"Appa kita nak pergi mana ni?" Soal Hyunji.
"Hah appa nak breakfast kat cafe tu sekejap." Ucap Tuan Jeon sambil menolak kerusi roda Hyunji.
"Diva Boo cafe?" Soal Hyunji.
"Haah, diorang cakap cafe ni famous and makanan kat sini pun luar dari jangkaan." Sambung Tuan Jeon sambil membukakan pintu untuk mereka berdua masuk.
"Kenapa? Hyunji nak makan dengan Jungkook ke harini ni?" Soal tuan Jeon lagi.
"Eh takdelah, Jungkook macam busy je harini. Jadi sebab tu Hyunji tak jadi makan dengan dia" senyum Hyunji sambil melihat ruangan cafe tersebut.
"Selamat datang" sapa pekerja disitu.
Tuan Jeon terus berbaris ke kaunter dan Hyunji pula duduk di salah satu tempat yang tidak jauh dari kaunter.
'Kenapa cafe ni macam mirip nama seorang yang aku kenal huh?'
Wanita itu terus melihat bingkai gambar yang tergantung kemas di dinding cafe tersebut.
Sesekali dia tersenyum melihat gambar pekerja disini dan matanya tiba-tiba terbuntang luas apabila melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya didalam gambar tersebut.
"Seungkwan?"
Dia melihat lagi gambar yang tergantung disitu dengan teliti dan sekali lagi wanita itu terkejut melihat gambar 13 orang lelaki yang segak memakai apron di dalam gambar tersebut.
"Soonyoung"
Dan ye dia juga turut melihat wajah bekas suaminya didalam gambar tersebut.
'Hmmm senyuman awak masih sama macam dulu Kwon Soonyoung'
~~~~~
"Soonyoung, apa semua ni?" Soal Hyunji terkejut akan makanan yang dihidangkan oleh suaminya di atas meja.
"Tada! Special for my dear wife" jawap Soonyoung lalu dia menarik tangan isterinya dan menyuruh wanita tersebut duduk.
"Tapi untuk apa? Saya tak rasa harini birthday saya atau anniversary kita?" Soal Hyunji sedikit hairan.
"Salah ke kalau saya nak buat ni semua? Saya takut nanti kalau kita dah ada anak, saya tak dapat buat isteri saya gembira lagi."
Hyunji ketawa mendengar luahan suaminya ini.
"Sebab tu je? Kalau awak tak buat benda ni semua pun saya still gembira jugak." Balas Hyunji sambil mencubit dagu suaminya lembut.
"Kenapa pulak?"
"Sebab senyuman awak buat hari saya bertambah ceria Kwon Soonyoung"
"Kalau macam tu, saya akan sentiasa senyum sepanjang masa untuk awak" ucap Soonyoung lalu diciumnya pipi Hyunji sekilas.
~~~~~
"Hyunji tengok apa tu? Mesti kamu terpegun tengok mereka kan?" Soal Tuan Jeon.
"Untuk pengetahuan kamu, mereka nilah yang merupakan pemegang saham paling besar dalam syarikat kita" ucap Tuan Jeon lagi.
"Tapi appa, appa tahukan yang......""Benda yang lepas jangan dikenang Jeon Hyunji." Senyum Tuan Jeon lagi.
"Tapi dia......"
"Dia dah datang minta maaf pada eomma dan appa masa kamu pergi Paris masa tu. Dia merayu sampai melutut pada kami berdua, kamu tahu tak?"
"Wait kenapa Hyunji tak tahu?"
"Kenapa kamu tak tanya? Appa sendiri tak sangka yang dia minta maaf kat kami berdua sampai macam tu sekali. Selalunya orang bercerai, jarang dia pergi rumah mentua dia and minta maaf sebab ceraikan puteri mereka. Sebernanya kamu dapat husband kamu kat mana?"
"Ex husband appa. Jadi appa dan eomma maafkan dialah? Dia tahu ke yang Hyunji akan kerja kat situ?"
"Ofclah kami maafkan dia. Lepastu sebagai tanda minta maaf, mereka jadi pemegang saham paling penting kat syarikat kita. Pasal Hyunji, dia tak tahu langsung, mungkin dia taknak sakitkan hati kamu lagi." Senyum Tuan Jeon sambil menghirup nescafe yang dipesannya tadi.
"Owh dan lagi satu mesti kamu pelik kan kenapa dia tak cari kamu balik?"
"Sebab dia benci dengan Hyunji" potong Hyunji.
"Tak, dia cakap macam ni kat appa, kalau jodoh kamu berdua kuat mesti kamu akan berjumpa dia kat mana-mana sahaja walaupun ambil masa yang lama. Dia jugak cakap yang takdir akan buat kamu berdua kembali bertemu secara kebetulan.
Kamu ada jumpa dia tak sepanjang kamu bercerai?"
Hyunji diam seketika.
"Hmmm takpelah, kita lupakan pasal tu btw dah ready untuk harini?" Soal Tuan Jeon.
Thanks sebab baca 😃
Vote and Comments 😁
YOU ARE READING
[✔] sᴇᴄᴏɴᴅ ᴄʜᴀɴᴄᴇ ғᴏʀ ᴜs || ᴋᴡᴏɴ sᴏᴏɴʏᴏᴜɴɢ
Fanficᴅɪsᴇʙᴀʙᴋᴀɴ ᴛᴀᴋᴅɪʀ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ʙᴇʀᴊᴜᴍᴘᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴋᴀʟɪ ᴋᴇᴅᴜᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴘᴇɴᴇᴍᴜᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴅɪᴊᴀɴɢᴋᴀ. ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴍᴀsɪɴɢ-ᴍᴀsɪɴɢ ᴍᴀsɪʜ ʙᴇʟᴜᴍ ᴛᴇʀᴜʙᴀᴛ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴋɪsᴀʜ sɪʟᴀᴍ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴅᴀʜᴜʟᴜ. ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴀᴅᴀᴋᴀʜ ᴛᴀᴋᴅɪʀ ʏᴀɴɢ ᴅɪʙᴇʀɪᴋᴀɴ ɪɴɪ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴍᴇɴʏᴀᴛᴜᴋᴀɴ ᴅᴜᴀ ᴘᴀsᴀɴɢᴀɴ ɪɴɪ ᴋᴇ...