SELEPAS tiga hari, Dasha akhirnya dapat bertemu Manis. Terkejut bukan main kepalang lagi Manis setelah mengetahui Dasha yang akan mengambil alih tugasnya untuk membuat rekaan persalinan perkahwinan Dayren.
Manis jadi hairan.
"You betul ke boleh buat ni?" Manis jungkit kening.
Terdiam, Dasha tak tahu nak beri respon yang macam mana. Jika Dasha kata tidak boleh, dia perlu juga buat semua ini. Dayren telah meletakkan hukum 'wajib' ke atasnya untuk menyiapkan rekaan ini.
Pensel di tangan, Dasha buat garu kepala. Bingung sebenarnya. Dasha sudah lama tidak buat kerja ini. Kali terakhir pun pada enam tahun yang lepas sebelum Dasha tukar bidang lain.
Itu pun selepas kejadian Dayren melempar hasil rekaannya ke dalam kolam ikan di kolej dulu.
Sejak itu, Dasha memang langsung tidak berniat untuk meneruskan kerjaya itu. Jemarinya sudah 'keras'.
"Ermm biar saya cuba dululah. Nanti Man tolonglah sikit..."
"Man?! Manis okey Manis, hmphh!" Terjuih-juih bibir Manis. Tak suka bila nama sebenar dia disebut.
Termanggu-manggu Dasha jadinya. Aduhai, Manis pun boleh. Tak kena langsung dengan muka tu. Ini bukan Manis. Jadi Masam pun bagus juga.
Dasha ketawa di dalam hati. Lucu melihat Manis melibas-libas kain berbulu di leher. Warna merah jambu pula tu.
"Yalah, yalah Manis..." Meleret-leret suara Dasha. Mujurlah Manis ini jenis peramah. Dah macam kawan-kawan dia pula.
Dasha pegang badan pensel kuat-kuat. Pandang kertas putih yang masih polos itu dalam-dalam, Dasha hela nafas sambil pejam mata. Bibir diketap.
Apabila bayangan Dayren bermain di layar ingatan, Dasha terus buka mata.
Tidak sedar, jemari Dasha sudah menggigil. Manis perasan akan itu. Berkerut-kerut dahi Manis.
"You okey ke tidak ni? Menggigil jari tu, sejuk eh?" Manis tarik kerusi di depan Dasha.
Dasha cepat-cepat tersedar. Pensel tadi diletak ke atas meja. Tubir mata yang terasa sedikit basah, Dasha lap menggunakan lengan baju. Dasha berdehem-dehem, membetulkan kotak suara.
"Takdalah. Saya okey je..."
"Buatlah, I tengok. Nanti I tolong tambah mana yang patut."
Dasha angguk. Hela nafas panjang-panjang, Dasha mula melakar sesuatu pada kertas tersebut. Tidak sedar, jarum jam berputar seiring dengan waktu.
Sudah hampir 30 minit Dasha melakar. Sesekali Manis tegur, Dasha senyum saja.
"Ha yang ni padam semula. Buruklah," komen Manis pedas.
YOU ARE READING
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]
RomansaTENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pe...