebih. Lupakan sajalah. Apa jadi pun, kita tetap bernafas! Life goes on brader!"
Zhareef baru saja ingin menarik kerusi sebelah Harraz, mahu duduk disebelahnya, tapi pantas lelaki itu bangkit.
Zhareef tergelak, cukup tidak percaya. Serius lelaki ini selalu besar-besar kan hal yang kecil.
"Aku dah minta maaf, kan? Jangan lah layan aku macam ni. Kau tahu, aku terpaksa. Dia ugut aku!"
"Kawan tak menipu kawan dia, hanya untuk tutup penipuan sepupu dia." Ujar Harraz satu nafas, membuatkan Zhareef terus melepaskan keluhan panjang serta menggulingkan biji mata, tanda menyampah yang teramat.
Ah.. penipuan itu. Penipuan bahawa Raeyan dan Minyoung tiada apa-apa, dan semua itu dikatakannya sebelum Harraz membuat confession pada Minyoung.
Bukan ke ianya kelihatan jelas seperti a set up? Seakan dia sengaja mahu membuat Harraz malu selepas membuat pengakuan cinta matinya pada Minyoung, dihadapan Raeyan, teman lelaki perempuan itu, juga merupakan sepupu kepada Zhareef?
Iya, Zhareef dan Raeyan ialah sepupu.
Tetapi, mengikut kata Zhareef, dia tidak berkawan dengan Raeyan. Dia cuma terpaksa mengikut arahan lelaki itu atau dia terpaksa berhadapan dengan ayahnya atas semua kesalahan yang pernah dia buat dahulu.
That bastard Raeyan will freaking blurted out all his filthy doings. And Zhareef, for sure, won't let him do that.
"Kenapa kau tak boleh lupakan dia saja, Raz? Lupakan lah dia. For god's sake, banyak lagi bunga dalam dunia ni.." ucap Zhareef kali ini dengan nada pasrah. Penatlah setiap hari seperti ini. Asyik bermasam muka dengan kawannya sendiri, hanya kerana sepupunya.
YOU ARE READING
[H] You And Me
Fanfiction[OLD TITLE: CAN YOU CHANGE ME?] "Bantu aku, bantu aku cari diri aku semula." Harraz Kim Daniel, lelaki yang dilahirkan dalam keluarga yang retak dan siapa saja sangka, perempuan yang tiada agama itulah penyelamatnya. • WARNING ! • [Bab agama akan t...