Bab 3

7 0 0
                                    

 Destinasi yang mereka tuju adalah sebuah restoran di hotel 5 bintang. Sesampai sahaja disana, mulut Sabrina dan juga mamanya Puan Amara sudah melopong luas. Mereka tidak menyangka yang Encik Zakaria akan membawa mereka makan malam di tempat yang sebegitu mewah memandangkan keadaan ekonomi mereka sekeluarga adalah dalam paras yang sungguh tidak stabil.

Kini mereka bertiga sudah duduk di tempat yang sudah ditempah oleh Encik Zakaria. Sungguh janggal sekali duduk disitu seakan-akan tidak biasa walhal sebelum ini mereka pernah juga makan di tempat yang sebegitu cuma, kali ini perasaannya sungguh gembira tetapi tidak menyenangkan bagi Puan Amara dek kerana curiga.

      "Korang order je nak makan apa ye malam ni, biar papa yang belanja. Nak makan kek ke ikan salmon ke steak ke apa ke, order je." Kata Encik Zakaria.

      "Whatt..?! betull ke ni pa?. Sabrina dah lama tau teringin nak makan steakk...Sabrina tengok orang sekeliling restoran ni kebanyakannya order steak tau pa. Mesti sedap steak kat sini." Ujar Sabrina Rose. Dia memerhatikan orang-orang di sekelilingnya sewaktu dia baru sahaja tiba di tempat duduknya dalam restoran itu. Memang ramai yang makan steak, ada juga segelintir yang memesan pasta tetapi tekaknya kini tidak rasa untuk makan speghetti.

      "Tak payahlah makan mahal-mahal ni Sabrina, order je nasi goreng ke atau bihun goreng ke. Kalau nak makan western pon..Haaa order chicken chop je ke?. Jimat lah sikit." Kata Puan Amara memberi cadangan.

      "tak apalah awak, sekali sekala kita makan makanan yang mewah macam ni. Biarlah anak kita tu pilih nak makan apa." Jelas Encik Zakaria.

Puan Amara mati kata dan akhirnya dia akur sahaja dengan kata yang diutarakan oleh suaminya itu. Walaupun hati teragak, dia hanya mampu akur sahaja. Setelah selesai memesan makanan, mereka sekeluarga bersembang mengenai hal-hal seharian yang berlaku serta kebajikan sekeluarga. Sudah lama mereka tidak duduk dan berbual sebegitu kerana Encik Zakaria sering pulang lewat ke rumah dan selalu tertinggal masa untuk makan malam bersama. Pada waktu sarapan pula, Sabrina sering bersarapan dia tempat kuliahnya.

Sedang mereka asyik bersembang, makanan yang mereka pesan pon tiba di meja. Sabrina kelihatan gembira kerana dia jarang dapat makanan yang semewah ini. Sabrina kira beruntung kerana dapat merasainya di hari yang istimewa. Tanpa melengahkan masa, dia terus mencapai pisau dan garfu lalu mula menjamu hidagannya.

      "Emmm sedapnyaaa!!!..lembutnyaa dagingg diaa.." Kata Sabrina dengan teruja. Encik Zakaria hanya mampu tersenyum gembira. Mereka sekeluarga menjamu hidangan yang masing-masing sudah pesan. 

Waktu bagaikan terhenti, mereka sekeluarga menikmati saat-saat indah bersama. Senyuman dan gelak tawa sentiasa terukir di raut wajah mereka seakan dunia ini mereka yang punya.

      "Papa, Sabrina nak ucapkan terima kasih banyak-banyak tau pa sebab bawa Sabrina makan dekat tempat yang mewah macam ni. Lepastuuuuu yang paling buatkan Sabrina sayangggg sangat dekat papa sebab bagi Sabrina rantaii yangg cantik ni." Kata Sabrina Rose justeru dia terus memeluk dan cium pipi papanya Encik Zakaria.

      "Ehemm..ehem..sayang papa je ke? Tak sayang mama ke?" Sindir Puan Amara.

Sabrina tersenyum-senyum sipu. "Ehh, mestilah Sabrina sayang mama juga" lalu dia terus peluk mamanya pula. Ialah kan, bak kata orang, mengambil hati. Hehehhhe

Setelah mereka usai menghabiskan makan malam mereka di situ, Encik Zakaria terus meminta bill  bayaran, meletakkan beberapa keping wang kertas 50 Ringgit dan terus melangkah keluar daripada restoran mewah itu. Ketika Encik Zakaria hendak melangkah keluar menuju ke tempat meletakkan kereta, anak matanya menangkap  kelibat tiga  orang lelaki berbadan sado yang memakai serba hitam sedang asyik memandang kearahnya. Mereka bertiga berdiri bersebelahan van lama yang bewarna hitam dengan tiada nombor plat van. Pandangan mata mereka tidak lepas memerhatikan gerak geri Encik Zakaria sehinggakan langkahnya terhenti di situ.

Puan Amara yang tadinya asyik berbual dengan suaminya dapat merasakan yang dia sedang bercakap seorang kerana tidak mendapat respon daripada suaminya. Dia menoleh kebelakang. Sah dia bercakap seorang selama beberapa saat kerana suaminya berada beberapa langkah di belakang. Puan Amara terus mendapatkan suaminya.

      "Abang, kenapa abang diri tercegat je kat sini?. Penat saya bebel sorang tau." Ujar Puan Amara. Akan tetapi suaminya hanya diam dan memandang ke satu arah sahaja.

      "ABANGG!!.." 

       "Iyaa awakknya?" Encik Zakaria tersentak daripada pemerhatiannya. "Awak pandang apa tu khusyuk sangat je saya tengok?" Tanya Puan Amara.

      "Ermmm...takk ada apa-apa pon, jom lah sayang, kita balik cepat." Encik Zakaria terus mengalihkan pandangan Puan Amara ke hadapan dengan segera supaya isterinya tidak nampak apa yang dia lihat. Dia khuatir rahsianya akan terbongkar.

Sepanjang perjalanan, Encik Zakaria memandu kereta sambil melihat kearah cermin pandang belakang. Dia asyik melihat van hitam yang di dilihatnya tadi di restoran mewah. Van tersebut mengekori keretanya. Walaupun begitu, dia tidak pasti sama ada apa yang dia nampak itu adalah realiti atau matanya sudah tidak jelas kerana sekejap van itu ada, dan beberapa minit lepas itu, tiada. Lesap begitu sahaja. Encik Zakaria pandu kereta dalam keadaan yang resah.

      "Papa, ada apa dekat belakang kereta kita?. Kenapa sekejap- sekejap papa asyik pandang belakang je ?". Soal Sabrina Rose. " Err... tak ada apa pon, mata papa ni penat je asyik tengok depan, tu yang asyik-asyik tengok cermin belakang. Papa sempat la tengok anak papa ni syik senyum je dari tadi.

      "Hehehehehe." Senyum Sabrina

Puan Amara asyik melihat raut wajah suaminya. Mukanya kelihatan resah, garisan di dahinya seakan berfikir terlalu banyak hal. Mungkin banyak perkara yang suaminya sembunyikan dari dia dan Sabrina. Dia tidak tahu apa motif suaminya berahsia. Puan Amara hanya mampu berdoa untuk keselamatan keluarganya.

      "Haa papa, Sabrina nak minta izin ni, lusa Sab nak keluar pergi hangout dengan kawan-kawan Sabrina tau dekat mall."

      "Haa? Sab nak keluar ke?...tak payah la keluar, apa kata anak papa ni duduk rumah je, tolong mama kemas rumah ke." Encik Zakaria cuba pujuk anaknya untuk tidak kemana-mana dalam minggu ini untuk keselamatan anaknya.

      "Alahhh...boleh la pa, Sabrina janji tak keluar lama-lama, lepas jalan kejap lepastu pergi makan. Then, Sabrina balik lah. " Tapii..." Kata Encik Zakaria

      " Lagipun pa, bulan ni je Sabrina ada masa untuk jumpa dengan semua kawan-kawan sekolah Sab. Lepasni semua dah masuk universiti masing-masing. Bila je masa yang ada?.. nanti semua sibuk dengan rutin harian diorangg.. Alaaaa.. pleasee papa." Pujuk rayu Sabrina Rose.

      "Hmmm..iyalah. Tapi janji dengan papa yang Sab keluar kejap je ye. Papa akan suruh mama report gerak geri Sab kalau-kalau papa tak ada kat rumah." Kata Encik Zakaria

      "Yeayyy...terima kasih papa." Ucap Sabrina justeru itu,Encik Zakaria hanya mampu tersenyum.


****************************************************

      "Hello boss, kami dah ikut rapat orang yang boss suruh perhatikan, nampaknya dia berjoli dengan duit tu boss. Bukan main makan mewah dia malam ini boss."

       " wahhh..wahhh...bukan main senang eh itu orang berjoli dengan duit gua. Takpe-takpe, kita bagi dia enjoy dulu sebelum merana. Goodjob guys. Aku bayar korang dua kali ganda."



~Bersambung...~


PENCULIK HATI SAYA!!Where stories live. Discover now