18/1/2020 baru pulang ke Kuantan. Terasa baru sekejap settle down di Malaysia, tak lama kemudian, gempar seluruh dunia virus Corona sedang menyerang aktif di Wuhan, China. Kalau anda nak tahu, Wuhan terletak agak jauh dari Beijing, jika naik kapal terbang dalam 3 jam lebih.
Saya pernah ke Wuhan, bertemu rakan akhawat. Memang saya tidak nafikan Wuhan memang besar. Sewaktu di Wuhan, saya menetap di Wuhan University bertemu dengan usrati ketika itu.
Tidak sangka, aturan Allah, muncul wabak yang digeruni kini, bermula dari situ.
Dalam keadaan sebegini, siapalah kita untuk berkata yang tidak-tidak, bukan? Dalam Twitter kecoh! Sangat kecoh bagaikan sedang terjadi kiamat. Terlalu bijak berkata-kata sehingga terlupa bahawa kata-kata ini ada batasnya. Kadang, tak semua perkara boleh diulas, lagi-lagi dengan berkata yang tidak-tidak?
Dalam kekecohan yang sangat huru-hara, yang bermula dalam kalangan warga Twitter, perlu kita ingat satu perkara, sekiranya kita orang yang boleh bertenang, maka kita perlu menenangkan keadaan. Tidak perlu menambahkan api, menokok nambah yang bukan-bukan.
Pihak KKM pun sudah mengeluarkan langkah yang sepatutnya kita ikut untuk mengelakkan kemungkinan besar yang lain. Fikirlah sebelum kita menakut-nakutkan orang lain. Kalau benarlah kita merasakan wabak itu seolah sedang berlari ke arah kita, maka kita perlu mengelakkan daripada terkena, bukan?
Jadi, daripada kita sibuk menakutkan orang lain dan diri sendiri, eloklah kita tidak retweet/share/favorite berita yang tidak sahih dan beli mask, beli sanitizer, bagi dekat mak ayah kita, adik-beradik. At least, kita do something untuk orang terdekat.
Dalam keadaan yang begini, sangat penting untuk bertindak tenang. Kadang, dengan sikap kita yang sengaja menghiruk pikuk keadaan benar-benar membuatkan orang lain, yang mungkin ada kisah tersendiri, sejarah silam atau tidak mempunyai akses kepada berita benar menjadi semakin takut dan tidak keruan. Jadilah, orang yang mendamaikan dan menenangkan semua.
Dengan muncul wabak H5N1, semua ini datang bersebab. Ada hikmah, yang kadang Allah beri kita ilham berfikir, ada hikmah yang Allah sembunyikan. Dunia ini dihancurkan oleh tangan-tangan manusia, so at least kita cuba melihat segala kejadian dengan mata hati and be the one who can stay calm.