My lady

575 21 0
                                    

Ilham x Suraya


SEMUA ni umpama mimpi ngeri bagi aku. Aku mencubit lengan berkali-kali. Tolong la, sedar dari mimpi ni. Aku tak mahu perkara ni. Please bangun Suraya. Katakan ia hanya sebuah mimpi.

Habis merah tangan aku kerana dicubit berkali-kali. Dan ternyata rasa sakit di lengan aku itu menandakan aku bukannya bermimpi.

Perasaan kala ini, mahu meraung.

Lelaki berbaju melayu berona putih yang sedang duduk bersila di hadapan tok kadi, aku pandang tajam. Mahu saja aku minta sekarang ini, biar la mata aku ini menjadi pedang. Biar mati lelaki tu. Dan aku tak payah bernikah.

Tetamu yang memenuhi ruangan tengah masjid sekali-sekala mengambil gambar aku dan lelaki itu. Aku rimas!

Tubuh lelaki itu membelakangi aku. Dan ia membuatkan aku punya rasa mahu melihat wajah lelaki yang selama ini paling dibenci oleh aku. Dalam masa beberapa minit lagi aku akan bergelar seorang isteri kepada lelaki yang aku benci.

"Handsome la pengantin lelaki. Kalau aku dapat ni, aku ikat kuat-kuat dalam bilik. Jangan bagi keluar." Suara gadis dibelakang aku kedengaran. Aku mencebik bibir. Tolong la, kalau handsome tapi seorang perangai tak baik, tak ada gunanya.

Gadis-gadis yang berada di situ sering melirik memandang lelaki itu. Ada kalanya tersenyum sendiri. Make up pula bukan main tebal. Bukannya aku tak perasan. Aku, si pengantin perempuan pun tak macam ni.

Gatal!

"Muhammad Ilham bin Iskandar." Suara tok kadi yang bergema secara tidak langsung mematikan suara-suara kecil di sekeliling. Jantung aku pula berdebar kencang apabila mendengarnya. Rasa mahu tercabut keluar dari badan.

"Saya." Jawab lelaki yang sedang berjabat tangan dengan tok kadi itu. Aku semakin tidak tentu arah.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Suraya binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya RM 1001 tunai."

Pengantin lelaki menarik nafas dalam.

"Aku terima nikahnya Nur Suraya binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya RM 1001 tunai."

Hanya dengan sekali lafaz aku sudah sah bergelar isteri kepada lelaki itu. Tanpa sedar air mata jatuh setitik di pipi. Tetamu yang melihat aku mengalirkan air mata mengukir senyum. Yang berdekatan dengan ku mengucapkan tahniah. Ini bukan air mata gembira. Dan aku sendiri pun tidak tahu. Hati aku sudah bercampur aduk dengan pelbagai rasa.

Selesai saja mengaminkan doa, aku melihat Ilham bergerak ke hujung masjid. Membuat solat sunat.

"Tahniah, anak umi dah jadi isteri orang dah." Ucapan umi di sebelah ku menghentikan aku dari terus merenung lelaki itu.

Air mata aku yang masih bersisa di pipi diseka umi lembut.

Tanpa aku sedar, Ilham sudah berjalan menghampiri aku. Dia melabuhkan duduk di hadapan aku. Aku terus menunduk melihat tangan.

"Aya, hulur tangan kau. Suami kau nak sarung cincin tu." Sepupuku, Ina membisik kecil di telinga ku.

Aku menghulurkan tanganku yang sedikit menggigil. Selesai saja jari aku disarung cincin, tiba giliran aku pula menyarung cincin ke jarinya.

Tangan aku bergetar ketika memegang cincin. Tetamu yang berdekatan ketawa kecil.

"Cium tangan suami kamu tu." Umi memberi arahan kepada aku. Aku rasa mahu lari saja kala itu. Perlahan aku tunduk mencium tangan suami aku.

Aku tersentak ketika aku mengangkat kepala. Lembut bibirnya mencium dahi aku. Lama. Ada sesuatu rasa menyinggah di hati. Aku secara tidar sedar memejam mata. Bunyi kamera yang menangkap gambar kami tidak dihiraukan.

Cerpen Cinta Vol.1 ✔️Where stories live. Discover now