“Kenapa mencari kalau tidak mahu disakiti..?” Aku bertanya kepada dia yang sedang asyik menikmati espresso panas itu sambil pandangannya dilempar jauh kearah jalan raya yang sesak dengan kenderaan bagi mereka yang sedang sibuk mengejar masa. Dia hanya mampu menjongket bahu.
Mata aku masih tidak lepas dari memandangnya yang seakan ralit.”Tidak penatkah kau mengejar sesuatu yang tak mungkin berhenti dan menanti kau?” Tanya aku seakan tidak berpuas hati dengan jawapannya.
“Su kalau kau tahu betapa cinta mampu berfungsi dibawah sedar membuatkan seseorang itu sanggup untuk melakukan perkara yang dia sendiri tidak mahu..tentu kau mengerti mengapa aku berbuat demikian” jawabnya lalu bangun untuk ke kaunter bagi membayar pesanan nya. Aku membuntutinya.
Jawapannya membuat aku terdiam sejenak lalu berfikir.Kami berdua berjalan beriringan sehingga ke perkarangan tempat letak kereta lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta.
“Kenapa kau diam Su?” Tanya dia pelik selepas melihat aku yang dari tadi hanya berdiam diri. Aku mengeluh.
“Tapi ini bukan caranya..kau tahu bukan-“ Belum sempat aku menghabiskan sudah memotong. "Su tak perlulah kau tahu tentang kehidupan aku ini..” Katanya sambil menekan pedal minyak. Aku terdiam membisu buat kesekian kalinya.
Kereta yang kami naiki meluncur laju membelah kepekatan malam di sekitar kawasan Petaling Jaya. Permandangan bandar yang disimbahi dengan cahaya lampu sedikit sebanyak menarik perhatian aku yang ketika itu celaru. Fikiranku jauh melayang mengimbas masa lalu..
______________________________________
“Kenapa cinta itu wujud sedangkan ianya menyakitkan?” Dia bertanya memecahkan kesunyian di sekitar galeri tersebut. Aku tersenyum sinis mendengar pertanyaannya
“Kau tahu cinta itu bagaikan kopi yang pekat?” Soalku kembali kepadanya sambil pandanganku melewati setiap lukisan yang dipamerkan. Perlahan kami berjalan menyusuri koridor yang lengang itu., Dia menjongketkan keningnya. Tidak mengerti.
“Pahit tetapi mampu membuat kau ketagih lalu merelakan ia melepasi kerongkong dan asap melenggok yang mengasyikkan membiarkan diri dibuai bahagia walau panas menanti tika kau minyisip. Sama bukan seperti cinta? Indah tetapi menyakitkan.” Panjang lebar aku menerangkan kepada nya yang dari tadi memandang sebuah potret lama walau hakikatnya dia termenung memikirkan sesuatu.
Kami berjalan beiringan ditemani lukisan-lukisan dan kesunyian. Dia meraih tangan ku dan menggenggamnya dengan erat. Aku memandang kearahnya dengan penuh tanda tanya dan dia hanya tersenyum manis sambil menguak rambutnya yang lurus.
“Kau sayang aku?” Dia bertanya sambil mendongak kearah langit yang membiru. Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk dan dia hanya memejamkan mata bersama senyuman.
“Kenapa tanya?” Aku memandang wajahnya yang tenang disimbahi cahaya mentari.
“Saja…mahu kepastian yang aku masih tidak bermimpi dan ini semuanya realiti” Jawapannya membuat kan hatiku tercuit lucu.
“Apa maksud kau?”
“Mendekati kau adalah satu cabaran buatku dan untuk kau menyukaiku adalah satu keindahan yang hanya mampu aku impikan sebelum ini dan tak mungkin aku kecapi…aku cintakan kau” Katanya dengan penuh makna bersama mata yang sedang elok terpejam.
Buaikanku dengan kasih,
Retakanku dengan dusta,
Aku memberi dan menerima,
Hati yang ku relakan disimpan,
Salah diriku mendapat habuan,
Kerana cinta itu indah menyakitkan..
Mereka sering memandang jelik dan mencemuh. Namun, kami seolah ralit dengan dunia yang kami ciptakan. Tidak menghiraukan semua kata dan jelingan. Perasaan ini tidak mampu dibendung walau mereka melarang.
Tanpa kami sedar waktu membawa kami pergi begitu juga dengan ajal yang membawaku pergi jauh darinya.
“Ku meniti awan yang kelabu
kutempuhi lorong yang berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapanku..”
Dendangan lagu sudirman menemani perjalananya malam itu ditemani dengan ilusi Suraya yang setia menemaninya disisi. Dia menoleh kearah tempat penumpang disebelahnya. Kosong.
Sekali lagi dia meraup rambutnya lalu bersandar kebelakang.
“Yang pergi biarkan ia pergi Sara..Su tak mungkin kembali dan kau harus teruskan segalanya kerana cintanya sudah dikuburkan bersama jasadnya” Terngiang-ngiang kata Farhan ditelinganya untuk kesekian kalinya.
Dan dia sedar untuk kesekian kalinya, Suraya dan Sara hanya tinggal kenangan…
YOU ARE READING
Bayangan by shikynshkr
RomanceAdakala apa yang dirasa itu hanyalah ilusi Jadi bukalah mata hati dan lupakan pada kenangan yang lama