chapter 18

2.2K 110 28
                                    

           Selepas Mark beredar dari situ, Eping merenung pintu masuk farmasi. Dia mengukirkan senyum sipu sambil bibir bawahnya diketap. Pen pada jari dicucuh pada permukaan meja. Kedatangan Mark ke sana tadi membuatkan dirinya girang tidak tahu mengapa. Hatinya bagaikan buku kosong yang mula terisi dek ayat-ayat rindu. Lamunannya terhenti apabila tiba-tiba saja Mona muncul dari menghilang tadi. Bajunya dikemaskan, ketara sekali baru keluar dari bilik air.

         "Bisingnya tadi. Siapa yang datang?" Tegurnya.

Eping tersentak ditanya seperti itu. Tapi dia tidak mahu memberitahukan padanya orang yang berbuat bising tadi ialah Mark.

         "Eh? Tadi.. ada lelaki nak beli ubat, tapi marah-marah pula. Lepas bayar dia terus jalan," tipu Eping.

         "Heh, nasib baik bukan saya yang menjaga kaunter. Kalau tak.. hm.. nampak ni?" Balas Mona sambil menunjukkan buku limanya

          "Haha.. ada-ada saja awak ni. Semua dah ok, tak payah risaulah.." Eping menyejukkan keadaan.

Waktu ini Mona sedar akan sesuatu. Eping tampak ceria dari sebelumnya.

          "Macam senang hati saja? Kenapa? Orang tu tackle awak ke..?" Sengaja dia mengejek.

         "Ah, mana ada. Hm.." Eping tersenyum selepas mengeluh kecil.

         "Elehh.. tipu.." Mona mengusik lagi sambil menggesel-geselkan bahunya pada bahu Eping.

         "Ish.. tiadalah. Daripada sibuk cakap pasal tu, lebih baik kita kerja. Malas pula nak layan awak," Kata si balu. Dia cuba mengelak dari dibawa bergurau.

Mona mengerling anak mata tapi tersenyum ceria. Melihat saja sinaran wajah Eping yang berseri-seri, hatinya tidak lagi berasa risau tentang sahabat baiknya.

******

          Petang itu puan Sierra datang dengan berpakaian biasa. Nampaknya dia tidak bertugas pada hari ini. Dia kelihatan lain daripada selalu. Cantik, itu pandangan Eping dan Mona. Tetapi mereka tidak menegur.

         "Hari ni saya nak farmasi tutup jam 4 petang," kata puan Sierra kepada mereka berdua.

Eping dan Mona berpandangan sejenak. Hairan pula kerana selalunya premis itu ditutup pada jam 6 petang. Musykil dengan arahan itu, Eping lantas bertanya.

         "Kenapa puan? Ada masalah ke?"

Puan Sierra tersenyum mesra.

         "Oh, malam ni saya adakan majlis hari jadi anak kembar saya. Sebab tu nak tutup awal." Jawabnya.

          "Tapi kami boleh jaga farmasi ni, puan berseronoklah." Sampuk Mona.

          "Betul apa Mona cakap tu," Eping menyokong.

Puan Sierra memandang kedua-dua mereka dengan muka sinis lalu membalas lagi.

         "Hei kamu ni.. saya nak jemput kamu datang sekali. Sebab tu saya nak farmasi tutup. Kamu bolehlah bersiap awal-awal.. saya dah makeover di salun tadi, cantik tak? Hehe.." katanya sambil memusing-musingkan badan memperagakan mekap dan dandanan rambutnya.

Sekali lagi Eping dan Mona memandang satu sama lain. Mereka tergelak.

          "Patutlah puan nampak cantik.. haha.. saya nak pergilah," puji Mona. Jemputan puan Sierra disahutnya begitu saja.

Tetapi Eping lantas berubah wajah. Digumulnya jari jemari tanda resah.

          "Pakai cantik-cantik tau? Sebab rakan-rakan hospital saya pun datang malam ni. Doktor bujang pun ada, haha.." puan Sierra sengaja menarik hati Mona si andartu.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now