"Mak, semalam Sarah mimpikan Arwah Ayah. Sarah salam dan peluk Ayah.. Alhamdulillah Allah Maha Mendengar doa Sarah nak jumpa Ayah.." Suaraku hampir sebak menyebut Arwah Ayah..
Aku berfikir seketika, perlukah aku ceritakan keseluruhan mimpi kepada ibuku? Sambil menyarungkan stokin dan bersiap-siap untuk ke pejabat, akhirnya aku membuat keputusan untuk ceritakan semua kepada ibuku."Sebelum Sarah salam dan peluk Ayah, Sarah nampak ada baby di rumah tu, lepas tu Sarah pun dukung baby tu.."
Entah kenapa ibuku hanya diam dan seolah-olah berfikir sejenak. Disebabkan suami ku Rifqy, sudah menunggu di kereta, aku terkocoh-kocoh menyalam dan memeluk ibuku serta memberi salam tanda aku akan memulakan perjalanan ke tempat kerja.
Secara jujurnya, aku hanya fikir yang baik-baik sahaja mengenai mimpi aku itu. Mengenai bayi yang ku kendong itu, inshaAllah Allah mahu berikan rezeki zuriat kepadaku dan Allah mendengar dan memakbulkan doaku untuk berjumpa Arwah Ayah kerana kerinduan pada Ayah tidak bertepi.. Sobb..
Sedang aku termenung kesedihan di dalam MRT sambil berfikir-fikir mengenai mimpi yang aku alami semalam, tiba-tiba handphone aku berdering. Deringan yang kuat membuatkan aku tersentak dari lamunan ku yang panjang.
"Assalamualaikum Sarah.. tadi mak ada call Mak Long dan mak kongsikan kisah mimpi Sarah dengan Mak Long .. Mak Long cakap mimpi dukung bayi atau apa-apa berkenaan bayi sebenarnya kurang elok .. takut-takut ada gangguan dekat kamu.. Mak cadangkan Sarah pergi berubat ya.. "
Sekarang giliran ku pula terdiam mendengar kata-kata ibuku.. aku hanya mengiakan sahaja cadangan ibuku untuk berubat.
Setelah selesai research aku mengenai tafsiran mimpi, dapatlah dirumuskan kebenaran pendapat Mak Long; Mimpi aku itu adalah petanda tidak baik untuk kehidupan ku..
Hasil research aku;
"Siapa pernah mimpi bayi? Sama ada nampak bayi (orang lain tengah dukung), dukung bayi atau menyusukan bayi dalam mimpi? Kadang-kadang jugak kita mimpi ada orang nak bagi bayi tu dekat kita? Masa nak dukung tiba-tiba tersedar dari tidur.
Untuk yang biasa dengan perubatan Islam mesti dah tahu apa sebenarnya maksud mimpi bayi ni. Untuk yang tak tahu sebenarnya mimpi bayi yang menakutkan/mengerikan ni bermakna kita sedang dalam gangguan jin.
Tidak menjadi masalah kalau kita hanya nampak sahaja bayi dalam mimpi. Maksudnya kita tak sentuh langsung bayi tu dalam mimpi kita. Kalau dah start dukung/menyusukan atau terima bayi dari seseorang tu bermakna kita dah terima saka ataupun jin dah ada masuk dalam badan."
Allahu.. Tidak keruan hati dan fikiranku setelah mendapat kesimpulan yang betul-betul unexpected. Jin? Gangguan? Sejak bila? Kenapa? Dari mana? Bertubi-tubi soalan menerjajh fikiranku.
Setelah Ayah pergi meninggalkan kami kira-kira 2 bulan lalu, fikiran aku hanya ada kesedihan kehilangan seorang Ayah. Kesedihan itu masih belum terubat walaupun telah 2 bulan berlalu.. kini aku diuji lagi.. Ya Allah, sesungguhnya aku terima ujianMu dengan berlapang dada. Ku pujuk-pujuk hati, aku diuji kerana Allah sayang aku dan Allah mahu aku mengadu denganNya..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada, Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa."
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: 286)Selepas peristiwa mimpi ini, bermulalah sebuah episod kehidupan yang merubah hidup ku 360 darjah..
Bersambung..
YOU ARE READING
Aku, Dia Dan Jin
ParanormalKisah aku, suami dan jin yg mengganggu kehidupan kami entah sejak bila.. Pengalaman ini aku kongsikan supaya dapat dijadikan pedoman buat semua pembaca.