1

4 0 0
                                    


--
"Okay kelas, sampai sini sahaja pelajaran kita. Esok cuti sekolah kamu dah bermula, saya nak ingatkan jaga keselamatan diri baik-baik dan jangan lupa siapkan kerja yang saya bagi ya semua" Pesan cikgu Halimah kepada kami.

"Baik cikgu" kata pelajar di kelas 5A2 serentak. Sejurus mendengar dari balasan kami puan Halimah melangkah keluar .

Aku menutup buku latihan dan mengemas buku teks kimia untuk disimpan ke dalam beg.
"Weh guys, esok dah start cuti apa plan korang? " tanya Alia yang sudah siap menggalas beg dan Umairah di sampingnya yang menunggu jawapan dari aku dan Aisha di sebelah aku.

"Memanglah cuti dah start tapi puasa pun start juga, aku ingat aku nak duduk rumah je tolong ibu aku kat rumah". Balas Aisyah.

Tersengih kami mendengar jawapan dari Aisyah. Apa dia ingat kami ni baru berkawan dengan dia ke, padahal dari usia kami sembilan tahun lagi sehinggalah 17  tahun ini kami menghadap karenah Aisyah yang satu itu.

" Eh, cakap sajalah kau sebenarnya tak tahan buat kerja apa-apa bila dalam bulan puasakan ? , nak tolong ibu konon. Last-last ibu kau jugak yang buat kerjanya nanti." Umairah menyindir alasan basi yang diberikan Aisyah.

"Eheee" Aisyah tersengih malu sambil menunjukkan dua jarinya, peace.

"Apa-apa sajalah Aisyah. Aku dah ada plan untuk cuti ni, aku ingat nak bekerja dengan mak Som kat bazaar ramadhan nanti" aku menggalas beg sambil bergerak untuk keluar kelas di ikuti rakanku yang lain.

"Ouhh, rajinnya Maya sorang ni, tak takut penat ke? Sebab abang Hisyam tu pernah juga kerja sambilan dekat bazaar tapi tak sampai empat hari dia dah berhenti tau". Empat jarinya diangkat separa bahunya. Bersungguh Alia bercerita tentang abangnya itu.

Bukan aku tak tahu akan cerita ini, Alia sendiri yang menceritakan kepada kami betapa malunya dia bila abangnya, Hisyam hanya tahan bekerja dia bazaar empat hari sahaja. Padahal abangnya sendiri bersungguh merayu kat mak dan abahnya untuk membenarkan dia bekerja di gerai sahabat abah dia sendiri. Kesian, mesti malu abah Alia ketika itu.

"Tak apa, aku okay saja. Lagipun dapat juga simpan duit kocek sendiri. Kesian mama kalau aku asyik minta duit dari dia saja" . balasku. Barang peribadi sendiri pun masih nak minta wang dari mama. Mesti mama penat cari duit untuk kami tiga beradik. Sambung hati kecilku.

"Kalau kau okay, okaylah kalau macam tu. Aku punya plan pula nak balik kampung belah mak. Dah lama tak balik, rindu pula nak rasa suasana bepuasa dan raya kat sana nanti." Beritahu Alia.

Aku mengangguk dan membuat mulut berbentuk 'o' tanpa bunyi. Plan Umairah? Tak perlu tanya sebabnya. Kenapa? Umairah dan Aliya adalah adik beradik tiri. Tapi kisah mereka bukan cliche' seperti kisah adik beradik tiri yang asyik dengki sesama lain.

Mereka ini sudah bagai isi dengan kuku. Sudah tentu umairah juga akan ikut Alia pulang ke kampung belah mak tirinya.

Kami berempat berjalan melintasi pagar sekolah dan bergerak ke haluan masing-masing. Alia dan Umairah menghampiri kereta berwarna Hitam milik abah mereka dan sentiasa pulang awal ke rumah kerana abah mereka jarang tiba lewat untuk mengambil mereka.

Aisha pula sudah pulang menggunakan kenderaan sendiri. Baru saja tadi, Aisha mempelawaku menaiki bersama untuk menghantarku pulang. Tetapi aku kata mungkin mama  sudah dalam perjalanan mengambil aku. Dia mengiakan sahaja dan melambaikan tangan tanda dia pulang dulu.

Lama aku menunggu mama, fikiran aku melayang meningatkan kembali suatu masa dulu, ketika ayah masih hidup. Ketika ayah masih mampu untuk bergerak, Ayahlah kekuatan kami dan kebahagiaan kami.

Ayah langsung tidak kisah untuk pulang awal dari kerja apabila mendapat panggilan dari pihak sekolah yang menyatakan kakak aku, Suraya tidak sihat dan lemah di sekolah. Ayah kelam kabut memapah kakak untuk dihantar ke klinik. Dari riak wajahnya , aku pasti ayah sangat risau bila anak- anaknya jatuh sakit. Ayah risau jika ayah tak mampu menjaga kami anak beranak.

Satu hari adik aku saleh didapati bergaduh di sekolah, aku dapat lihat ayah sangat kecewa dan marah dengan adikku ini.
Tapi mama memujuk dan mengatakan anaknya masih kecil lagi, dan masih boleh dididik. Hhaihh, adik aku sorang ini. Tak padan  masih bersekolah rendah sudah berani menunjukkan lagaknya pula. Perangai siapalah yang diikutinya itu.

20 minit kemudian aku melihat kereta proton waja berwarna merah milik mama semakin menghampiri. Aku segera memasuki kereta dan menyalami mama. Mama seperti biasa akan meminta maaf kerana mengambilku lewat.

Aku hanya mendiamkan diri dan senyum kearahnya . Tak tahu ke mama yang aku langsung sudah tidak mengambil hati kerana ini bukan kali pertama dan aku sebenarnya bersyukur mama masih lagi mahu menghantar dan mengambil ku pulang.

Lihatlah tu, di sepanjang perjalanan pulang aku masih dapat melihat beberapa pelajar masih berjalan kaki untuk pulang kerumah. Kiranya aku masih lagi beruntung kan? . Aku bersandar lelah di kerusi penumpang dan tidak sabar untuk pulang membersihkan diri.

£££££££££££££££££££££££££££££££££££

"Maya lekas mandi ya,  mama siapkan makanan. Jangan lambat turun nanti takut makanan sejuk". Mama berkata sebaik saja aku melangkah masuk. Aku menganggukkan kepala tanda 'ok'.

Langkah aku longlai memasuki bilik tidur aku,  aku duduk di birai katil sambil termenung,  aku kejam ke kerana bersikap endah tak endah kepada mama?

Aku bukan seorang yang pendiam,  bila
di kalangan kawan-kawan dan adio beradik yang lain aku lah yang paling bingit sekali tapi bila di rumah hanya berdua bersama mama aku automatik menjadi manusia yang sangat pasif dan introvert. Semuanya berlaku kerana insiden itu. Ya,  insiden yang berlaku akibat salah faham dan sekali gus mewujudkan benteng antara aku dan mama.

Aku memejam mata dan menggeleng kepala beberapa kali ingin mengusir bayangan insiden yang kelam itu hadir. Tuala mandi aku capai  dan segera membersihkan diri,  dan turun menjamu selera.



A/n:
My first story setelah 3  tahun menjadi warga wattpad ni. 3 tahun menjadi readers teringin juga rasa macam mana perasaan menjadi penulis dan berusaha untuk mencari idea. So, harap fahamlah ye sebab story ini akan menjadi terlalu slow update. Peace ✌

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta 7 Meter Kita [Slow Update]Where stories live. Discover now