💓 ; 07

975 137 65
                                    

♧•♧•♧

junghaemi's POV


Aku buntu.

Buntu kerana Jungkook berubah sikap selepas saja pertandingan memasak itu berlangsung semalam.

Daripada Jungkook yang malu-malu, ceria bertukar menjadi Jungkook yang mula menjarakkan dirinya daripada aku. Wajahnya kelihatan muram.

Setiap kali aku bertanya mengapa dengan dia, tiada langsung jawapan yang keluar dari bibir merah jejaka itu malah langsung tidak memandang wajahku.

Mataku hanya melihat Hoseok, Jimin dan Taehyung yang duduk menemani Jungkook di taman yang terletak tidak jauh dari pondok yang aku duduki ini.

Yoongi yang baru datang dengan botol air mineral di tangannya melabuhkan punggung di sisi aku.

"Kau tak try tanya kenapa dengan Jungkook?" soal Yoongi. Botol itu diletakkan di sebelah kirinya.

Keluhan perlahan aku lepaskan. Aku mengangkat lemah kedua-dua bahuku.

"Entahlah, Yoongi. Dia tak nak jawab pun." rambut yang terjuntai aku selitkan ke belakang telinga.

"Aku harap mereka dapat pujuk Jungkook. Aku faham apa yang dia rasa, cuma terpulang pada dia macam mana nak handle je."

Aku bersetuju dengan harapan Yoongi terhadap Jungkook. Aku cuma bimbang jika Jungkook menjadi murung seperti dahulu.

+flashback+

"Burger dia ni kita pun boleh buat. Baik kau ambil makanan lain. Lagi sedap!"

Sebaik saja salah seorang penonton berkata begitu pada kawannya, maka mereka pun beredar dari situ lalu ke meja lain untuk mengambil makanan.

Aku cuba pandang sekilas Jungkook yang berdiri di sebelahku. Aku perasan riak wajahnya berubah 100% namun dia cuba untuk kekalkan agar wajahnya nampak manis.

Salah seorang penonton yang telah mengambil burger di hadapan kami berdua tadi kini meletakkan semula pinggan burger itu pada pinggan.

"K-Kenapa? Tak s-sedap ke?" tanya Jungkook sambil memandang tunak seorang lelaki di hadapannya.

"Bukanlah. Tapi ni tak ada cheese mozzarella. Sorry, kat sana ada cheese tu. Aku tak nak membazir. So, aku letak kat sini balik and jangan risau, aku tak makan lagi." ujarnya sebelum berlalu pergi dari situ.

Waktu itu aku rasa mahu saja layangkan pelempang buat lelaki itu. Ingin saja aku katakan begini pada dia,

"DUDUK HOSPITAL GILA PUN BOLEH CAKAP KAT ORANG MACAM NI! ORANG DAH BAGI, MAKAN JE LAH! BANYAK PULA BUNYINYA!"

Tapi, bila fikirkan semula di mana mereka berada, aku terpaksa batalkan niat 'suci' itu.

Lima biji burger yang ada di atas meja aku tenung silih berganti. Aku tahu, Jungkook terluka dengan setiap bait yang 'langau-langau' itu ucapkan.

Tanganku mula menggenggam erat tangan Jungkook sambil menghadiahkan senyuman manis buatnya. Mata Jungkook sudah mula dikaburi dengan air mata.

"Tak apa, it's okay. Kita makan sama-sama ya?" pujuk aku.

Jungkook mula mengesat air matanya. Aku memberikan sebiji burger buat Yoongi dan Hoseok kerana mereka ingin berkongsi saja. Takut tidak habis.

Selebihnya, aku bawa masuk ke dalam bilik Jungkook untuk dimakan. Keempat-empat biji burger yang tinggal itu aku makan semuanya.

Aku mengajak Jungkook untuk makan sekali bersamaku, namun dia menolak. Mungkin masih berkecil hati dengan kata-kata pedas yang dilempar oleh 'langau' tadi.

Tak mengapa lah, demi Jungkook aku sanggup telan semuanya. Tapi, jujur aku katakan yang burger kami buat tu sedap sangat.

+end flashback+

"Kurang ajar betul mana yang mengkritik tu. Belum rasa dah komen macam-macam. Sebenarnya, aku nak ambil burger tu lagi. Tapi, aku malas. Nak suruh Hoseok, dia dah membuta. Dah lah bilik Jungkook dengan aku jauh."

Aku tersenyum kecil. Nasib baik Yoongi mengambil burger yang kami buat itu. Terasa lah diri dihargai.

"Tak apa lah. Tu pun saya dah bersyukur sebab awak sudi ambil. Terima kasih, Yoongi." ucapku dengan penuh rasa rendah diri.

Jejaka berkulit putih itu hanya membalas ucapanku dengan mengukirkan senyuman.

Aku perlu mencari jalan supaya dapat memujuk Jungkook semula. Jungkook itu ibarat budak kecil yang diejek oleh beberapa kawan yang jahat mulutnya. Hati jejaka itu terlalu rapuh.

Oh Tuhan, bantulah aku. Bagaimana untuk memujuk semula hati seorang insan ini?

end of haemi's POV

▪▪▪▪
TBC

615 words for this chapter!❤

tau tak, chapter ni dari semalam lagi put perah otak. tak keluar-keluar ideanya. laa ni baru keluar. dah berkali-kali bukak wattpad, but still tak jumpa idea.

nak dibiarkan, nanti takut lupa jalan cerita and readers pun dah terlupa. eh ada ke? HAHAH ada laa.

so, macam biasa lah sayang. Kalau hambar maafkan put 😕 put rasa ff ni lah yang paling sendu, sendu dan sendu.

okaylah, selamat membaca!💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now